Ta'aruf Programme : Dalam Ingatan

Salam semua.Sihat tak?dah tgk entri Pengajaran hari ini:episode 1?kalau belum boleh tengok.Cara tulis tajuk tu macam nak buat episode kedua tapi malangnya idea tak sampai2 dalam 2-3 hari lepas.Sangat sibuk dengan satu program kat U ni hah.So,post kali ni aku nak share same kamu sume pasal program tu.Kami warga uia panggil program ni sebagai Ta’aruf Programme which is masa ni la budak2 freshiee dari seluruh Negara dtg uia.Kira macam orientasi la.

Ok.Aku mulakan masa start induction course yang dibuat seminggu lebih awal sebelum Ta’aruf programme ni start.Hari pertama tu just nak buat sesi kenal-kenal dengan semua orang.The first day ni is the worst day yang pernah aku rasa kat uia ni.Korang bayangkan , kawan yang aku kenal kat uia ni adelah dalam 20 org and yang aku kenal dan join dalam programme ni dalam 10 and below jek.Ditambah dengan selsema dan batuk yg dah meragut suara merdu aku ni menyebabkan aku langsung tak take part dalam sesi ice breaking hari pertama tu.Aku boleh agak la mesti ramai dlm group aku tu ingat aku ni sombong and tak banyak cakap.*sorry guys,aku ni pemalu sikit kalau belum kenal.Dah kenal tu baru jadi tak malu.hehe.

Hari second tu baru dia bagi masuk ikut biro masing-masing and aku kene join biro SECURITY AND TRANSPORTATION or we call it SEnTRA.
My first impression,omg.Mesti kulit aku hitam legam nnt.tgk senarai ahli,Nur Adli Azim aje yang aku kenal.Yang lain,budak nilai kot sbb tak penah nampak pun kat PJ.hahaha.
Tak mau citer panjang sangat , Kami buat preparation sampai 9 kali groundwork dalam masa seminggu.Groundwork 1 baru kenal-kenal dengan head committee and his assistant.Groundwork 2 pulak dah upgrade kepada 2-3 orang ahli biro.Groundwork seterusnya dah start kenal dengan head unit dalam biro and ahli unit aku aje.Pastu kenal pulak dengan pembuat-pembuat modul yg Berjaya.Tapi aku paham kat satu modul jek…modul ong..ong..ong.. yang di sampaikan miss ong2@nazihah.Masih lagi dalam mode pendiam dan tak kecoh sangat macam nur adli azim,aku kenal dalam ati jek except dgn budak unit aku.Fyi, budak unit aku yg paling aku ‘sayang’ skali ialah topek.Seorang sugarGlider yang terlibat dalam cubaan dibunuh oleh aku.hahahaha.Tuan dia beli RM300 kot!!ak ingat RM50 sekor.Nasib baik tak mati.Kalau tak,sape nak bayar??duit nuffnang aku ade RM5 jek.

Terus kepada masa berjalannya program Ta’aruf ni.Aku sememangnya seorang budak yg sentiasa overslept selalu datang lambat bertugas.Masa 3 hari pertama tu memang semangat and on time sikit(biasa la kalu lewat seminit dua) sbb nak kena jaga jalan and parking.hahaha.Nasib baik tak kena sunburn.Penat giler melayaan kerenah mak bapak selama 3 hari tuh.Serius lepas ni kalau aku nak hantar adik aku or anak aku daftar kat mana2 , aku akan ikut cakap committee yang uruskan parking tu.Penat kot diorang kerja.Kita jek yang tak nampak.Pastu jangan piker tertekan dan penat kita jek.Ade orang lain lagi penat.ingat tuh!

Banyak benda yang aku belajar ;

Ok,kita start mood feeling2 sikit.Aku tak pernah pun teringat nak join2 benda alah ni.Ni la program pertama yang aku join sejak aku belajar kat dalam uia ni.Bak kata roommate aku : “Bila kau nak aktif ni apai ?”.Sebab sejak aku lepak kat uia 2 sem ni aku cuma duduk bilik and tido jek.Pasal tu la kawan aku boleh dikira.hehehe.Then,masa hari pertama tu jek aku dah rasa boring sebab masing2 dah kenal ramai orang.Aku pulak senyap and ade sorang je kawan-adli azim.Siap dah bagitau awal2 kat adli yg aku nak balik rumah petang tu.hahaha.Tapi sekarang rasa macam-janganlah datang hari ni(hari terakhir program).In two weeks jek aku dah ramai kawan.Satu benda yang aku boleh banggakan.Pasni kalau aku jalan2 kat uia ni boleh la tegur2 ramai org sikit macam roommate aku ni.Kalo tak, duduk kat kafe tu senyap jek.

Selama aku tinggal kat uia ni aku asyik komplen jek sbb takde kawan yang sehebat kat sekolah dulu yg mana diorang tak pernah nak berkira duit sangat , sporting , tak cepat touching , buat kerja pun tak pernah nak berkira and bla..bla..tapi sebenarnye ade je kot kat uia ni.hahaha.aku dah jumpa dah.yup,diorg ni la budak2 SEnTRA.Aku datang lambat pun diorg ok jek.Maybe sbb diorg pun lambat.hahaha.Aku curik tulang sikit pun diorang tak marah2 and berkira maybe sbb diorg taktau ak curik tulang or sbb diorg pun curik tulang gak.hahaha.Pasal gurau2 tu biasa la.Aku pun banyak gak gurau2 yg kadang2 tu menyakitkan hati tapi takde ar budak2 ni sampai nak feeling2 lebih.adat orang berkawan.Aku pun kekadang tu kene gak gurauan2 yg 'tut' sikit tp Mak ok jeee~
So,kat sini nak ucap thank you very much to all SEnTRAnian because being parts of my ‘family’ and also for helping me buat semua kerja2 pak guard.Special thanks buat Head com yg teman kami sambil bawakkan roti susu sbb siapkan jadual kerja sampai 4 pagi, Raja Hazwan (head unit) yang sangat bersemangat dalam melakukan kerja2 committee serta support jamuan biro , Amalina yg sanggup tggu lama2 kami punya action plan and master plan and semua ahli unit GnD.eh..terlupa bubuh nama jaja sbb blanje mkn Big Apple.Mintak maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang program ni berjalan , aku ade curi tulang or menyusahkan korang semua ye.Halalkan segala makanan dan minuman kalau ade ambil terlebih sebotol air , se’polestrin’ nasi , sebungkus roti dan sebagainya.Kalau ade gak gurauan yang menyakitkan hati tu pun nak minta maaf jugak.Kalau tanak maafkan bagitau yek.Kalau aku ade cakap-cakap belakang tu pun nak mintak maap.As’ad terutamanya..hahaha.Untuk Qawi yg tak suka gambar dia diambil, sorry kalo aku ade tak bagi kerjasama kat kau ek.Fyi ,Qawi ni ketua kumpulan Ak masa hari pertama tu.alah..kumpulan yang ak tak take part dan pendiam sgt tu.
Ape-apepun , program ni dah buka mata aku bahawa menjadi committee kepada sesuatu program ni bukannya mudah tapi sangat menyeronokkan.Lepas ni kalau ade program tu boleh la kot kalau nak join lagi.hahaha.
Pesanan untuk semua pembaca , ‎"Berjalanlah serata dunia untuk mencari sahabat yang tidak punya sifat buruk, nescaya kamu akhiri hidup kamu tanpa empunya walaupun seorang sahabat".
apai ;Terima Kaceh and sorry sbb tade gambar.insyaALLAH akan menyusul nanti.Sorry kepada yang lain yang namanya tak disebut :)

Labels: , ,