7 Lelaki bujang wajib pengotor ?


Masa aku study kat U sebelum2 ni kan , aku agak menjaga kebersihan ke‘lawa’an bilik aku . Aku letak langsir kat pintu compartment aku . Lepastu bila kawan2 dok dating bilik aku nnt aku mesti rasa cam tak selesa kalau diorg makan sepah2. Hehehe . Pastu disuatu hari yg dingin , ade sorang kawan aku cakap “kau ni macam pempuan la apai , kemas sana kemas sini.”aku pun macam eh..eh..kajian mana yang cakap kalau pempuan je pembersih. Maka aku pun argue ngan dia sekejap . .

Aku: Sape kata kalau kemas2 ni pempuan.
Dia: aku kata.kau tengok rumah2 lelaki bujang , sume mane ade kemas sangat.macam-macam bau aku hidu.Aku nye bilik pun sempoi jek.
Aku: alahai , tu sebab kau yang pengotor.jaga kebersihan kan sebahagian dari iman. *jadi baik tetiba :)
Dia: aduh kau ni.maksud aku bukan nye buang sampah merata-rata or tak basuh baju sebulan.aku kata orang lain punya bilik takde la nak ber’langsir’ berkapet semua ni.Biasa2 sudah.orang bujang basuh baju mana ade softlan kasi wangi.kau je buat camtu.
Aku: *terpinga nak cari jawapan.
Dia: Apsal senyap.
Aku: malas dah nak layan kau.Nak buat camne,mak aku yang pesan suruh softlan baju , pasang kapet takut sejuk and letak langsir biar ade privasi sikit. *amek jalan selamat.

Korang pun cam dia gak ker?korang rasa kalau sorang laki tu pembersih dan pengemas dia tu macam pempuan ke? Aku tak tau la fahaman mana yang kata camtu.Kalau dulu ye kot bila tengok rumah orang laki je mesti kotor sikit tapi sekarang ni tak kot.Aku tengok lawa jek.hahaha.aku pun taktau kat mane ak tgk tp ade la.bukan kat mimpi ek.Real punye.Mesti korang akan ingat rumah2 bujang yang kemas yang aku nampak tu dihuni lelaki2 kepit@lembut@macam perempuan@...dalam botol kan?hahaha.Lelaki tulen eh dalam rumah tu!!tak caya??korang cuba tanye Incik Ben Ashaari mase dia bujang2 dulu dia pengotor tak.Kompem dia kata tak.takkan kau nak kate mase dia bujang dulu dia kepit kot!!badan berketak2 tu dari zaman sekolah lagi tuhhhh..hahaha.Gurau jek incik Ben.

Kalau masyarakat terutama lelaki2 bujang yang wujud kat dunia ni rasa yang suka kemas2 ni perempuan, susahlah nanti kalau dah tak bujang.Semua nak harap kat isteri.Karang kalau isteri pergi kursus camne pulak kau nak jaga rumah kau.sapu sampah tak pandai,lipat baju tak pandai.taknak la nanti golongan2 isteri ingat yang kalau dia takde kat rumah sehari dua pun kita dah tak pandai nak jaga diri dan rumah.buat malu jek.Nanti kalau nak mintak kawen banyak2 nnt mesti tak dpt sbb isteri2 sume kata “Diri sendiri pun takley nak jaga ni pulak nak jaga 4 isteri” . .aiyok . .ape korang nak jawab?Jom lelaki2 bujang zaman sekarang ,kita jaga kebersihan dan kekemasan utk masa depan keluarga,agama,bangsa dan Negara yang bahagia.hahaha.Biarlah orang nak kata kita ni kepit ke,auuuu ke,metroseksual ke…yang penting isteri kita tak boleh nak cakap ape da bila kita mintak tambah lagi :P

Biar rumah bujang cantik dan kemas macam ni :P


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

7 Response to Lelaki bujang wajib pengotor ?

25 April 2011 at 13:50

betol2..aku sokong ko..xde dah istilah umh laki pengotor..n kalo umh lelaki bersih..diorg adalah ewww..x la...kan3..ahaha..

26 April 2011 at 22:38

lelaki ke .perempuan ke.
semua kena bersih la :)
and aku agree dgn ko.100 percent.
'kalau rumah lelaki bujang yang beriman kenalah kemas '

Yua
27 April 2011 at 00:42

semuanya depends atas kerajinan diri masing2.. ada jugak perempuan yg jenis pengotor dan pemalas..

29 April 2011 at 22:46

lelaki dan perempuan dua2 pun kena jaga kebersihan la :)

3 May 2011 at 13:30

hahahaha,,thums up utk entri ni ye apai,,pmpn kalo nak carik husband pown msti carik yg pembersih,,xkan nak carik yg pengotor..euuwww~

3 May 2011 at 13:44

kesian le kat isteri kalau lelaki bujang duk buat perangai masa bujang..tolong2 sama isteri..dpt pahala hehe..
islam suka kebersihan

4 May 2011 at 22:40

haihhhhh penting tu jage kebersihan, ape guna muka hensome and cantik sekali tegok bilik mcm reban ayam :)

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes