12 Segmen | CINTA SIBER OH



Morning semua. .  Dah lama tak join segmen dari Bro Ben ni . . So, hari ni rasa bersemangat pulakkan. Tengok tajuklah kan?? menggedik je kau dengan cintan-cintan ni *kat blog kepada si penulis.


Pagi ni cuma nak share pendapat aku pada cinta siber ni . . Ingat ! Pendapat saje yek . jangan korang tak puas hati lepas tu bom aku pulak yek . Kita terus je ke soalan ;


1. Kelebihan Cinta Siber
 Banyak ker ? 1, 2, 3, 4, eh . . . berjuta-juta lemon. hahahaha. Bagi aku cinta siber ni bagus sebab ko boleh amek bakal isteri jauh2. Contoh macam aku dengan Emma Watson kan. Kalau takde friendster, tak dapat aku nak kenal dengan dia. hahaha (ade ke yg pakai frenster lagi?) Kalau yang suka rumah mak mertua jauh2 dari kampung halaman tu pun boleh la carik kat internet kan. Macam aku yang nak kahwin ngan orang terengganu, susah nak carik kat sekitar KL. Jadi, aku search je kat FB sesape yg lahir kat Ganu lepas tu add yg tade gambar sendiri2 dengan muncung tu tapi gambar dengan kengkawan jek *pemalu la kot. pastu dia tag diri dia la sbb nak bgtau aku dia yg mana satu kan.ohhh suwitnyerrrr :) nak kahwin nak kawhin . . Oh Gedik !

2. Kelemahan Cinta Siber
Kelemahan lagi banyak rasanya sebab dalam cinta siber ni. Penipuan identiti boleh berlaku. Yang tak berapa nak cantik jadi cantik. Yang gemok jadi kurus. Yang laki jadi perempuan. Silap-silap hari bulan kau ingat nak date perempuan cantik tapi yg datang lelaki gay yg psycho. Nahas kau! hahahaha. Ditambah lagi dengan teknik editing photoshop yang melampau-lampau gempaknya. memang kene tipu hidup-hidup lah kan. Ada lagi yang kononnya single tapi bila date kene serang dengan prada bini mereka. hahaha. Yang bajet kaya tu tak tahan lah. Letak gambar rumah banglo besar-besar siap kolam lagi. Pastu ruang tamu chantek dengan sofa kulit harimau bagai. Sekali gambar banglo tu cilok kat uncle google je. yang gambar sofa2 tu sume amek kat dalam rumah banglo contoh untuk dijual. hahahaha. tujuan mewah2 pun cuma nak carik patner yg kaya2 jek. nak kasi kikis duit dia. memang kow la sape yg jd mangsa tu.


Kesimpulannya, kebaikan dan keburukan ni bergantung kepada kita. Kalau kita berkelakuan baik dan jujur. Kemudian kita cari pun yang baik2. Maka benda ni akan jadi baik. Kalau dah kau menipu jadi lelaki kaya. Kau attack perempuan kaya. Jumpa2 jek rupa-rupa dua-dua nak mengikis. hahaha. Kalau kau edit jadi hensem. Kau carik perempuan cantek. Bila jumpa je rupa-rupa dua-dua pakar edit gambar peringkat dunia rupanya.dah Kantoi ! Jadilah seperti aku dan Emma Watson. Jujur. Tengok. Kitorang bahgia sekarang. muaahahahaha ;)
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

12 Response to Segmen | CINTA SIBER OH

23 October 2011 at 12:37

dari segmen yang sama,CINTA SIBER buruk baik bergantung kepada penerimaan diri sendiri.

23 October 2011 at 15:22

singgah dr segmen sama n folo cni.. jum singgah kt blog ara :)

http://izara4eva.blogspot.com/2011/10/cinta-siber-oh-ialah.html

23 October 2011 at 17:02

nak tergelak baca entri ko..hahaha..dunia oh dunia..=)

23 October 2011 at 17:02

http://thelazy-ism.blogspot.com/2011/10/cinta-siber-oh.html

jengah sini

23 October 2011 at 17:03

http://thelazy-ism.blogspot.com/2011/10/cinta-siber-oh.html

jengah sini

23 October 2011 at 18:07

singgah dari segmen sama..:)

23 October 2011 at 18:46

terpulang pd kematangan sendiri utk menguruskan sesuatu..kan..kan..cuma jgn terlampu menikmati keasyikkan shgga lupa utk menjelajahi latar belakang org tersebut

23 October 2011 at 19:35

kdg2, kite bukan cari pun cinta cyber nih. tetibe je terjumpa kan. hrp2 ko ngn emma watson happy selalu =)

23 October 2011 at 19:54

Takut gua.... kena yang Gay mampus!!!

23 October 2011 at 21:05

macam2 jenis ada dalam dunia siber ni.. cinta yang paling kritikal dikaitkan dgn siber..haaa hati2 k

24 October 2011 at 00:01

lwk la entry awk neh tp pe yg awk ckp 2 mmg tol pon...2 lah realiti cinta siber...hehehe...btw, ida dr segmen yg sm gk n da follow blog awk...naty singgah la blog ida ya ^_^

24 October 2011 at 06:38

Salam kenal..dtg dri blog abg ben..hihi

Kenali saya

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes