4 Semester Terakhir

Halo..halo..halo..Mula-mula punya la bersemangat nak buat entri luahan hati , dan kebengangan serta kemarahan terhadap seseorang..tapi..tapi..tapi..nanti dulu kot.Biar redup marah ni baru buat.Kalau tak habis penuh entri aku ni dgn carutan2 yg tak baik..mara ni..hahahaha

So,aku dah start kelas utk sem terakhir kat cfsIIUM ni.Macam biasa aku memang suka nak buat penilaian manusia ikut kepala hotak aku je.terbajet baiklah pulak nak nilai2 org ni kan? Bukan aku nak menilai ape2 pun.Just nak bagitau camne classmates and lecturers sem baru ni.itu aje.

Secara holistiknya(*skema tak?) , classmates aku dalam 3 dari 4 subjek adalah lelaki.So,sem ni aku tak payahlah nak bergaya sangat.baju letak luar , rambut serabai sikit dan byk lagi.hahaha.bukan aku kata aku ni cover kalau ade pempuan tapi pempuan ni kan suka buat meeting kat bilik malam sebelum tidur.Kira macam 'muhasabah' diri la.So nanti akan keluar cerita macam 'kau perasan tak apai tak gosok baju tadi?' atau 'eh..tadi rambut apai serabai dowh,mesti baru bangun' . . Jadi , aku taknak la jadi popular every night bila diorg asyik mention my name.hahaha

Lecturer aku pulak semuanya perempuan yang berstatus ibu kot..sebab semua baik2 dan pelembut macam seorang 'mama'..hahaha.Gaya belajar sem ni pun laju semacam je aku tengok.Mdm2 ni cakap "u olls dah 2nd year dah..so,kita belajar tak payah take 5 lagi"..dem -.-" .

Masa first class memang tak belajar.Kitorang buat sesi taaruf and belajar falsafah sikit.heh.So,ni dah ade beberapa pesanan yg aku ingat.
Mdm calculus aku pesan "If you get 20 over 50 in ur midSem , u should drop it from your course.u will not survive".Naik tak semangat?hahaha.Nampak beno susahnya nak A.
Mdm Programming aku cakap , "i will make all of u past this subject" .Dia tak mintak A ok.Past jek.omg..and aritu dia ade bagi homework,tadi kami bincang tapi ade yg tak siap (aku ler tu)..Then dia pesan "next time kalau tak siap saya suruh kamu berdiri".Tak risau sangat sbb semua lelaki dlm tu.takde la malu sangat.
 Mdm Chemistry takde pesan ape2 sebab aku ponteng kelas pertama dia.Tapi cara dia ajar pakai mind-map.So,dia akan bla..bla..bla.. sambil tgn dia conteng2.Pastu dai akan tanya "paham?" .and then we proceed to the next subtopic.Mula-mula susah gak nak kejar tapi last-last tu dapat la jugak..Yang penting nota aku dah tak comel da.sbb aku kene salin nota dia and dengar bebelan dia dalam masa yang sama.penat sungguh.
Ustazah Religions in Malaysia aku ok jek.DIa suka tanya dulu macam2,pastu baru bagitau jawapan.So , tau atau tak .Bantai je ape2 jawapan bila dia tanya.hahahaha.Yang penting nanti my team kena buat presentation pasal Sikhism dalam masa 100 minit.ohh tidak..
So, macam nilah suasana Sem baru ni..harap2 dapat catchup and get better pointer than last sem.heh.Kalau korang ade link pasal Sikhism tu boleh drop kat komen.tenkiu je dapat aku balas.Btw,kpd sesiapa yg baru masuk sem baru tu..share2 la yek :)

p/s ; semalam ade selection for Pesta Cakna Hujah(debat).Alhamdulillah dpt shortlist top 24.doakan utk saringan terakhir.shortlist 15.


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's?


Salam semua..dikala lambat mengupdate , ternampak pulak Lucky Draw yg menghadiahkan t-shirt Domo..Memang tak dapat tahan la kan..hahahaha.okeh..okeh..

Sila kelik gambar ye :)
Pastu jangan lupa Like Fanpage dia (kalau ade facebook jek , tp ak kompem korang sume ade ) . . Aku dah like lama dah . .hehehe

Follow ? ? of course dah lama jugak . . Dulu2 suka kelik 2 in 1 (fanpage n follow)

Pilih cartoon kegemaran anda . . and of course la i nak yg Domo tu..Tak kenal Domo ?? ni i dah uploadkan gambar dia.



Dah kenal ?? okeh.Nak jugak tak tshirt tu?jom join Lucky Draw ni.Haffiz ni tak suruh tag orang lain . So,aku tag je la semua yg baca.Kalau korang kiut , korang join lucky draw ni.hahaha.Tarikh tutup 25.6.2011 :)

p/s:Dengarnya Amirah Zawani minat raksasa comel ni.Mesti dia masuk jugak.
p/s/s:result muet dah dapat.Alhamdulillah :D


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Re-design Blog

Ok.ok.ok.Aku tau agak boring bila tengok asyik-asyik aku nak tukar template aku ni.Hari tu cakap last tukar tapi ngade-ngade lagi nak tukar.BUkan ape , aku ni dah 19 ok.Ce tengok kat template.Ade gambar robot.Tak matured langsung!


hahaha.Aku ni memang jenis tak tetap pendirian pun.So,jangan lah nak mengkomen berulang-ulang kata aku tak tetap pendirian.Aku dah tau.heh.Ramai sangat gelakkan tau.Robot??Tak macho langsung.Ape motif kau?Aku pun mula ngade-ngade pikir balik motif dan ke'macho'an belog aku ni hah.


Cuma kali ni mungkin yang terakhir (agak-agak aku dah ulang ayat ni berapa juta kali?).So, aku akan redesign header dengan teliti dan lama.Buat research dulu kat belog2 lain.Doakan lah ye aku dapat idea yang menarik.




apai ; bukan takde idea sebenarnya tapi tak pandai buat yg lawa-lawa :(
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Ta'aruf Programme : Dalam Ingatan

Salam semua.Sihat tak?dah tgk entri Pengajaran hari ini:episode 1?kalau belum boleh tengok.Cara tulis tajuk tu macam nak buat episode kedua tapi malangnya idea tak sampai2 dalam 2-3 hari lepas.Sangat sibuk dengan satu program kat U ni hah.So,post kali ni aku nak share same kamu sume pasal program tu.Kami warga uia panggil program ni sebagai Ta’aruf Programme which is masa ni la budak2 freshiee dari seluruh Negara dtg uia.Kira macam orientasi la.

Ok.Aku mulakan masa start induction course yang dibuat seminggu lebih awal sebelum Ta’aruf programme ni start.Hari pertama tu just nak buat sesi kenal-kenal dengan semua orang.The first day ni is the worst day yang pernah aku rasa kat uia ni.Korang bayangkan , kawan yang aku kenal kat uia ni adelah dalam 20 org and yang aku kenal dan join dalam programme ni dalam 10 and below jek.Ditambah dengan selsema dan batuk yg dah meragut suara merdu aku ni menyebabkan aku langsung tak take part dalam sesi ice breaking hari pertama tu.Aku boleh agak la mesti ramai dlm group aku tu ingat aku ni sombong and tak banyak cakap.*sorry guys,aku ni pemalu sikit kalau belum kenal.Dah kenal tu baru jadi tak malu.hehe.

Hari second tu baru dia bagi masuk ikut biro masing-masing and aku kene join biro SECURITY AND TRANSPORTATION or we call it SEnTRA.
My first impression,omg.Mesti kulit aku hitam legam nnt.tgk senarai ahli,Nur Adli Azim aje yang aku kenal.Yang lain,budak nilai kot sbb tak penah nampak pun kat PJ.hahaha.
Tak mau citer panjang sangat , Kami buat preparation sampai 9 kali groundwork dalam masa seminggu.Groundwork 1 baru kenal-kenal dengan head committee and his assistant.Groundwork 2 pulak dah upgrade kepada 2-3 orang ahli biro.Groundwork seterusnya dah start kenal dengan head unit dalam biro and ahli unit aku aje.Pastu kenal pulak dengan pembuat-pembuat modul yg Berjaya.Tapi aku paham kat satu modul jek…modul ong..ong..ong.. yang di sampaikan miss ong2@nazihah.Masih lagi dalam mode pendiam dan tak kecoh sangat macam nur adli azim,aku kenal dalam ati jek except dgn budak unit aku.Fyi, budak unit aku yg paling aku ‘sayang’ skali ialah topek.Seorang sugarGlider yang terlibat dalam cubaan dibunuh oleh aku.hahahaha.Tuan dia beli RM300 kot!!ak ingat RM50 sekor.Nasib baik tak mati.Kalau tak,sape nak bayar??duit nuffnang aku ade RM5 jek.

Terus kepada masa berjalannya program Ta’aruf ni.Aku sememangnya seorang budak yg sentiasa overslept selalu datang lambat bertugas.Masa 3 hari pertama tu memang semangat and on time sikit(biasa la kalu lewat seminit dua) sbb nak kena jaga jalan and parking.hahaha.Nasib baik tak kena sunburn.Penat giler melayaan kerenah mak bapak selama 3 hari tuh.Serius lepas ni kalau aku nak hantar adik aku or anak aku daftar kat mana2 , aku akan ikut cakap committee yang uruskan parking tu.Penat kot diorang kerja.Kita jek yang tak nampak.Pastu jangan piker tertekan dan penat kita jek.Ade orang lain lagi penat.ingat tuh!

Banyak benda yang aku belajar ;

Ok,kita start mood feeling2 sikit.Aku tak pernah pun teringat nak join2 benda alah ni.Ni la program pertama yang aku join sejak aku belajar kat dalam uia ni.Bak kata roommate aku : “Bila kau nak aktif ni apai ?”.Sebab sejak aku lepak kat uia 2 sem ni aku cuma duduk bilik and tido jek.Pasal tu la kawan aku boleh dikira.hehehe.Then,masa hari pertama tu jek aku dah rasa boring sebab masing2 dah kenal ramai orang.Aku pulak senyap and ade sorang je kawan-adli azim.Siap dah bagitau awal2 kat adli yg aku nak balik rumah petang tu.hahaha.Tapi sekarang rasa macam-janganlah datang hari ni(hari terakhir program).In two weeks jek aku dah ramai kawan.Satu benda yang aku boleh banggakan.Pasni kalau aku jalan2 kat uia ni boleh la tegur2 ramai org sikit macam roommate aku ni.Kalo tak, duduk kat kafe tu senyap jek.

Selama aku tinggal kat uia ni aku asyik komplen jek sbb takde kawan yang sehebat kat sekolah dulu yg mana diorang tak pernah nak berkira duit sangat , sporting , tak cepat touching , buat kerja pun tak pernah nak berkira and bla..bla..tapi sebenarnye ade je kot kat uia ni.hahaha.aku dah jumpa dah.yup,diorg ni la budak2 SEnTRA.Aku datang lambat pun diorg ok jek.Maybe sbb diorg pun lambat.hahaha.Aku curik tulang sikit pun diorang tak marah2 and berkira maybe sbb diorg taktau ak curik tulang or sbb diorg pun curik tulang gak.hahaha.Pasal gurau2 tu biasa la.Aku pun banyak gak gurau2 yg kadang2 tu menyakitkan hati tapi takde ar budak2 ni sampai nak feeling2 lebih.adat orang berkawan.Aku pun kekadang tu kene gak gurauan2 yg 'tut' sikit tp Mak ok jeee~
So,kat sini nak ucap thank you very much to all SEnTRAnian because being parts of my ‘family’ and also for helping me buat semua kerja2 pak guard.Special thanks buat Head com yg teman kami sambil bawakkan roti susu sbb siapkan jadual kerja sampai 4 pagi, Raja Hazwan (head unit) yang sangat bersemangat dalam melakukan kerja2 committee serta support jamuan biro , Amalina yg sanggup tggu lama2 kami punya action plan and master plan and semua ahli unit GnD.eh..terlupa bubuh nama jaja sbb blanje mkn Big Apple.Mintak maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang program ni berjalan , aku ade curi tulang or menyusahkan korang semua ye.Halalkan segala makanan dan minuman kalau ade ambil terlebih sebotol air , se’polestrin’ nasi , sebungkus roti dan sebagainya.Kalau ade gak gurauan yang menyakitkan hati tu pun nak minta maaf jugak.Kalau tanak maafkan bagitau yek.Kalau aku ade cakap-cakap belakang tu pun nak mintak maap.As’ad terutamanya..hahaha.Untuk Qawi yg tak suka gambar dia diambil, sorry kalo aku ade tak bagi kerjasama kat kau ek.Fyi ,Qawi ni ketua kumpulan Ak masa hari pertama tu.alah..kumpulan yang ak tak take part dan pendiam sgt tu.
Ape-apepun , program ni dah buka mata aku bahawa menjadi committee kepada sesuatu program ni bukannya mudah tapi sangat menyeronokkan.Lepas ni kalau ade program tu boleh la kot kalau nak join lagi.hahaha.
Pesanan untuk semua pembaca , ‎"Berjalanlah serata dunia untuk mencari sahabat yang tidak punya sifat buruk, nescaya kamu akhiri hidup kamu tanpa empunya walaupun seorang sahabat".
apai ;Terima Kaceh and sorry sbb tade gambar.insyaALLAH akan menyusul nanti.Sorry kepada yang lain yang namanya tak disebut :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes