0 Pengajaran Hari ini : Episod 1

Hello semua . . Lama tunggu post aku tak ?? *eh..eh..takde org jawab ke? takpe2.Blog takde peminat.biasa la yek.Follower pun dah hilang sampai 2 orang.isk..iskk...sedih.sedih.sedih.Sebenarnya post ni aku terlambat post kan kat belog ni hah.So,kira tajuk tu korang boleh ar tukar kepada pengajaran semalam.timekaceh.time kaceh.

ok.ok.start citer eh.Alkisahnye ,aku terpilih jadi seorang pekerja yang membantu menjayakan satu program yang nak dibuat selama seminggu.Start semalam la ni.Jadi,kerja yang aku dapat utk semalam.hari ini dan esok adelah sebagai pak guard yang jaga2 parking tu.Seronok gak bila kerja dengan manusia ni.Macam-macam kerenah yang kita dapat tengok.Jadi,sepanjang semalam aku bekerja sehari suntuk sebagai pak guard tu.Aku nak share la sikit2 pengajaran yang aku dapat.

1. Jangan berlagak tahu kalau tak tahu.
Kami yang memang dah dididik dan ditauliah selama beberapa hari minit ni dah tahu macam mana nak susun parking elok2 kan.Pastu bila dah crowded dan sume pun panik.Aku pun suruh la pakcik sorang ni naik ke atas dan parking kat tepi.Pastu pakcik ni cakap : 
"Kenapa guard atas tu suruh buat u-turn kat atas tu.Kalau takde parking tu cakap je takde parking!!Jangan menyusahkan orang lain suruh naik pulak."
Saya pun tengok ke atas.Tengok bos saya @ pak guard betul2 tgh suruh buat u-turn and turun balik.Pelik jugak sbb dia yg suruh saya arahkan tetamu2 tu naik atas.owh..Rupe-rupe nya bila kita nak parking dikawasan yg berbukit seelok-eloknya kita mengahala kan kereta ke bawah.Sebab tu kene u-turn and turun pastu baru parking.Nak tahu kenapa lebih elok camtu?lu pikir lah sendiri.heh.Jadi pakcik yg dah marah tadi tanak naik ke atas.Aku pun malas sangat nak layan.(dah tertekan sbb berpeluh dan panas).Aku biar je pakcik tu kat situ sbb dia nak carik parking lain.Finally dia takpat ruang utk parking and dia parking illegally.kalo ikut aku nak aje aku report kat bos aku suruh dia clamp je tayar tu.hahahaha.seb bek tmpat parking dia tu tak ganggu jalan.
So,lepas ni.Kalau kita tak sure tujuan seseorang tu buat sesuatu.Janganlah terus 'sound' dia.Cuba tanya elok-elok kenapa dia buat camtu.Memanglah aku ni student yg takde sijil jd pak guard,tapi aku jalankan tugas aku mengikut arahan org yang ade sijil jd pak guard.Benda ni sama macam seorang engineer marah seorang doktor sebab doktor tu belah badan anak dia masa pembedahan sedangkan anak dia cuma sukar bernafas (which is maybe can be cured by cut his throat :P )

apai;Kali ni takdo gambar laie..nanti2 la den lotak yo :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Lagi page yang dibuat budak tak berakal.

Baru tadi aku jenguk2 fb aku.Pastu ade geng post pasal satu page ni.Menyirap gak lah kan bila tengok tajuk dia.MELAYU MEMANG BABI.heh.bila aku tgk tajuk jek trus aku carik sape yg buat page bodoh tu.Tapi aku ta sure la sape yang buat page ni.Ade je sorang budak ni ngaku dia buat.Melayu lagi tu.Dia kata dia benci melayu sebab kejahilan dan kebodohan atau kejahatan org melayu ex;rempit.pelik betul.aku pun ade gak luahkan dalam entri Kadang-kadang saya malu jadi melayu dulu sebab marah sangat ngan melayu2 yg kurang kesedaran uh *masa tu terasa diri ni ade kesedaran kejap.tapi takde la sampai nak buat page-page memalukan macam melayu memang babi ni.

Kesian betul kat khinzir yg buat page ni.saje jek kau nak tarik semua melayu jd khinzir macam kau.Kau sedar yang diri kau tu khinzir , pastu kau nak babitkan semua melayu jadi khinzir.



jadi , ape yang kita kene buat.Meh la report suruh Mark tutup je akaun page ni.Tapi aku rasa Kerajaan malaysia ade je kot kuasa nak tutup2 page ni , macam dia buat kat page tuuuuut..opppsss..sorry kalo terfitnah.Saya gurau jek abg najib.

cara nak report pon semudah kentut di depan laptop:
  1. Kelik kat sini
  2. Pergi dekat bawah kiri yg tertulis REPORT PAGE.
  3. Choose button CONTAINS HATE SPEECH OR ATTACK AN INDIVIDUAL
  4. Pastu pilih TARGET A RACE OR ETHNICITY
Jangan lupa sebarkan kat yang lain yer.Demi menjaga nama dan maruah bangsa kita :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Habis Buku Aku , Hilang Mood nak Belajar .

Baru je aku nak berbangga + poyo2 sikit sebab dah habis belajar separuh dari buku kimia aku.So, aku plan nak hantar kedai and suruh dia belah 2 buku tu.Pastu , bind supaya jadi dua buku yang serupa.Ringan la sikit aku nak bawak ke hulu ke hilir buku tu.Dua hari lepas aku ngan ayah aku gi kedai hantar buku tu.Jadilah perbualan macam dibawah :

Aku : auntie , nak mintak buat kerja susah sikit la kali ni.
Auntie : susah ? banyak ka sikit ?
Aku : nak suruh auntie belah ini buku jadi dua pastu bind lawa2 jd macam buku balik.
Auntie : boleh2.Tak susah maa..dah biasa buat.
Aku : berape lama boleh siap ni ?
Auntie : U angkat esoklah . hari ni tak boleh.nak ceraikan dia lama sikit la.
Aku : ohh , tak lama tu.Ayah cakap masa dulu ayah buat seminggu. *sambil jeling2 sikit kat ayah.
Auntie : itu dulu maa.Sekarang dah cepat.hehehe.
Aku : bind lawa2 ye auntie , kasi mcm buku tu balik.
Auntie : ok.

Ayah aku jadi pelik sebab dia dapat buat satu hari jek.Aku gembira la sebab dia kata sehari jek.sampai termimpi-mimpi dah dapat buku tu malam semalam.Pastu petang tadi aku amek kat kedai.Terkezzzuuuut aku tengok buku aku.Rasa nak pengsan jek.Kau tau ape dia buat.Dia cerai-ceraikan then dia bind pakai stle comb binding tu.YESSSS !!! DIA TEBUK BUKU AKU !!Berderau darah aku turun naik turun naik.Nak terkeluar gas kentut aku bila tahan marah.Nasib baik auntie tu dah tua.aku pun amek 'folio' kimia aku tu and bayarlah RM9.Masuk je dalam kereta, macam-macam sumpahan aku jerit kat kedai tu.Harry Potter pun tak mampu nak buat sumpahan banyak2 macam aku buat.

Sampai je kat rumah , aku usha2 lagi buku tu.Korang tau ape lagi yang buat aku bengang and rasa nak patah balik naik kereta pergi kedai tu pastu kentut puas2 kat situ ? Dia tersalah potong aku punya buku ! Boleh pulak dia tampal2 kertas pastu tak inform aku ! memang **** punya kedai.Tampal senget pulak tu.memang tak berseni !Rasa aku nak saman sejuta pastu beli buku kimia tu balik.Duit lebih saman tu aku beli fairlady satu ngan banglo sebijik untuk lepas kahwin tak lama lagi.nak tgk ketidak berseni nye kedai tu musnahkan buku aku ?

Korang nampak tak comb binding tu ?? dah buruk dah rupa buku aku tu !!


ni yang dia tersalah potong tu.Main tampal2 jek.senget pulak tu !


pandangan dari bawah.bahagian yg terpotong tu.nampak tak ketebalan yg dia 'terpotong' tu.

memang jahanam habis la buku aku kedai ni kerjakan.Aku rasa cam nak sumpah rugi sampai 7 keturunan jek.hahaha.Takdelah sekejam tu kan.Bajet aku ade kuasa jek nak sumpah2 orang.Tapi kalau korang tau kedai yg boleh bind buku aku lawa2 macam buku teks kat sekitar seremban , Negeri Sembilan ni. .Bagitau eh.Thanks :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?



 "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."
Post ni aku amek dari Fb.sebagai renungan untuk menjadi jawapan sekiranya ditanya mengapa orang islam sembah kaabah.
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes