Indahnya Zaman Sekolah Rendah


okeh.okeh.Bila ade je perkataan indah mesti korang ingat saya nak story pasal cinta monyet kan?hehehe.Sorry la tapi saya tak bercinta masa sekolah rendah dulu.*boleh percaya ka? boleh punya sebab masa saya sekolah rendah saya tak encem ngan kiut.takde sape minat :)
sila kelik gambar

Ada banyak pengalaman tapi saya rajin tulis dua je eh . takpekan? Saya citer yang pertama dulu eh.Dulu everyday pengawas kena ambil kedatangan every class.So,saya and sorang patner slalu gerak kelas ke kelas and ketuk pintu pastu cakap "ketua kelas , ketua kelas , berapa ramai budak tak dtg?" *sila sebut dengan nada agak comel sedikit ye.Buat kerja amal ni dapat dua advantage iaitu dapat escape byk kelas sbb kedatangan tu diambil waktu PnP dan lepas habis ambil kedatangan tu kitorang akan diberi sarapan kat bilik praSekolah.Disebabkan terlalu enjoy dengan makanan dan pontengan , berlaku perebutan kuasa nak amik kedatangan.Finally,saya lah yang kene beralah sebab saya tak popular dan tak hensem.creet..Tapikan.tapikan.Saya terlalu nak sangat makan makanan kat PraSekolah tu.Tau ape saya buat?Saya usha budak2 yg amik kedatangan tu sampai diorg habis lepas tu bila diorang nak pergi makan kat PraSekolah , saya buat2 datang nak hantar pensel *saya ketuk pintu kuat2 supaya cikgu tu nmpak saya,hahaha.Cikgu Pengawas tu panggil "Hafizuddin,dah alang-alang awak sampai tu.Marilah makan sekali." kan.kan.kan.Saya dapat makan tanpa buat kerja.lagi best :)

Cerita kedua masih lagi dengan pengawas sebab saya seorang pengawas yang berjaya.Camni,waktu rehat darjah 1-3 dgn rehat 4-6 tak sama dan bergilir dimulai dengan junior2 dulu.Jadi,lepas rehat semua kena beratur kat dataran dan baca doa dulu sebelum masuk kelas.perhimpunan tu akan ade sorang pengawas yang duduk atas pentas and kendalikan majlis (selalunya pengawas darjah 3).Alkisahnya,bila saya keluar kelas and nak bergerak ke kantin.Saya lalulah kat tepi pentas and nampak pengawas darjah 3 tu tgh conduct perhimpunan.Disebabkan rasa diri terlalu senior , saya naik atas pentas tu and cakap "hebatlah kau.Conduct majlis" sambil tepuk2 tangan.pastu.pastu.pastu saya dengar suara "awak nampak kasut saya ni?nak rasa?"sambil menunjukkan stilleto merahnya.Nak tau sapa?GPK hem saya.Malu betul sebab dimarahi dikhalayak budak darjah 1-3.malu2. :)

Walaupun saya kata dua , ni nak cerita jugak yang last.Kali ni insyaALLAH pendek sikit.Dulu-dulu saya tinggal kuaters.Nama kuaters kan,so takdelah kolam mandi.Disebabkan terlalu asyik tengok iklan waterworld *taktaulah zaman tu dah wujud ke benda ni , saya pun melepaskan keinginan dekat kolam ikan sekolah yang sangat luas ala-ala waterworld tu.Best siot dapat mandi ngan ikan.hahaha.korang pernah ke?Bila my dad marah and tanya kenapa basah2 tu.Saya kata kawan tolak jatuh kolam padahal hari tu hujung minggu.mane ade budak datang sekolah kecuali 
'anak cikgu yang mengada-ngada ikut ayahnya'. <--sayalah tu.

Korang ade tak pengalaman yan best masa zaman sekolah ? join contest ni . Saya tag semua yang baca post ni.Pastu share2 lah ye :)

untuk memenuhi syarat contest , saya tag follower baru saya iaitu orange86 dan shaherah .

Labels: , ,