Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak

nanti kawen nak amek gambar camni la . . haha . gedik :)
  
Asyik – asyik nak story pasal kahwin – kahwin ek . . hahaha . . Sebenarnya persoalan ni memang timbul lama dalam otak aku . yelah , nanti kita akan kahwin dengan seorang yang kita memang sayang then bila mati nanti camne ? ape hubungan kita dengan pasangan kita bila kat akhirat nanti ? apa fungsi bidadari ? Kalau bidadari lagi cantik , nak pilih isteri atau bidadari untuk jadi peneman hidup kita kat akhirat nanti . . dan ini jawapan yang aku dapat . . tapi semua kelebihan ni hanya untuk yang masuk syurga ye . Jadi banyakkanlah amalan kita .
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'
Sampai sekarang timbul persoalan lain . Macam mana pula kalau lelaki yang kahwin banyak ? banyaklah bidadarinya ye :)

source : Lelaki soleh idaman wanita solehah (Facebook)

p/s : nak letak gambar tapi macam ade masalah nak upload . korang pon same ek ?

Labels: , ,