0 Tanpa Guru Siapalah Aku






Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;S

emakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979

___________________________
aku pernah mendeklamasikan puisi ni masa form 3 kalau tak silap dengan member aku, payen. background music kitorang lagu my heart version guitar. serius match malangnya time deklamasi tu ade masalah nga PA system.typical problem.habis persembahan aku.hehehe.

Special thanks to:

Cikgu fatimah and the geng, tabika kemas  felda lok heng barat 1998
cikgu sarah, cikgu aminah, cikgu rosli and the gang, SK pusat bandar Lok Heng, 1999-2003
cikgu zulkifli, cikgu rosmah and the gang, Sk seberang batu hampar 2004
Semua cikgu SMKA pedas (yang ni ramai sgt yg namanya diingati), 2005-2009
My Sir, Miss, and Madams kat CFSIIUM pj (2010-2011)
My prof and Dr, iium gombak 2012
dan semua guru saya secara langsung dan tidak langsung.
Semoga hidupmu diberkati Allah. Ameen.
*yg tak diingati nama tu bukan bermakna dilupakan.muka masih ingat.nama je.hehehe

Untuk guru diluar sana, Selamat Hari Guru. Tanpa guru siapalah aku.

gambar : facebbok, brotherhood arts

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

No Response to "Tanpa Guru Siapalah Aku"

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes