Filem Melayu | Masalah 'porn ringan' yang tak pernah selesai


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni aku suka nak share sikit pandangan pasal sebuah cerita yang akan ditayangkan esok - Ombak Rindu. Lepas maghrib tadi aku online kejap dok usha2 kat Fb kalau - kalau ada benda bagus. Then aku terbaca satu link bertajuk "Maya Karin gementar beraksi ranjang". Pastu ade lak orang komen marah2 kat bawahnyer. Aku pun usha2 la ape yang silap nyer. sekali aku terbaca :
"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.
Tengok tu, dah buat dosa pun cakap Alhamdulillah. Alahai kakak kita ni. Kalau nak tunjuk diri tu ingat tuhan, agak-agaklah.Siap boleh kata 'terus terang saya ingin lakukan'. Kemonlah kak. Aku mula-mula memang lah tertarik ingatkan nak tengok kakak maya ni bertudung. Sekali, dah macam movie 'ayat-ayat cinta' pulak. Sebelum kahwin kemain tutup sume siap bepurdah tapi lepas kahwin tunjuk sume. Inilah masalahnya bila ber'tuhan'kan director tuh.

Lepas tuh dia buat aksi tu dengan aaron aziz lak. Aduh, gua dah start tengok cerita lu bro. ni tetiba pulak berlakon aksi2 ni. Hilang minat gua. Sumpah gua cakap, kalau anak lu dah besar nanti. mesti dia malu tengok bapak dia 'berlakon' dengan perempuan lain. Kakak diyana tak marah ke bang? sesetengah die-Hard-fans aaron mesti cakap "biarlah dia,dah director suruh" atau "weh, kubur lain2 bro" atau "tak boleh ke tegur elok2 sikit. nak ber 'gua-lu' pulak." .. Sorry, but the point is salah tetap salah. Kita sama islam. Kenalah tegur. Walaupun kau minat giler vavi sekalipun tapi jangan butakan mata tu bila kita nampak kesalahannya. 'Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang membenarkan semua perbuatan kita walaupun ianya salah' - nanti ada pulak yang sound aku kata "sejak bila kau ngan aaron and maya jadi sahabat lak ni?"

Cerita -cerita melayu ni kalau bab - bab ranjang seks bagai ni nak aje kau tunjuk dari mula sampailah ke habis walaupun motif scene tu hanya satu - dia buat seks. Kau tengok je cerita 'klip 3GP' tu. aku tak tengok lagi. tapi bila aku search trailer movie tu kat youtube. macam ternampak lak aksi porn.HAHA. pastu kau usha list movie yg direcommend oleh youtube kat belah kiri atas tuh.tak caye? meh tengok printscreen.

kelik gambar untuk tumbesaran

nampak tak? aku baru je printscreen mase nak buat post ni. nampak sangat porn nyer. Yang aku pelik tu. Aksi ranjang yang hanya bawa satu motif(buat seks) tu nak tunjuk sepenuhnya tapi aksi solat and doa cuma amek part bagi salam lepas tu doa 2-3 ayat. Pastu habis. Patutnya kau tunjuk sikit pelakon tu baca surah Al-Baqarah ke.Luqman ke.tak yah la buat dari awal sampai habis. kurang2 lima ayat. So, nak taknak pelakon tu kena hafal jugak kan? kerja katanya. Pastu kan pelakon ni kan suka feel masa berlakon. So, buat kelas tarannum sikit dengan ustaz-ustaz ni kasi bila baca tu sedap didengar macam syeikh Masyari Rashid sampai orang nak download bacaan Quran version kau kat 4shared nanti. Barulah semua dapat pahala. bukan gaji dunia je dapat. gaji akhirat sekali kau dapat.

Kesimpulannya, aku bukanlah kata Maya and Aaron je salah dalam hal ni. Tapi ramai lagi artis yang dah buat aksi-aksi macam ni. Director pun kenalah faham. Kita islam, pelakon pun islam, majoriti yang tengok pun mungkin islam. Jadi, buatlah scene-scene yang diterima islam. Aku ambil satu contoh movie cinta yang terapkan islam - Ketika Cinta bertasbih. aku tengok pelakon dia yang pakai tudung tuh dari awal sampai akhir. Bila lepas kahwin tu dia nak bagitau yang dia nak bersetubuh tapi takde pulak dia tunjuk scene tu dari awal sampai habis but the message yg dia nak 'buat' tu sampai. Why not kita tiru benda tu. Aku bukan nak kata aku tak support cerita melayu. Aku tengok Filem2 melayu. Aku dah plan pun nak tengok Ombak rindu ni. Tapi tak cantiklah kalau tengah sedap2 tengok tetiba lak kene tutup mata dengan tangan (macam buat je). hehe. aku nak bawak adik aku tengok pun dah tak boleh sebab sangat tak sesuai. takkan nak tengok 'puss in boots' ngan 'tin tin' pulak. tak support filem melayu la camtu. Kau nak suruh aku tengok cerita toyol yg sesuai dengan budak2 tu? aku rasa ade gak scene perempuan terlucut tuala beliau. Sesuai ke? Kita marah bila kes buang bayi meningkat sedangkan kita tak sedar puncanya adalah dari kita sendiri - scene porn ringan2 yang mudah didapati dalam cerita melayu.

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?" (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!" Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" (Surah Yunus ayat 31)

Sekian, Terima Kasih. Komen membina amat diperlukan. sekadar pendapat.

Labels: , , ,