2 Hadiah Yang Hilang


Selalunya bila korang sambut birthday, parent korang bagi hadiah tak? Setiap kali aku punya birthday. Selalunya parent aku akna belikan hadiah jam tangan sebab jam aku akan rosak atau hilang menjelang birthday. Cuma jam sebelum ni jek tahan setahun lebih sikit sebelum hilang. Then, untuk birthday kali ni my dad belikan jam tangan besi. Kira first time la pakai jam tangan besi ni. Cantik dan lawa lah jam besi tersebut. Malangnya, jam tu hilang lepas sebulan lebih pakai. Tempat hilang pun tak dapat dipastikan. Aku target kat surau rumah kawan aku sampai sanggup pergi sana jumpa orang surau tanye kot – kot ade yang terjumpa. Tapi takde sorang pun yang jumpa. Pelik jugak, takkanlah kat surau pun orang nak curi. Kan?

Maka, demi untuk tidak mengecil hatikan bapak aku. Aku dengan akak aku pergi mencari jam yang sama di kedai2 jam seluruh negeri sembilan. Hehehe. Padahal kat Seremban dengan Senawang jek. Akhirnya jumpa jugak dengan jam aku tu. Nasib baik aku punya jam tu kedai tu buat promotion. Kira harga dia less RM100 la. Pusing 2 – 3 kali kat kedai jam tuh. Pastu siap sempat cerita kisah jam birthday yg hilang dalam sebulan lebih ni kat kakak kedai tu. Bajet dapat lagi kurang RM100 tapi dia kata “nett price la. Bos tak kasi kurang lagi”. Tahi betul. Buat penat je cerita. Setelah berbincang dengan kakak aku. Kakak aku sempat lagi menelepon kawan dia yang mempunyai makcik yang boleh tengokkan barang yang hilang. Namun apakan daya apabila kawan dia kata kene buat nanti sebab makcik dia buzy.

Aku pun terus pergi bank, keluarkan duit dan bayar. Transaksi yang tak sampai 20 minit. Ni first time keluar duit banyak2 dan pakai tak sampai 20 minit. Arghh!!! Sumpah tertekan. Kalau korang kene agaknyer cane lah kan. Ni kira nasib baiklah aku kerja dengan bapak aku. Adalah simpanan sikit. Baru ingat nak pakai untuk holiday kat sabah ker. Hahahaha. Takpe. Demi menjaga hati bapak ku. Aku sanggup menghabiskan duit simpananku. Ceh, ayat macam tak ikhlas. Memang pun tak brape nak ikhlas sebenarnya. Pengajaran hari ni, jagalah barang – barang korang dengan baik. Jangan asyik lupa dan hilangkan macam aku ni sebab sebelum jam aku yg hilang ni ‘hilang selamanya’, dia pernah ‘hilang tapi jumpa’ dalam banyak kali jugak. Tapi orang – orang kat sutrau tu semua jujur. Surau UIA lah katakan :)
sayang parents punya pasal. Duit beratus pun aku tak kesah.ceh.


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Response to Hadiah Yang Hilang

24 November 2011 at 00:41

sian nye. hilang jam mahal.


dan sebab tu jugak malas nak pakai jam sekarang.

24 November 2011 at 02:43

pulak? lain kali jam tu jaga bebaik ye hehe :)

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes