Karnival Pendidikan Jom Masuk U


 Ini adalah entry terlambat berhari-hari.Sabtu yang lepas saya dan payen pergi karnival Jom Masuk U kat The Mines.Itu adalah perhentian terakhir Karnival tersebut.So,perjalanan ke sana macam biasa dan tak banyak benda yang seronok dicerita kat sini.tapi kan,,...disebabkan kawan saya tu terlalu lewat utk sampai kat stesen serdang.Saya dapatlah tengok 'jejak kasih budak lepasan SPM' kat stesen tu.Macam cuit-cuit kawan dari blakang pastu "eh!!!awak pergi jugak?"..and adalah couple2 'matang' yg saya ingat pasangan 'kahwin muda' sedang berjalan2 tapi last2 bawak beg purple bertulis 'karnival Jom Masuk U'..hahaha.biar le diorang ek.

Masa kami jalan2 nak ke the mines tu kami tersilap jalan.Patutnya lalu bawah jalan je dah boleh sampai tapi terlajak pulak.Bila patah balik kene la lalu tangga yang dah macam kene gempa bumi 8 scalar richter ni.



Plan saya dengan kawan saya tu pergi karnival ni sebenarnya nak cari solusi nak keluar dari UIA sebab course pilihan saya tuk degree nanti tak berapa best dan disukai oleh saya.Bila dah bertanya kat orang UIA tu dia kata boleh je kalau nak keluar which buat saya rasa lega sangat.Tapi.Bila ada berita gembira mesti ade tapi kat hujungnya kan.So,saya boleh keluar tapi tak tau la Universiti mana yang nak ambil budak lepasan Asasi UIA.Tanya punya tanya and...UTP je kata dia terima.oh sedihnya!!

booth UIA
taktau nak amek gambar ape
Finally kitorang macam buntu nak ambil ape,pastu rasa macam tak kesahlah dapat ape kan.Terima je nanti UIA nak bg kos ape. *nampak mcm pasrah sgt kan?

Korang yang dah kat U ni macam mana?tu memang kos yang korang nak ke?Best tak kalau belajar bidang yang kita kurang minat?

Labels: ,