0 Tanpa Guru Siapalah Aku






Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;S

emakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979

___________________________
aku pernah mendeklamasikan puisi ni masa form 3 kalau tak silap dengan member aku, payen. background music kitorang lagu my heart version guitar. serius match malangnya time deklamasi tu ade masalah nga PA system.typical problem.habis persembahan aku.hehehe.

Special thanks to:

Cikgu fatimah and the geng, tabika kemas  felda lok heng barat 1998
cikgu sarah, cikgu aminah, cikgu rosli and the gang, SK pusat bandar Lok Heng, 1999-2003
cikgu zulkifli, cikgu rosmah and the gang, Sk seberang batu hampar 2004
Semua cikgu SMKA pedas (yang ni ramai sgt yg namanya diingati), 2005-2009
My Sir, Miss, and Madams kat CFSIIUM pj (2010-2011)
My prof and Dr, iium gombak 2012
dan semua guru saya secara langsung dan tidak langsung.
Semoga hidupmu diberkati Allah. Ameen.
*yg tak diingati nama tu bukan bermakna dilupakan.muka masih ingat.nama je.hehehe

Untuk guru diluar sana, Selamat Hari Guru. Tanpa guru siapalah aku.

gambar : facebbok, brotherhood arts

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 64 Tahun Nakbah, 64 Tahun Malapetaka



Sape tahu hari ni hari apa? Serius aku tak tahu sampai hari ni aku baru tahu. betapa malunya hai. Hari ni hari memperingati 64 tahun nakbah. NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. *copy paste


pertama, biar gambar yang berbicara.





kalau nak maklumat yang lebih. boleh kelik sini dan sini. entry mereka sederhana panjang tapi berbaloi untuk dibaca. semoga lebih ramai akan mengetahui apa yg berlaku tanggal 15 mei 1948.


p/s : perasan tak ramai pengguna facebook tukar profile picture mereka? jom tukar!


sumber gambar : facebook
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Lagi Remaja Hina Islam

Selamat pagi semua. Tadi aku bukak fb pastu ternampak membe aku share link and gambar pasal sorang budak lelaki yg dok hina islam. ni aku share gambar dia.

kelik gambar utk tumbesaran.

Nama dia deniel Heckenbucker, ni link fb dia (kelik sini) tgk kat style penggunaan bahasa dia memang macam mealyu. tapi hina islam macam kafir. Ramai yg akan komen caci maki dia and etc. Tapi ade jugak yg malas nak layan budak2 terencat mc ni dgn bagi komen2 yg nasihat pastu stop. Ade gak membe2 aku kata jangan dilayan budak perangai macam ni. takde untung. membazir masa. baik kita improve iman kita. Korang pilihlah mana yang korang rasa betul. Cuma aku harap PDRM siasat and ambil tindakan. Malaysia ni negara berbilang agam ngan bangsa. Masing2 ada part sensitiviti masing terutama agama. Isu2 macam ni dah kacau sensitiviti umat islam. so, hukuman dia kita rejam ramai-ramai. sila ambil tindakan. aku rasa kalau ramai yg share nnt masti pdrm alert. macam video mak dera anak 9 bulan semalam. bila ramai share, senang je nak tangkap.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes