0 Persepsi

bagi pengguna tegar facebook. korang mesti pernah tengok gambar ni kan?


hidup ni penuh dengan persepsi. semua orang takut kalau orang ada persepsi buruk pasal diri kita. kesannya, kita hidup bukan sebagai diri kita tapi sebagai seorang yang sedap dimata orang lain. Setiap perlakuan kita, kita akan fikir apa persepsi orang tentang itu dan ini. Sehingga disebabkan hendak memuaskan hati orang lain, kita letak perintah Allah ditempat kedua.

scene A
A : malam ni join ah kitorang clubbing kat bukit bintang.
B : tak bolehlah. aku kena balik awal. ada hal.
A : tak gentle la kau. macam cinderella.

kalau si B bagi jawapan macam diatas, si A akan panggil dia tak gentle, cinderella. mungkin member member dia akan cakap belakang. kutuk yang dia tak sporting. Maka, demi mengelakkan perkara tu. terjadilah scene B.

scene B
A : malam ni join ah kitorang clubbing kat bukit bintang.
B : jom ah. bukan selalu kan.

disebabkan takut persepsi rakan-rakan tentang diri kita. kadang-kadang kita lupa perintah Allah. Benda ni selalu terjadi bila kita nak ajak solat. hahaha. serius. sebab takut orang kata kita tak sporting solat awal-awal and ganggu program diorang. kita follow the flow je and finally solat waktu saat-saat akhir. kan berdosa tu. sebab apa? PERSEPSI.

Rujuk balik gambar atas tadi. gambar pertama tu boleh jadi keldai tu spesis yang gagah perkasa. atau mungkin itu bukan keldai tapi kuda. hehe. gambar kedua tu boleh jadi suami dia ada sakit tulang belakang. jadi si isteri bagi si suami menunggang. gambar ketiga pulak nak tunjuk betapa gentlemen nye lelaki tersebut sebab mengutamakan wanita. gambar keempat pula boleh jadi pasangan tersebut sedar mereka berat dan tak mampu ditampung oleh keldai tersebut (sebab diorang dah try naik tadi and keldai tu jatuh terduduk. haha).

dari sudut lain. kita tengok gambar tu sebagai kronologi perjalanan. gambar pertama tu dia naik berdua. kemudian keldai tu kata dia dah penat. so, diorang main osom, laki tu menang and dapat naik dulu. lepastu giliran perempuan tu naik pulak. and lastly, keldai tu mengadu dia dah tak boleh nak tampung sesiapa lagi. tu yang diorang berdua tak naik keldai tu. see?

Hidup ni memang penuh dengan persepsi. apa yang kita buat akan dilihat melalui banyak sudut. jadi, persepsi juga akan berbagai-bagai. lain orang lain persepsinya. memang susah kita nak puaskan hati semua orang. apa yang penting, kita jadi diri kita. kita selesa dengan perbuatan kita. dan perkara yang kita buat tu mestilah tidak melanggar perintah Allah. aku percaya ramai yang bila nak buat sesuatu tu dia akan fikir pandangan orang lain terhadap diri dia sehingga akhirnya dia jadi hipokrit dan pening kepala. aku pun macam tu.



:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes