1 Review | Ombak Rindu



Hari ni dah masuk hari keempat tayangan cerita Ombak Rindu. Aku dah tengok dua hari lepas dah tapi baru sempat nak buat review. Bila search kat google pun dah berderet - deret review movie ni. Takpe, disebakan kesemangatan dan kerajinan yang ada pada malam ni. Aku nak review jugak. Untuk sinopsis, aku rasa ramai yang dah tau and kalau belum tahu baik tak payah ambil tau sebab nanti tak surprise. macam Mila@Lisa cakap surprise.surprise.surprise! hehehe.

Kelebihan Cerita :
  1. lagu-lagu dan muzik yang dimainkan dalam setiap babak sangat sesuai dengan suasana scene tersebut yang boleh buat orang feeling2 lebih pastu leleh.Sebab tu aku suggest kalau 'pakwe2 kacak belaka tapi dalam hati ada taman' nak tengok baik jgn bawak makwe korang. Nanti takut tak tahan. HAHA
  2. Pemilihan pelakon dan watak sangat Umph sebab bagi aku diorang punye lakonan memang hebat lah. Aaron aziz yang pegang watak hitam pada awal cerita boleh buat aku meluat gak la tengok mamat ni. Bila dia bengang tu memang nampak tgh bengang betullah. Lisa Surihani yang pegang watak 'jahat sikit' sangat superb bila dia marah kawan baik dia yang 'ditangkap' sedang berpelukan dengan Aaron. nampak natural la Lisa. Maya Karin yang pegang watak baik mulanya aku rasa macam tak sesuai tapi not bad bila tengok dia jadi inoncent gegirl dari kampung. Sian je aku tengok dia. Heh.
  3. Pelakon-pelakon lain macam Bront pulak timbulkan suasana yang kelakar dalam cerita. Azizah Mahzan sebagai 'ibu zaman dulu' sebab sibuk tentukan jodoh anak dia. Perangai mengada-ada dia sangat jadik utk membuatkan aku benci tengok muka dia. Zaidi Omar yang 'pandai membawa kita ke zaman lampau' bila dia rewind satu situasi bila sahabat dia merayu minta bagi anak dia kat sahabat dia ni sebab isteri sahabat dia ni kematian anak masa bersalin.
  4. Satu benda yang aku suka bila tengok movies 'bukan thriller and action' ni sebab tempat2 dia shoot sangat cantik. Macam dalam lagenda budak setan and Nur Kasih, Ombak rindu banyak ambil scene di sawah, kampung, ladang teh dan Pantai. Lepas tu dengan scene matahari terbenam. Wow. bak kata orang seni, sinematografi dia hebat. memang gilalah kalau orang yang minat photography tengok. aku dah start kumpul duit ni nak pergi holiday kat pulau. Hehehe.
  5. Selalunya aku nampak cerita melayu ni kalau dalam scene sedih tu akan sedih memanjang, bila happy pula akan happy sampai habis scene tu. Tapi dalam cerita ni dia ada dua situasi dalam satu scene. Contoh masa aaron jumpa bront and mintak tolong bawak jumpa maya karin. Punya dah feeling rasa bersalah sedih2 bagai. Pastu masuk situasi kelakar bila bront suruh bonceng motor dia. Aaron naik motor macam tak ikhlas jek. Jaranglah dalam citer melayu dia masukkan dua situasi dalam satu scene. Selalu cerita omputeh je ada macam dalam harry potter and etc.
  6. markah yg aku bagi 4/5 lah.
Kelemahan Cerita
  1. Jalan cerita bagi aku agak clise macam mak paksa kahwin, perempuan kampung yang dianiaya dan orang kaya yang bongkak pastu jadi baika atas dasar cinta.
  2. Kawan aku yang dah baca novel kata banyak scene yang penting dalam novel takde dalam cerita lalu membuatkan dia kata jalannya agak slow. *aku pun tahu part mana sbb ak tak baca novel.
  3. Scene-scene peluk and 'letak kepala kat leher' tu tak perlu rasanya tapi scene maya baca yaasin patut diberi pujian. boleh upgrade lagi tajwid eh. hehe.
  4. aku pelik sebab selalunya bila kena kahwin paksa, si suami akan tidur tempat lain2 ngan isteri macam dalam nora elena and Nur kasih bersiri. tapi dalam ombak rindu ni boleh plak sekatil siap peluk walaupun muka aaron menggambarkan yang dia tak suka buat benda tu. Patut tak payah tunjuk scene nih. ganti je dgn scene lain yg lebih unik utk tonjolkan kerinduan aaron kat maya. - cewah kau apai.komen macam power melampau2.
  5. Ramai yang perasan lampu kereta yang terbuka dikala matahari memacak. Aku tak tahu apa motif eh tapi ada yang kata sebab nak tunjuk no plat kereta aaron. aku no komen.
  6. Scene pendedahan rahsia sebenar asal usul aaron sangatlah sekejap dan rushing seolah2 pita rakaman dah nak habis. Ianya baik tapi macam impossible sikit dalam realiti. Mungkin boleh fikir idea pendedahan yang lebih baik kot.
Benda-Benda lain
  1. Rambut Lisa sangat kelakar masa dia datang airport.
  2. Perut Aaron Aziz nampak buncit. hehehe.
  3. Berita yang dipaparkan kat televisyen masa Mila ditemuramah sangat teruk. Pemberita dan jurukamera seolah-olah tak pernah ambil kursus kewartawanan. posisi video tu sangat teruk dan tak lawa. Walaupun berita tu hanya sekadar berita dalam movie tapi lebih baik kalau dia buat ala-ala melodi ker. Baru nampak real.
  4. Scene rokok patut tak payah. Ni bukan KL gangster. hehehe. Ramai makcik2 yg tonton cerita ni bawak anak2 kecik. takut terpengaruh nanti.
akhir kata, semua ni sekadar pandangan aku jek. Sejujurnya aku tak dapat bagi 100% tumpuan masa menonton sebab masa 40% cerita ni dah berjalan, henset aku jatuh bawah kerusi. aku macam - 'eh mane henset aku ni? kena curi ke? ' sampai cerita tu habis. Bengang dan rasa macam kena tonton balik lagi sekali. HAHAHA

p/s ; dah banyak novel cinta diadaptasikan jadi filem dan drama. Tengah tunggu novel thriller pulak diadaptasi jadi filem. Aku cadangkan novel Ramli Awang Murshid. memang superb !

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes