1 Real Steel | Bila Wolverine jadi bapak

Salam . . ok . terlambat la kalau nak panggil benda ni review movie sbb cerita ni dah lama keluar . Hari tu baru dapat tgk dengan member . tu pun kene lah tunggu sampai 2 jam baru dapat tengok . hehehe . Tapi tak pernah menyesal pun sebab sangat berbaloi . rasa macam nak tgk lagi jek . hahaha . nak komen jugak . Bagi aku cerita ni full dengan banyak benda and takde pun scene yg dull . ade nilai kekeluargaan, cinta, and gaduh2 . tapi comel sikit bila tgk wolverine jadik bapak . kelakar . bapak ngan anak perangai sama jek .


tapi yg paling best scene robot gaduh-gaduh . fuh ! best wo . . nnt ada scene anak dia menari dengan robot . aku ingat si wolverine ni nak menari sama macam kat dalam iklan lipton tu . tapi tade plak . hahaha . kalau ade mesti lagi best :)

bagi yang belum tengok tu sila la cari masa2 kosong tgk kat wayang sementara masih ditayangkan . kalau tengok kat laptop tak best sbb sound dia mesti kureng sikit . mekasih .
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Wordless Wednesday #3 | Forget


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

12 Segmen | CINTA SIBER OH



Morning semua. .  Dah lama tak join segmen dari Bro Ben ni . . So, hari ni rasa bersemangat pulakkan. Tengok tajuklah kan?? menggedik je kau dengan cintan-cintan ni *kat blog kepada si penulis.


Pagi ni cuma nak share pendapat aku pada cinta siber ni . . Ingat ! Pendapat saje yek . jangan korang tak puas hati lepas tu bom aku pulak yek . Kita terus je ke soalan ;


1. Kelebihan Cinta Siber
 Banyak ker ? 1, 2, 3, 4, eh . . . berjuta-juta lemon. hahahaha. Bagi aku cinta siber ni bagus sebab ko boleh amek bakal isteri jauh2. Contoh macam aku dengan Emma Watson kan. Kalau takde friendster, tak dapat aku nak kenal dengan dia. hahaha (ade ke yg pakai frenster lagi?) Kalau yang suka rumah mak mertua jauh2 dari kampung halaman tu pun boleh la carik kat internet kan. Macam aku yang nak kahwin ngan orang terengganu, susah nak carik kat sekitar KL. Jadi, aku search je kat FB sesape yg lahir kat Ganu lepas tu add yg tade gambar sendiri2 dengan muncung tu tapi gambar dengan kengkawan jek *pemalu la kot. pastu dia tag diri dia la sbb nak bgtau aku dia yg mana satu kan.ohhh suwitnyerrrr :) nak kahwin nak kawhin . . Oh Gedik !

2. Kelemahan Cinta Siber
Kelemahan lagi banyak rasanya sebab dalam cinta siber ni. Penipuan identiti boleh berlaku. Yang tak berapa nak cantik jadi cantik. Yang gemok jadi kurus. Yang laki jadi perempuan. Silap-silap hari bulan kau ingat nak date perempuan cantik tapi yg datang lelaki gay yg psycho. Nahas kau! hahahaha. Ditambah lagi dengan teknik editing photoshop yang melampau-lampau gempaknya. memang kene tipu hidup-hidup lah kan. Ada lagi yang kononnya single tapi bila date kene serang dengan prada bini mereka. hahaha. Yang bajet kaya tu tak tahan lah. Letak gambar rumah banglo besar-besar siap kolam lagi. Pastu ruang tamu chantek dengan sofa kulit harimau bagai. Sekali gambar banglo tu cilok kat uncle google je. yang gambar sofa2 tu sume amek kat dalam rumah banglo contoh untuk dijual. hahahaha. tujuan mewah2 pun cuma nak carik patner yg kaya2 jek. nak kasi kikis duit dia. memang kow la sape yg jd mangsa tu.


Kesimpulannya, kebaikan dan keburukan ni bergantung kepada kita. Kalau kita berkelakuan baik dan jujur. Kemudian kita cari pun yang baik2. Maka benda ni akan jadi baik. Kalau dah kau menipu jadi lelaki kaya. Kau attack perempuan kaya. Jumpa2 jek rupa-rupa dua-dua nak mengikis. hahaha. Kalau kau edit jadi hensem. Kau carik perempuan cantek. Bila jumpa je rupa-rupa dua-dua pakar edit gambar peringkat dunia rupanya.dah Kantoi ! Jadilah seperti aku dan Emma Watson. Jujur. Tengok. Kitorang bahgia sekarang. muaahahahaha ;)
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Cara baru guru tanda buku pelajar

Salam Jumaat untuk semua pembaca . Hari ni aku nak ajak kita mengimbau zaman dulu - dulu masa sekolah rendah . Cikgu2 selalu cakap "Kalau awak siap kerja saya bagi sticker good.Kumpul banyak2.Saya bagi hadiah kepada siapa yg paling banyak dapat hujung tahun ni." . Selain tu , ade jugak sticker excellent , mickey mouse , pooh and banyak lagi yg comel2 . So, memasing akan kumpul banyak2 sbb nak dapat hadiah . Tapi aktiviti mengumpul ni banyak disertai oleh budak2 perempuan aje sbb sticker tu hanya sesuai utk 'gegirl' saja . lainlah kalo letak sticker batman ke , spiderman ke or superman . Barulah boleh minat sikit . 

ni contoh sticker 'gegirl' tu :P

Namun demi menjimatkan kos pembelian sticker , cikgu2 ni tak perlulah nak beli sampai dua jenis sticker . Mereka upgrade kepada penggunaan cop 'good' , 'excellent' atau gambar 'thumb up' tu . Tapi dah tak cantik so lagi ramai yg dah tak berminat . Oleh sebab ramai kanak2 ribena dah didedahkan dengan facebook . Jadi , satu inisiatif baru diambil untuk menggantikan sticker dan cop tu . . nak tau ape ?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


So , amacam ? kreatif tak ?  hahahaha . untuk tempahan boleh tanya . . . . . ade ker jual benda ni ?

source picture : facebook & google


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Wordless Wednesday #2



hahahaha . Alhamdulillah aku tak pernah menangis lagi :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak

nanti kawen nak amek gambar camni la . . haha . gedik :)
  
Asyik – asyik nak story pasal kahwin – kahwin ek . . hahaha . . Sebenarnya persoalan ni memang timbul lama dalam otak aku . yelah , nanti kita akan kahwin dengan seorang yang kita memang sayang then bila mati nanti camne ? ape hubungan kita dengan pasangan kita bila kat akhirat nanti ? apa fungsi bidadari ? Kalau bidadari lagi cantik , nak pilih isteri atau bidadari untuk jadi peneman hidup kita kat akhirat nanti . . dan ini jawapan yang aku dapat . . tapi semua kelebihan ni hanya untuk yang masuk syurga ye . Jadi banyakkanlah amalan kita .
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'
Sampai sekarang timbul persoalan lain . Macam mana pula kalau lelaki yang kahwin banyak ? banyaklah bidadarinya ye :)


p/s : nak letak gambar tapi macam ade masalah nak upload . korang pon same ek ?

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Wordless Wednesday : Waiting

Wordless Wednesday pertama . . taktau nak buat camne . orang kata letak gambar aje . so, aku pun buat la camni . kalau salah tolong betulkan . mekasih mekasih :)


 Masih menunggu tulang rusuk kiri . cewahh . nak muntah baca :P

pic source : raquelavis


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Fenomena Couple Muda

Selamat Malam semua . . Pernah dengar tak nasihat orang tua-tua . . "kahwin mudalah senang.Jauh dari zina" . Sekarang ni pun dah ramai remaja-remaja sebaya aku yang dah kahwin.SEBAYA ok.hahaha.Mean aku pun dah boleh lah ni.Haritu ade jugak open citer kat table makan pasal kursus kahwin and stuff about mariage ni saje nak bg hint kat my parents.Harap sangat diorang tanya "Nak kahwin sangat ke?" sebab aku nak jawab "a'ah.Boleh?" hahaha. Tak salahkan? nak elak zina katanya. Sapelah yg aku nak pi pinang nnt ek.heh. tapi..tapi..tapi.. my parents wat derk jek. Aku pun pernah citer pasal kawan aku dah tunang. ade yang dah kahwin. tapi camtu jelah. Borak sendirian.

Tapi budak2 sekarang ni mane main kahwin muda. Banyak alasan diorang. Ni  aku tuliskan beberapa alasan. "Ko yakin ke pempuan yg ko pinang tu jodoh kau?Mane tau jumpa lagi umph ke?" . . "Kalau kahwin awal, camne ko nak belajar.Susah nnt dah ade anak.Baik kapel jek.bayar duit makan bila dating jek" . . "orang laki afdal kahwin lambat.umur 30 ke.cari duit dulu utk keluarga.enjoy dulu sebelum kahwin" . . and etc . etc . .

Maka , wujudlah satu term baru iaitu 'couple muda' . Memang fitrah manusia ni suka nak berkasih-kasih bagai ni. pegang-pegang tangan . pastu keluar makan sesama . gelak-gelak . jadi crying shoulder and sebagainya . best kan ? teringin nak rasa main calling2 ni. pastu cakap rindulah , i love u lah, i miss u la. tapi entahlah . belum berani . baru je nak kapel aku dah terpikir camne aku nak sara minah sorang ni kalau dah pakai beg pun nak dekat seratus. muka tu lawa memang lawa tapi kalau dah kahwin nanti mampukah ? hahaha . Tu yg sampai sekarang cari wanita melayu kampung terakhir . cewah .

Ok . aku cuma nak mengulas beberapa situasi yg aku nampak yg buat aku terfikir pasal term couple muda ni. Situasi 'muda' ni ak tuju kat bebudak sekolah lagi sbb diorg tak SPM lagi *ade kaitan tak? hahaha . tp kekadang benda ni jadik jugak kepada kita yg tak berapa nak tua ni . Selalunya bila berkapel muda2 ni kita tak pikir panjang . Macam-macam kita buat sampai tak dapat beza mana dosa mana pahala . Tu yang pernah wujud kes budak 15 tahun kena tangkap khalwat and bila ditanya 'sudah ke belum ?' Dia kata dah. MasyaALLAH . Untuk permulaan bait-bait couple muda ni kita dah boleh tengok kat fb sebab adalah satu kebanggaan bagi seseorang utk bgtau yg ' i'm taken ' kat fb ni .

First yang declare kapel tu . . Aku pernah nampak ade sorang budak form 2 ni declare kapel ngan sorang pempuan ni . Bangga lah kot . heh . kawan-kawan pulak suppport dari belakang . kate wow and great bla . bla . etc . Masalahnya aku kenal dengan budak ni , diri sendiri pun tak terurus sbb aku tggal serumah dengan dia kan. then, boleh pulak declare2 bagai. ingat cinta ni main pondok-pondok mase baru lahir tu ke? kenapa aku kisah? sebab dia adik aku.hahaha.Kita ni kalau kecik tu buat cara budak kecik. Tak perlulah nak berlagak terlebih matang dgn buat benda camni.Nak tengok camne declaration tu aku dah letak kat bawah sana.

Second, ni bukan adik aku. Bila kau dah declare . kau semakkan wall masing2 dengan kata2 cinta dan sayang kau tu . Sedar tak sebenarnya kita ni dah menyemakkan home page fb kengkawan kita dengan kata-kata sayang kita tu ? Ini secara tidak langsung menganiaya sahabat2 kita kat fb tu . Dah berdosa buat zina dari kata-kata pastu kita aniaya kawan kita pulak . Macam aku yg teraniaya ni .Penat nak berulang alik masuk toilet muntah2 baca every status mereka2 ni. hahaha . gurau jek . Kata-kata sayang and rindu ni adalah satu benda yg special yg kita akan cakap pd org2 tertentu saja. Kenapa perlu umumkan sbb nnt dah tak jadi special la kan #justwondering . Private message kan ada ? sms pun ade . BBM pun ade . ke bajet sangat sampai taknak keluar duit topup. Fb kan free . heh . Ni contoh kata2 sayang tu . no offence ye .



Finally, Kita ni kalau kapel muda2 kan , cepat boring . Mana taknye ,  hari2 cakap i love u , i miss u . pastu dah hilang idea nak buat ape lagi . nak pegang2 pun dah buat . So, kita clash sbb kita takde ikatan perkahwinan . Kalau clash tak menjejaskan agama bangsa dan negara pun . Then akan wujud satu situasi fb yang baru macam " wtf mamat ni? go to hell la! aku tak kesahlah kalau kau taknak aku! " , "aku cintakan kau.kenapa kau tak membalas cintaku wahai kekasihku" and "semalam merupakan hari gembira bersamamu namun hari ni aku terlalu kecewa kerana kau meninggalkan ku .Ya ALLAH , bantulah hambamu ini" . Siap berdoa lagi . Ni contoh printscreen (no offence) ;


Pastu akan wujud seorang lelaki lain yang akan mengkomen dan menjadi sangat prihatin dan situasi pertama (declaration) akan bermula semula dan kedua dan ketiga dan ulang balik first and rotate again and again . Finally , kita akan kahwin setelah rotation kedua atau ketiga (kadang2 lebih lagi) dan bila kita kahwin nanti kita akan melalui beberapa situasi yg agak tak best .

First , bayangkan masa kita kahwin tu ex BF or ex GF kita datang tengok . Tak ke malu sbb kita pernah cinta kat orang tu . Pastu ex kita tu cakap kat pasangan kita "lawalah husband/wife you ni" atau dia pandang kita sambil sengih2 . Dalam hati dia pun berkata " alahai , sian kat pasangan dia tu . aku dah pernah pegang tangan isteri/suami kau tu . tak payah kahwin pun dah pegang " .  hahahaha *evil laugh

Second , segala puji-pujian sayang and etc dari pasangan kita akan dianggap biasa dan tak istimewa sebab kita dah biasa dengar masa muda2 dulu . Dia panggil sayang pun kita dah rasa tak istimewa sebab kita dah pernah dipanggil sayang . Bila ajak dating2 tgk wayang sume sambil pegang tangan pun kita tak rasa dating tu special sbb kita dah pun pernah buat sebelum kahwin . dengan banyak orang lagi tu .

Maka jadilah perkahwinan korang tu satu yang dah kurang specialnya . . Ini cuma pendapat aku melalui pemerhatian beberapa subjek yang menjadi bahan kes aku . hehehe . tapi kalau dah first couple muda korang tu adalah isteri . . lain ceritanya kot . yang ni aku tak jumpe lagi subjek yg nak dibuat pemerhatian . Cuma aku yakin lagi best kalau first love kita adalah pasangan hidup kita selamanya dan aku yakin lebih bahagia perhubungan itu kalau kita bercinta lepas kahwin . Everything we do will be very special and we can do anything-touching,kissing and etc without consider it as sinful act :)

Sebelum off, aku nak share sekeping printscreen declaration aku dengan makwe aku ;


ok2.jangan jeles.fullstop.Jadi sama-samalah kita berdoa agar hubungan yg akan atau sedang kita lalui ini adalah hubungan yg diredhai.Nasihat utk yang muda-muda lagi ni, janganlah dok fikir nak berkapel sangat sedangkan hubungan kita ngan ALLAH pun main2 lagi, makan minum kita pun mak bapak byr lagi and masa depan pun tak terjamin lagi. Harap sangat takde yg terasa dgn post ni.Ini cuma pendapat.Sorry kalau ada yang terasa.Jangan takut utk berkahwin baru bercinta sbb ada yg kata "kita belum kenal betul2 perangai dia dah terus kahwin. Kalau kapel lepas tu tetiba tak berkenan takkan nak 'clash' kan". tapi kita kena ingat segala yg ditentukan oleh ALLAH itu sume ada hikmah dan kebaikannya.sekian :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Hazman Halid : Keyboardist & Engineer

Salam semua .. Lame ke tunggu aku nak post something kat belog berhabuk ni.Mekasihmekasih kepada sesape yang masih dtg jenguk2 kat belog aku ni walaupun tak berupdate.Straight to the point , sebelum tu melencong sikit.Korang nampak tak ruang komen kat bawah tu? yeay! sekarang dah boleh komen pakai akaun fb ler. maju tak? maju tak? hehehe. korang mesti tertanye tanye an. cecane? cecane? hahaha. korang boleh cek kat link INI .Kalo tak paham gak boleh la bertanya kepada penulis belog tersebut.sekian.

Kali ni memang betul-betul straight to the point.So, dengan rajinnya nak mempromote somebody yang memang dah ramai kut yang kenal.Sebelum tu ade sedikit peringatan buat readers yang tak minat and tak layan piano2 ni -> post ni utk mempromote muzik piano.kalau tak minat boleh tgk link story lain nun di bawah sana :)


Nama beliau Hazman Halid.Nama penuh aku taktau la.Seorang duda anak 3.Boleh tgk bukti bergambar diatas kalau tak caye.Selama ni ade jugak aku mendownload muzik2 yg dimainkan beliau kat youtube tapi tak pernah nak amek tau pun sape yg main.Dah 3-4 kali main muzik yg berbeza baru perasan pemainnyanya sama.Then, buat some research dengan menjenguk belog beliau pastu dapat link untuk senarai muzik beliau dan free utk didownload.Bak kata bro Hazman ni - Sharing is Caring ;)

Kejap lagi aku bagi link belog beliau dan link nak download muzik2 piano beliau. Yang bestnye beliau ni adelah software engineer and boleh main piano. Sape kata engineer tangan mesin? boleh je main piano/keyboard.hehehe. pasni aku nak cari engineer main violin pulak. ade ker?

Sekadar perkongsian ;

Link Belog Hazman Halid
Link Reverbnation (download & play lagu)

Yang lain-lain tu boleh carik sendiri.Nak mintak note, chord or ape kebenda lagi tuh boleh request sendiri kot.taktau boleh ke tak.Tapi rasanya request lagu tak dapek la (ak ade tgk kat fB beliau).Tu jek yg nak share.Bolehlah try dengar lagunya.Ade lagu jar of hearts :D

p/s : 2 soalan - keyboardist ngan pianist sama ke? and sekali tgk muka bro man ni macam abg Ben sikit kan ?

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes