2 Fenomena Couple Muda

Selamat Malam semua . . Pernah dengar tak nasihat orang tua-tua . . "kahwin mudalah senang.Jauh dari zina" . Sekarang ni pun dah ramai remaja-remaja sebaya aku yang dah kahwin.SEBAYA ok.hahaha.Mean aku pun dah boleh lah ni.Haritu ade jugak open citer kat table makan pasal kursus kahwin and stuff about mariage ni saje nak bg hint kat my parents.Harap sangat diorang tanya "Nak kahwin sangat ke?" sebab aku nak jawab "a'ah.Boleh?" hahaha. Tak salahkan? nak elak zina katanya. Sapelah yg aku nak pi pinang nnt ek.heh. tapi..tapi..tapi.. my parents wat derk jek. Aku pun pernah citer pasal kawan aku dah tunang. ade yang dah kahwin. tapi camtu jelah. Borak sendirian.

Tapi budak2 sekarang ni mane main kahwin muda. Banyak alasan diorang. Ni  aku tuliskan beberapa alasan. "Ko yakin ke pempuan yg ko pinang tu jodoh kau?Mane tau jumpa lagi umph ke?" . . "Kalau kahwin awal, camne ko nak belajar.Susah nnt dah ade anak.Baik kapel jek.bayar duit makan bila dating jek" . . "orang laki afdal kahwin lambat.umur 30 ke.cari duit dulu utk keluarga.enjoy dulu sebelum kahwin" . . and etc . etc . .

Maka , wujudlah satu term baru iaitu 'couple muda' . Memang fitrah manusia ni suka nak berkasih-kasih bagai ni. pegang-pegang tangan . pastu keluar makan sesama . gelak-gelak . jadi crying shoulder and sebagainya . best kan ? teringin nak rasa main calling2 ni. pastu cakap rindulah , i love u lah, i miss u la. tapi entahlah . belum berani . baru je nak kapel aku dah terpikir camne aku nak sara minah sorang ni kalau dah pakai beg pun nak dekat seratus. muka tu lawa memang lawa tapi kalau dah kahwin nanti mampukah ? hahaha . Tu yg sampai sekarang cari wanita melayu kampung terakhir . cewah .

Ok . aku cuma nak mengulas beberapa situasi yg aku nampak yg buat aku terfikir pasal term couple muda ni. Situasi 'muda' ni ak tuju kat bebudak sekolah lagi sbb diorg tak SPM lagi *ade kaitan tak? hahaha . tp kekadang benda ni jadik jugak kepada kita yg tak berapa nak tua ni . Selalunya bila berkapel muda2 ni kita tak pikir panjang . Macam-macam kita buat sampai tak dapat beza mana dosa mana pahala . Tu yang pernah wujud kes budak 15 tahun kena tangkap khalwat and bila ditanya 'sudah ke belum ?' Dia kata dah. MasyaALLAH . Untuk permulaan bait-bait couple muda ni kita dah boleh tengok kat fb sebab adalah satu kebanggaan bagi seseorang utk bgtau yg ' i'm taken ' kat fb ni .

First yang declare kapel tu . . Aku pernah nampak ade sorang budak form 2 ni declare kapel ngan sorang pempuan ni . Bangga lah kot . heh . kawan-kawan pulak suppport dari belakang . kate wow and great bla . bla . etc . Masalahnya aku kenal dengan budak ni , diri sendiri pun tak terurus sbb aku tggal serumah dengan dia kan. then, boleh pulak declare2 bagai. ingat cinta ni main pondok-pondok mase baru lahir tu ke? kenapa aku kisah? sebab dia adik aku.hahaha.Kita ni kalau kecik tu buat cara budak kecik. Tak perlulah nak berlagak terlebih matang dgn buat benda camni.Nak tengok camne declaration tu aku dah letak kat bawah sana.

Second, ni bukan adik aku. Bila kau dah declare . kau semakkan wall masing2 dengan kata2 cinta dan sayang kau tu . Sedar tak sebenarnya kita ni dah menyemakkan home page fb kengkawan kita dengan kata-kata sayang kita tu ? Ini secara tidak langsung menganiaya sahabat2 kita kat fb tu . Dah berdosa buat zina dari kata-kata pastu kita aniaya kawan kita pulak . Macam aku yg teraniaya ni .Penat nak berulang alik masuk toilet muntah2 baca every status mereka2 ni. hahaha . gurau jek . Kata-kata sayang and rindu ni adalah satu benda yg special yg kita akan cakap pd org2 tertentu saja. Kenapa perlu umumkan sbb nnt dah tak jadi special la kan #justwondering . Private message kan ada ? sms pun ade . BBM pun ade . ke bajet sangat sampai taknak keluar duit topup. Fb kan free . heh . Ni contoh kata2 sayang tu . no offence ye .



Finally, Kita ni kalau kapel muda2 kan , cepat boring . Mana taknye ,  hari2 cakap i love u , i miss u . pastu dah hilang idea nak buat ape lagi . nak pegang2 pun dah buat . So, kita clash sbb kita takde ikatan perkahwinan . Kalau clash tak menjejaskan agama bangsa dan negara pun . Then akan wujud satu situasi fb yang baru macam " wtf mamat ni? go to hell la! aku tak kesahlah kalau kau taknak aku! " , "aku cintakan kau.kenapa kau tak membalas cintaku wahai kekasihku" and "semalam merupakan hari gembira bersamamu namun hari ni aku terlalu kecewa kerana kau meninggalkan ku .Ya ALLAH , bantulah hambamu ini" . Siap berdoa lagi . Ni contoh printscreen (no offence) ;


Pastu akan wujud seorang lelaki lain yang akan mengkomen dan menjadi sangat prihatin dan situasi pertama (declaration) akan bermula semula dan kedua dan ketiga dan ulang balik first and rotate again and again . Finally , kita akan kahwin setelah rotation kedua atau ketiga (kadang2 lebih lagi) dan bila kita kahwin nanti kita akan melalui beberapa situasi yg agak tak best .

First , bayangkan masa kita kahwin tu ex BF or ex GF kita datang tengok . Tak ke malu sbb kita pernah cinta kat orang tu . Pastu ex kita tu cakap kat pasangan kita "lawalah husband/wife you ni" atau dia pandang kita sambil sengih2 . Dalam hati dia pun berkata " alahai , sian kat pasangan dia tu . aku dah pernah pegang tangan isteri/suami kau tu . tak payah kahwin pun dah pegang " .  hahahaha *evil laugh

Second , segala puji-pujian sayang and etc dari pasangan kita akan dianggap biasa dan tak istimewa sebab kita dah biasa dengar masa muda2 dulu . Dia panggil sayang pun kita dah rasa tak istimewa sebab kita dah pernah dipanggil sayang . Bila ajak dating2 tgk wayang sume sambil pegang tangan pun kita tak rasa dating tu special sbb kita dah pun pernah buat sebelum kahwin . dengan banyak orang lagi tu .

Maka jadilah perkahwinan korang tu satu yang dah kurang specialnya . . Ini cuma pendapat aku melalui pemerhatian beberapa subjek yang menjadi bahan kes aku . hehehe . tapi kalau dah first couple muda korang tu adalah isteri . . lain ceritanya kot . yang ni aku tak jumpe lagi subjek yg nak dibuat pemerhatian . Cuma aku yakin lagi best kalau first love kita adalah pasangan hidup kita selamanya dan aku yakin lebih bahagia perhubungan itu kalau kita bercinta lepas kahwin . Everything we do will be very special and we can do anything-touching,kissing and etc without consider it as sinful act :)

Sebelum off, aku nak share sekeping printscreen declaration aku dengan makwe aku ;


ok2.jangan jeles.fullstop.Jadi sama-samalah kita berdoa agar hubungan yg akan atau sedang kita lalui ini adalah hubungan yg diredhai.Nasihat utk yang muda-muda lagi ni, janganlah dok fikir nak berkapel sangat sedangkan hubungan kita ngan ALLAH pun main2 lagi, makan minum kita pun mak bapak byr lagi and masa depan pun tak terjamin lagi. Harap sangat takde yg terasa dgn post ni.Ini cuma pendapat.Sorry kalau ada yang terasa.Jangan takut utk berkahwin baru bercinta sbb ada yg kata "kita belum kenal betul2 perangai dia dah terus kahwin. Kalau kapel lepas tu tetiba tak berkenan takkan nak 'clash' kan". tapi kita kena ingat segala yg ditentukan oleh ALLAH itu sume ada hikmah dan kebaikannya.sekian :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Response to Fenomena Couple Muda

12 October 2011 at 01:25

hihik comel entry nie, ada point2 yg bagus, yg best tapi lucu & yang paling penting berfaedah =)

1 December 2011 at 01:03

haaaaa,i agree. ;D

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes