2 Review : The Avengers

Satu bulan satu post. Pemalas betul nak update. Tengok tajuk dah tahu aku nak review cerita The Avengers. Sape dah tengok angkat tangan. ok, tak ramai pun yg dah. Masa aku tengok movies ni, penonton dia memang ramai sampai aku kene duduk jauh2 ngan membe aku disebabkan kerusi yg tinggal hanya didepan skrin. Semua sempoi habis sebab gelak kuat2 pastu bila ade scene org jahat kene bantai, ada yg tepuk tangan. memang layan habis la movies ni. Movies ni aku kategorikan sebagai 'must watch'. 




Jalan cerita yg direka dan diarah oleh joss whedon ni padat dan lengkap lah. takde la meleret mcm sesetengah cerita tuh. cara dia bahagikan scene for each hero pun balance. takde yang tengelam. Ironman, hulk, captain america, thor, hawkeye ngan black widow. Masing2 ada cerita dia mcm ironman yg bongkak dari dulu, captain america yg terjaga lepas tidur 70 tahun, thor ngan adik dia loki, hulk yg ganas (ak rasa dia tukar pelakon kot utk watak hulk ni) dan hawkeye & blackwidow yg ada kisah lampau.


Scene lawan dengan makhluk asing memang superb. kereta terbang sana sini. bangunan letop2. Bayangkan bila hulk dah mengamuk, dia hentam sekor-sekor makhluk asing yg ada. Sian pulak aku tgk. Bagi aku keunikan cerita ni ada kat dialog ngan scene2 dia. walaupun dalam scene yang buat kita cuak, still ada dialog yang kelakar. sepanjang cerita tu penuh dengan dialog yg best. cayalah cakap aku. director cerita ni memang pandai susun scene supaya dalam satu scene tu ada banyak reaction. Korang kene tengok masa loki kena hentam dengan hulk. hehehe.


Dalam cerita mesti ada yang happy, advanture, sad. So, scene sedih bila sorang ejen dia mati. ejen ni rapat la ngan ironman (dtg dari citer ironman) pastu dia minat captain america (dia ada vintage card captain america pastu mintak captain america sign. hehe) Bila dia mati barulah superhero tu berubah dan nak bekerjasama. Dalam banyak2 filem supehero, aku rasa ni paling best sebab dia combination superhero yg ada perwatakan masing2. harap-harap lepas ni dia tambah ramai lagi superhero mcm superman, spiderman, fantastic four (tp human torch kene amek org lain sbb dia da jd captain america), dan cicakman. eh.




So, ape lagi? pergi book tiket sekarang! hahaha. nasihat aku kepada semua. bila cerita habis jgn keluar dulu. tggu sampai credit dia tamat. kecuali kalau waktu solat dah nak habis.
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes