0 Habis Buku Aku , Hilang Mood nak Belajar .

Baru je aku nak berbangga + poyo2 sikit sebab dah habis belajar separuh dari buku kimia aku.So, aku plan nak hantar kedai and suruh dia belah 2 buku tu.Pastu , bind supaya jadi dua buku yang serupa.Ringan la sikit aku nak bawak ke hulu ke hilir buku tu.Dua hari lepas aku ngan ayah aku gi kedai hantar buku tu.Jadilah perbualan macam dibawah :

Aku : auntie , nak mintak buat kerja susah sikit la kali ni.
Auntie : susah ? banyak ka sikit ?
Aku : nak suruh auntie belah ini buku jadi dua pastu bind lawa2 jd macam buku balik.
Auntie : boleh2.Tak susah maa..dah biasa buat.
Aku : berape lama boleh siap ni ?
Auntie : U angkat esoklah . hari ni tak boleh.nak ceraikan dia lama sikit la.
Aku : ohh , tak lama tu.Ayah cakap masa dulu ayah buat seminggu. *sambil jeling2 sikit kat ayah.
Auntie : itu dulu maa.Sekarang dah cepat.hehehe.
Aku : bind lawa2 ye auntie , kasi mcm buku tu balik.
Auntie : ok.

Ayah aku jadi pelik sebab dia dapat buat satu hari jek.Aku gembira la sebab dia kata sehari jek.sampai termimpi-mimpi dah dapat buku tu malam semalam.Pastu petang tadi aku amek kat kedai.Terkezzzuuuut aku tengok buku aku.Rasa nak pengsan jek.Kau tau ape dia buat.Dia cerai-ceraikan then dia bind pakai stle comb binding tu.YESSSS !!! DIA TEBUK BUKU AKU !!Berderau darah aku turun naik turun naik.Nak terkeluar gas kentut aku bila tahan marah.Nasib baik auntie tu dah tua.aku pun amek 'folio' kimia aku tu and bayarlah RM9.Masuk je dalam kereta, macam-macam sumpahan aku jerit kat kedai tu.Harry Potter pun tak mampu nak buat sumpahan banyak2 macam aku buat.

Sampai je kat rumah , aku usha2 lagi buku tu.Korang tau ape lagi yang buat aku bengang and rasa nak patah balik naik kereta pergi kedai tu pastu kentut puas2 kat situ ? Dia tersalah potong aku punya buku ! Boleh pulak dia tampal2 kertas pastu tak inform aku ! memang **** punya kedai.Tampal senget pulak tu.memang tak berseni !Rasa aku nak saman sejuta pastu beli buku kimia tu balik.Duit lebih saman tu aku beli fairlady satu ngan banglo sebijik untuk lepas kahwin tak lama lagi.nak tgk ketidak berseni nye kedai tu musnahkan buku aku ?

Korang nampak tak comb binding tu ?? dah buruk dah rupa buku aku tu !!


ni yang dia tersalah potong tu.Main tampal2 jek.senget pulak tu !


pandangan dari bawah.bahagian yg terpotong tu.nampak tak ketebalan yg dia 'terpotong' tu.

memang jahanam habis la buku aku kedai ni kerjakan.Aku rasa cam nak sumpah rugi sampai 7 keturunan jek.hahaha.Takdelah sekejam tu kan.Bajet aku ade kuasa jek nak sumpah2 orang.Tapi kalau korang tau kedai yg boleh bind buku aku lawa2 macam buku teks kat sekitar seremban , Negeri Sembilan ni. .Bagitau eh.Thanks :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

No Response to "Habis Buku Aku , Hilang Mood nak Belajar ."

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes