1 Isu SokerLeaks Persenda Al-Quran

Aku ni bukanlah jenis yang fanatik sangat dengan bola. Sekadar tengok-tengok camtu je bila ade membe ajak. Malam tadi ada membe ajak tengok Arsenal lawan Liverpool, tapi aku tengok sikit jek sebab nak pergi jalan-jalan kat Danau Kota. Kat Danau tu aku nampak kat skrin besar yg Arsenal dah menang. Pagi tadi aku bangun on9 jap pastu nampak lak ade orang tanya UAI pasal hukum persenda agama oleh sokerleaks. ni aku download gambar dia. 


klik gambar utk tumbesaran


Pastu aku pergi dekat page sokerLeaks tu dan aku nampak beberapa post dari SokerLeaks. ni printscreen dia.






Kelik gamabr kalau tak nampak. dah baca semua printscreen? Ni yang aku paham.


1. Dia kata surah tu maksudnya Kisah.so, tak salah la dia pakai surah al-sultan kenny. kisah kenny tu merujuk pada kisah kenny dalglish kot. pengurus liverpool (kot?).


2. Dia explain yang UAI kate "Kalau niat nak mempersendakan agama, murtad serta merta" so, korang tau ke niat dia nak persenda agama? tak kan.


3. Dia buat benda tu untuk suka-suka gelak ketawa. Dia rasa ubahsuai ayat menyerupai quran tu kelakar kot.


4. Dia takkan mintak maaf sebab dia betul. dia takde niat nak persenda agama.


Ni pendapat aku.


1. Pergi matilah surah tu kisah ke ape. Kau takde point lain ke nak buat kelakar? Nak kene ubahsuai gak ayat quran baru puas?


2. Kalau kau tak berniat sekalipun nak hina agama. Contohnya niat kau nak buat kelakar, halal ke cara kau nak buat kelakar dengan buat ayat ala-ala ayat quran siap bubuh no ayat lagi?


3. Kau heboh cakap orang melayu mudah nak sentap. Bodoh. dah kau seolah-olah main agama. memanglah diorang sentap. agama kot bro. Walaupun kau takde niat. first impression kami orang islam ni seolah-olah kau nak hina agama.


4. Aku rasa tak salah kot kalau kau tulis "dan sesunguhnya MU itu layak dipersendakan" instead "Dan sesungguhnya Manchester United (itu) layak dipersendakan" - Surah Al-Sultan Kenny : ayat 14. Bila kau letak 'itu' dalam bracket,nama surah dengan no ayat, nampak sangat kau nak tunjuk tu macam ayat quran.


5. Banyak benda lagi kau boleh pakai buat main kot ye pun nak hina sesuatu kelab or buat kelakar. pakai gambar ke. kau kan admin page yg ramai orang like. mesti kreatif punye. Tolong ar elak sentuh isu2 sensitif ni.


6. aku rasa baik kau buat status mintak maaf dan kau tiada niat. pastu kau istighfar dan taubat supaya benda yang kau dah buat tu ALLAH maafkan kalau betullah kau salah. Tak salah pun kalau kau nak bertaubat walaupun kau tak buat salah.heh.


ni cuma pendapat aku. Betulkan kalau ada apa-apa yang salah.


Pesanan untuk diri : Kita marah bila ada orang dok main-mainkan Al-Quran. Kita rasa kita sayang Al-Quran. Kita Nak dia terpelihara. Persoalannya, kalau benar-benar kita cintakan Al-Quran. Berapa muka surat kita baca Al-Quran setiap hari? sekadar renungan sebelum zuhur.


__________________________update_________________


Admin sokerleaks dah delete status tu dan memohon maaf. Ni aku printscreen. Korang nilai.


kelik untuk tumbesaran


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Response to Isu SokerLeaks Persenda Al-Quran

9 April 2012 at 00:26

subhanallah..

"" Kenapa akak pakai niqab? ".".

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes