7 Lelaki bujang wajib pengotor ?


Masa aku study kat U sebelum2 ni kan , aku agak menjaga kebersihan ke‘lawa’an bilik aku . Aku letak langsir kat pintu compartment aku . Lepastu bila kawan2 dok dating bilik aku nnt aku mesti rasa cam tak selesa kalau diorg makan sepah2. Hehehe . Pastu disuatu hari yg dingin , ade sorang kawan aku cakap “kau ni macam pempuan la apai , kemas sana kemas sini.”aku pun macam eh..eh..kajian mana yang cakap kalau pempuan je pembersih. Maka aku pun argue ngan dia sekejap . .

Aku: Sape kata kalau kemas2 ni pempuan.
Dia: aku kata.kau tengok rumah2 lelaki bujang , sume mane ade kemas sangat.macam-macam bau aku hidu.Aku nye bilik pun sempoi jek.
Aku: alahai , tu sebab kau yang pengotor.jaga kebersihan kan sebahagian dari iman. *jadi baik tetiba :)
Dia: aduh kau ni.maksud aku bukan nye buang sampah merata-rata or tak basuh baju sebulan.aku kata orang lain punya bilik takde la nak ber’langsir’ berkapet semua ni.Biasa2 sudah.orang bujang basuh baju mana ade softlan kasi wangi.kau je buat camtu.
Aku: *terpinga nak cari jawapan.
Dia: Apsal senyap.
Aku: malas dah nak layan kau.Nak buat camne,mak aku yang pesan suruh softlan baju , pasang kapet takut sejuk and letak langsir biar ade privasi sikit. *amek jalan selamat.

Korang pun cam dia gak ker?korang rasa kalau sorang laki tu pembersih dan pengemas dia tu macam pempuan ke? Aku tak tau la fahaman mana yang kata camtu.Kalau dulu ye kot bila tengok rumah orang laki je mesti kotor sikit tapi sekarang ni tak kot.Aku tengok lawa jek.hahaha.aku pun taktau kat mane ak tgk tp ade la.bukan kat mimpi ek.Real punye.Mesti korang akan ingat rumah2 bujang yang kemas yang aku nampak tu dihuni lelaki2 kepit@lembut@macam perempuan@...dalam botol kan?hahaha.Lelaki tulen eh dalam rumah tu!!tak caya??korang cuba tanye Incik Ben Ashaari mase dia bujang2 dulu dia pengotor tak.Kompem dia kata tak.takkan kau nak kate mase dia bujang dulu dia kepit kot!!badan berketak2 tu dari zaman sekolah lagi tuhhhh..hahaha.Gurau jek incik Ben.

Kalau masyarakat terutama lelaki2 bujang yang wujud kat dunia ni rasa yang suka kemas2 ni perempuan, susahlah nanti kalau dah tak bujang.Semua nak harap kat isteri.Karang kalau isteri pergi kursus camne pulak kau nak jaga rumah kau.sapu sampah tak pandai,lipat baju tak pandai.taknak la nanti golongan2 isteri ingat yang kalau dia takde kat rumah sehari dua pun kita dah tak pandai nak jaga diri dan rumah.buat malu jek.Nanti kalau nak mintak kawen banyak2 nnt mesti tak dpt sbb isteri2 sume kata “Diri sendiri pun takley nak jaga ni pulak nak jaga 4 isteri” . .aiyok . .ape korang nak jawab?Jom lelaki2 bujang zaman sekarang ,kita jaga kebersihan dan kekemasan utk masa depan keluarga,agama,bangsa dan Negara yang bahagia.hahaha.Biarlah orang nak kata kita ni kepit ke,auuuu ke,metroseksual ke…yang penting isteri kita tak boleh nak cakap ape da bila kita mintak tambah lagi :P

Biar rumah bujang cantik dan kemas macam ni :P


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !



1. Siapa yang mempengaruhi anda untuk buat blog?
Sebenarnya aku buat blog ni bertahun-tahun lepas.Haffiz yang suruh sbb dia kata kalau ade belog ni best.(dia baru habis kursus buat belog & entri pertama dia pasal penyu).Pastu aku usha2 dia punya belog and..terasa nak buat jugak :)

2. Siapakah sumber inspirasi anda?
Ramailah , nak senaraikan ke ? aku suka baca cara amirrah zawani tulis story makan2 dia.kalau rasa takde selera tu mmg aku jenguk belog dia dululah tgk dia ngan bf dia jalan-jalan cari makan.hahaha.Then , aku suka tengok faris fikri blog pasal personal life dia sbb cara dia tulis mmg kiut.muahahaha.Kendian aku suka baca belog suratan kebetolan sbb cara dia tulis memang straight and tade tapis(bagi aku la).Aku mmg admire nak buat belog camni.Dari segi post-post yang berunsur motivasi dan keagamaan aku suka tengok belog aireensamirah.Pernah sekali post dia dipilih sebagai artikel di iluvislam.Kalau bab-bab nak design belog ni aku suka usha belog alieff and belog cap ayam.

inilah sumber-sumber inspirasi aku.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Bil internet sudah naik




Hai awok..awok sume..hehehe.Dua hari lepas , aku baru dapat Bil tepon umah ni hah.Macam yang aku dah agak , bil naik 125% . hahahaha.Puas aku pikir camne nak jawab ngan bapak aku.Mane taknyer , masa aku dok U dulu bil maintain je murah2.aku jejak je kat umah sebulan..naik lebih 100%.Maka terjadilah perbualan singkat antara my mum and I ;


Mak : Bil naik sangat ni.apis buat ape sampai naik mendadak bil ni?

Aku : Update belog and decorate sikit2 belog tu.

Mak : Buat ape selalu sangat update belog tu?bukan dapat duit pun.

Aku : kalau slaloo update nanti nuffnang bagi BE , pastu dapat lah duit.Boleh bayar bil.

Mak : Dah brape juta dalam akaun nuff tu?

Aku : RM 3.25

Nak tau ape mak aku buat?dia gelakkan aku.Nasib baik mak aku ni jenis yang senyap and tak gila-gila.kalau tak,mesti aku dah upload video dia gelak sambil guling2 kat atas lantai.Mane taknye,bil nak dekat beratus tapi duit dalam akaun Cuma RM 3.25.makan kat ‘mekdi’ pun tak lepas.Buat malu jek.Kepada uncle nuffnang , tolonglah bagi saya BE sekali ni jek.nak rase jugak macam orang lain.


 aPai ; Perasan tak aku dah tukar kata ganti diri ‘saya’ kepada ‘aku’.Rasa macam tak biasalah pakai saya.so,tukar balik kepada aku.azam 2011=giveup hanya lepas 4 bulan berlalu :(


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin


Sila kelik gambar

Hai sume2 yang membaca . . bengang tak ? dah la lame tak update , pastu bila update je entry pasal contest.taik betul apai ni.Sori la eh , susah la nak mencari idea .Saya ni bukan Blogger diva glamour lagi popular.tu yang lembab sikit nak carik idea entry tu.OK2..Contest ni telah ditag oleh Jiwa lara .Boleh kelik untuk ziarah belog beliau :)

Jadi setelah menyelongkar gambar2 yang sesuai utk semua lapisan masyarakat , saya jumpa sekeping gambar yang boleh dimasukkan dalam contest ini . . ini dia 

dalam lif nak ke lab :)

Tapikan , gambar ni pose bawah cermin tau bukan depan cermin.Boleh ka?ape pun saya tag follower baru fatinhana , farahniza , Cik Sya dan Nur Akma .Selamat Berjaya !
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Telur Tiruan : Wujud atau Tidak ?

Selamat malam semua. . . Sebelum tidur ni saya nak share satu post yang diCOPYPASTE dari belog SozCyili .Baru-baru ni ramai yang menulis di blog pasal telur tiruan ni . . tapi wujud pulak info yg kata telur tu takde kat malaysia.ape-ape pun meh baca entri ni :)

Belog sozcyili start ;

Minggu lepas kita dikecohkan dengan pendedahan CAP mengenai kewujudan telur tiruan. Dan minggu ini kementerian kesihatan mengatakan bahawa telur yang dilaporkan tiruan tersebut adalah tulen. Jadi adakah ini bermaksud bahawa telur tiruan tidak wujud? Atau adakah berita melaporkan perkara yang palsu? Atau adakah CAP sengaja memperbesar-besarkan isu? 

Ini info yang aku dapat hasil research google dan info pembaca nayang siang pau. Entah betul entah tidak ejaan aku pasal nama paper tue. Kan paper bahasa cina mana aku tahu ejaan tepat. Member cina aku terangkan kepada aku apa yang tertulis dalam paper tue je. Aku tulis balik kat korang. Sekadar info bersama.

Fakta telur tiruan.

1. Telur ini memang wujud tapi bukan meluas. 

2. Kos pembuatan/operasi tinggi. Kos untuk membuat telur tiruan ini sangat tinggi. Bukan 0.02sen seperti yang dilaporkan dalam surat akhbar media arus perdana sebelum ini. Kalaupun se-unit telur tiruan berkos 0.02sen, ia perlukan pengeluaran secara besar-besaran. Tetapi tiada syarikat yang mengeluarkan telur tiruan secara besar-besaran di china. Hasil kajian para peniaga malaysia yang berkunjung ke china minggu lepas untuk membeli telur tiruan bagi membuat kajian saintifik tidak berhasil kerana rata-rata pemborong china tidak mengetahui kewujudan telur tiruan. 

3. Kenapa telur tiruan ini wujud? Faktor sebenarnya tidak dapat dikenalpasti. Tetapi beberapa andaian yang wujud ialah ;

- telur tiruan adalah bahan kajian manusia yang kreatif. Mereka cuba mencipta telur tiruan sebagai bahan alternatif kepada telur ayam tulen bagi menerokai bidang baru dan menampung keperluan dunia.

- mengaut keuntungan ekpress. Telur ini pernah dijual di pasaran korea. Harga makanan korea sangat mahal. Nilai matawang korea bagi china berbaloi untuk peniaga china [segilintir] melakukan aktiviti penipuan. Tetapi aktiviti ini terhenti setelah pihak berkuasa korea mengenalpasti kewujudan telur tiruan di pasaran tempatan mereka. Tempoh penjualan telur tiruan di korea adalah sangat sekejap kerana rupa telur tiruan ini sangat-sangat tak menyerupai telur ayam original. [berita ini diperolehi menerusi blog, terserah individu untuk mempercayai ataupun sebaliknya]

- Spekulasi amerika untuk memburukkan china selaku pesaing terbesar dan terkuat mereka di pasaran ekonomi antarabangsa.

4. Kulit telur tiruan sukar dibuat. Perbezaan sangat ketara boleh dilihat antara telur tiruan dan original. Ini menyebabkan pengguna cepat perasan jika telur yang mereka beli itu adalah tiruan.

5. Telur tiruan tidak pernah masuk ke pasaran malaysia sebab menerusi rekod perdagangan malaysia-china, malaysia tidak import telur dari china ataupun mana-mana negara kerana keperluan telur tempatan untuk rakyat malaysia mencukupi. Tapi kalau makanan lain tue memang ada. Dan patut dipertimbangkan semula. Banyak makanan dari china seperti gula2 mereka patut diharamkan dari masuk ke malaysia. 

6. Media malaysia tidak menipu dalam isu ini. Apa yang mereka laporkan mengenai telur tiruan itu memang benar. Apa yang dilaporkan oleh media semalam mengenai ketulenan telur ialah berdasarkan kepada kajian kementerian kesihatan malaysia iaitu ;
- Keputusan makmal [dna] telur yang dirampas dari beberapa buah kedai di pulau pinang minggu lepas mengesahkan bahawa telur2 tersebut ialah tulen.

- Protein yang terkandung di dalam telur tulen dan telur yang dikatakan tiruan itu adalah sama.

- Telur yang dirampas minggu lepas ialah telur bergred rendah akibat pemakanan ayam yang kurang berkualiti. Bila ayam makan makanan murah, maka telur dia juga berkualiti rendah. Bila ayam makan ikan yang ada omega, maka dia boleh menghasilkan telur omega. Heh. [Buat lawak sket]

- Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, maka ujian kimia kali kedua akan dilakukan.

- KMM telah menjelajah satu malaysia untuk mencari telur tiruan tetapi sehingga kini belum berhasil menemukan telur tiruan.

- Semua peniaga telur diwajibkan berdaftar dengan kerajaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini dan mencegah sebarang aktiviti kemasukkan telur tiruan di pasaran malaysia.

Dalam erti kata lain, bila media keluar laporan bahawa tiada kewujudan telur tiruan itu bermaksud mereka melaporkan apa yang KMM cakap. KMM juga tidak menipu dalam soal ini. KMM bukan cakap telur tiruan tak wujud. KMM cuma cakap telur yang dirampas minggu lepas bukan telur tiruan.Oleh itu jangan salahkan media membuta tuli dalam isu ini.

Laporan CAP berhubung telur tiruan ialah hasil daripada runggutan beberapa pengguna. Dipercayai peniaga menjual telur bergred rendah pada harga telur yang bergred tinggi. Ini menimbulkan ketidakpuasan ahti dan mereka bertindak melaporkan kepada CAP sebelum CAP melaporkan kepada pihak yang berkenaan untuk di ambil tindakan.

Dalam isu telur tiruan neh tiada pihak yang bersalah ataupun betul. Kita cuma lapor berdasarkan kepada situasi semasa. 

Apa pun fakta penting yang anda semua mesti tahu ialah ;

1. telur tiruan wujud tetapi tak mampu menyaingi ciptaan Allah swt yg maha esa.

2. Komposisi telur tiruan buat masa kini ialah hasil bahan kimia yang boleh merosakkan sel2 badan manusia. Oleh itu kewujudan telur tiruan ini tidak berbaloi dan tidak akan disahkan di mana2 negara.

3. Semua manusia mampu membezakan telur tiruan dan tulen dengan mudah kerana sehebat2 manusia itu pandai mencipta, mereka takan mampu mereka seperti ciptaan Allah swt. 

4. Kos pembuatan telur tiruan tinggi dan ia merugikan para peniaga jika meneruskan usaha/penerokaan ini.  Padahal harga telur original adalah murah dan operasinya senang.

Sozcyili : Beras tiruan apa cerita pula? Wujud ke tak?
Socyili end.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Kadang-Kadang Saya Malu Jadi Melayu

Entri luahan hati . . . *creeett . . 

Malu jadi melayu ? Kenapa ni apai ? Tak bangga ? nak kena sembelih mamat ni agak eh.Berani betul kata tak bangga jadi melayu !! Sebelum apa-apa saya nak ingatkan dulu yang saya kata 'kadang-kadang' tau.Ceritanya macam ni , dulu saya ada tulis entri yang saya pergi Karnival Pendidikan kat The Mines kan ? Tak baca lagi ? meh kelik sini .Sepanjang saya naik public transportation utk ke destinasi saya nampak macam-macam yang berkaitan dengan melayu khususnya remaja.Yup , i still remaja ok :)

Kenapa aku kadang-kadang aku malu jadi melayu?Pertama , sebab 'karya agung' mereka ada kat mana2.tak paham ? Sekadar renungan , meh tengok gambar2 yang saya ambil pki Henset saya ;

Dalam bas masa bertolak

Dalam tren masa bertolak

Dalam tren masa bertolak

dalam bas masa bertolak

dalam bas masa balik
Mungkin akan ada yang tanya kenapa aku kompem yang buat ni sume melayu ? hahaha. . First , semua tulis dalam bahasa melayu except perkataan F*** tu.and second , nama yang dia tulis dalam tu pun melayu. .Masa aku ambil gambar-gambar ni (masa pergi),ada sorang Bro duduk belakang aku pastu dia berdehem - dehem masa ak amek sbb ak amek agak byk gambar tp sume blur sbb bas bergerak-gerak. .Bila ak toleh belakang dia pandang aku macam aku ni wartawan aduan rakyat -.-" . . adoy.Masa balik pulak ade sorang pakcik ni duduk sebaris ngan aku and bila ak amek gambar2 tu dia buat2 baca surat khabar tapi mata dia asyik jeling2 kat aku. .aku pandang dia and senyum la . Ingatkan nak pergi kat dia pastu cakap "Saya bukan wartawan la tapi saya tulis belog ,nanti kalo free blogwalking la kat belog saya " . .tapi dalam ati jek :P

Nampak betapa 'kreatif'nya orang-orang kita.Kadang-kadang kalau duduk sebelah orang cina kan nnt macam malu jek sebab bahasa kita digunakan dalam 'kerjaya vandal' ni.Itu dari segi artis nya bangsa saya.Kemudian,saya malu bila tengok 'hebat' dan 'sopan' nya remaja bangsa saya terutama yang masih bersekolah.Pertama , kes remaja yang saya taktau bersekolah atau tak.Malam saya balik dari the mines tu saya naik bas ke rembau.Ada 4 or 5 orang budak naik bas and duduk sit last.Pastu bas tu dimasuki oleh remaja-remaja cina satu geng.Dah nama pun satu geng kan.Berborak punya la asyik . . .se'asyik' remaja melayu kat belakang saya.Tapi saya dengar ade sorang remaja bangsa saya ni memekik "senyaplah !!" kemudian disertai sorakan atau hambaran dari kawan2 dia.Tak kesahlah sebab mungkin diorang tak suka bisisng2 ni tapi yang tak best nya bila keluar carutan-carutan yang memalukan.Dahlah dalam bas tu ada orang india and cina and myanmar and bangladesh and melayu.Pastu sume macam pandang kat belakang . . and saya jadi malu sebab saya sebangsa dgn mereka dibelakang.

Kes budak sekolah . Masa nak balik dari U isnin lepas timing saya naik bas tu tak betul sbb tu masa budak sekolah balik.So,bas dipenuhi oleh budak2 sekolah la kan.Yang best nya sebelum naik bas tu ade beberapa org student menghabiskan sedutan terakhir rokok diorang.Nasib baik uniform diorang takde lencana,kalau tak memang saya letak besar2 nama sekolah dia.hahaha.Dah la bau rokok , pastu dengan budak perempuannya yang berpegang-pegang ngan laki macam adik beradik.Pastu marah budak laki kat belakang saya sebab ejek dia.kalau marah biasa takpelah tapi macam biasa,mencarut.Yang tak malunya bila dia panggil kemaluan sendiri.Aduh,mana pergi maruah kau? . .Orang cakap budak KL memang mcm tu tapi saya rasa budak 'bukan KL' pun sama teruk.Tak payahlah nak kata budak kampung je yg ada maruah sebab sekarang ni tak kira kampung ke , bandar ke , terpelajar ke , bangang ke , sama je semua.

Lepas ni nak beli video cam yang boleh sembunyi la , boleh rakam pastu upload kasi malu itu budak ;) tapi saya rasa dia tak malu kot . sebab . . (pikir la sndiri)

pencemaran estinguisher *eja.eja?

kat kolej U saya la ni :(

Jadi , kita sebagai manusia tak kira la bangsa atau agama apa sekalipun kenalah tunjuk contoh tauladan yang baik sebab manusia sekeliling kita ni menilai.Bukan saja menilai kita tapi bangsa dan agama kita.Ada jugak orang tanya saya "Orang putih ada rupa yang kacak , orang cina pandai berniaga , orang jepun kaya dengan tatasusila , orang melayu ? " nak tahu jawapan saya . .  "berbudi bahasa" . . Tapi rasanya sekarang saya kena cari jawapan lain :)


apai ; yang buat benda kat atas ni majoritinya melayu dan bila melayu , insyaALLAH dia islam.Bobrok akhlak melayu , maka islam dipandang serong .Tegakkan islam maka melayu akan tertegak juga :)

yang ni bukan vandal eh


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

11 Indahnya Zaman Sekolah Rendah


okeh.okeh.Bila ade je perkataan indah mesti korang ingat saya nak story pasal cinta monyet kan?hehehe.Sorry la tapi saya tak bercinta masa sekolah rendah dulu.*boleh percaya ka? boleh punya sebab masa saya sekolah rendah saya tak encem ngan kiut.takde sape minat :)
sila kelik gambar

Ada banyak pengalaman tapi saya rajin tulis dua je eh . takpekan? Saya citer yang pertama dulu eh.Dulu everyday pengawas kena ambil kedatangan every class.So,saya and sorang patner slalu gerak kelas ke kelas and ketuk pintu pastu cakap "ketua kelas , ketua kelas , berapa ramai budak tak dtg?" *sila sebut dengan nada agak comel sedikit ye.Buat kerja amal ni dapat dua advantage iaitu dapat escape byk kelas sbb kedatangan tu diambil waktu PnP dan lepas habis ambil kedatangan tu kitorang akan diberi sarapan kat bilik praSekolah.Disebabkan terlalu enjoy dengan makanan dan pontengan , berlaku perebutan kuasa nak amik kedatangan.Finally,saya lah yang kene beralah sebab saya tak popular dan tak hensem.creet..Tapikan.tapikan.Saya terlalu nak sangat makan makanan kat PraSekolah tu.Tau ape saya buat?Saya usha budak2 yg amik kedatangan tu sampai diorg habis lepas tu bila diorang nak pergi makan kat PraSekolah , saya buat2 datang nak hantar pensel *saya ketuk pintu kuat2 supaya cikgu tu nmpak saya,hahaha.Cikgu Pengawas tu panggil "Hafizuddin,dah alang-alang awak sampai tu.Marilah makan sekali." kan.kan.kan.Saya dapat makan tanpa buat kerja.lagi best :)

Cerita kedua masih lagi dengan pengawas sebab saya seorang pengawas yang berjaya.Camni,waktu rehat darjah 1-3 dgn rehat 4-6 tak sama dan bergilir dimulai dengan junior2 dulu.Jadi,lepas rehat semua kena beratur kat dataran dan baca doa dulu sebelum masuk kelas.perhimpunan tu akan ade sorang pengawas yang duduk atas pentas and kendalikan majlis (selalunya pengawas darjah 3).Alkisahnya,bila saya keluar kelas and nak bergerak ke kantin.Saya lalulah kat tepi pentas and nampak pengawas darjah 3 tu tgh conduct perhimpunan.Disebabkan rasa diri terlalu senior , saya naik atas pentas tu and cakap "hebatlah kau.Conduct majlis" sambil tepuk2 tangan.pastu.pastu.pastu saya dengar suara "awak nampak kasut saya ni?nak rasa?"sambil menunjukkan stilleto merahnya.Nak tau sapa?GPK hem saya.Malu betul sebab dimarahi dikhalayak budak darjah 1-3.malu2. :)

Walaupun saya kata dua , ni nak cerita jugak yang last.Kali ni insyaALLAH pendek sikit.Dulu-dulu saya tinggal kuaters.Nama kuaters kan,so takdelah kolam mandi.Disebabkan terlalu asyik tengok iklan waterworld *taktaulah zaman tu dah wujud ke benda ni , saya pun melepaskan keinginan dekat kolam ikan sekolah yang sangat luas ala-ala waterworld tu.Best siot dapat mandi ngan ikan.hahaha.korang pernah ke?Bila my dad marah and tanya kenapa basah2 tu.Saya kata kawan tolak jatuh kolam padahal hari tu hujung minggu.mane ade budak datang sekolah kecuali 
'anak cikgu yang mengada-ngada ikut ayahnya'. <--sayalah tu.

Korang ade tak pengalaman yan best masa zaman sekolah ? join contest ni . Saya tag semua yang baca post ni.Pastu share2 lah ye :)

untuk memenuhi syarat contest , saya tag follower baru saya iaitu orange86 dan shaherah .

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Yuyu Zulaikha - Ferrero Random GiveAway




Cik yuyu suruh review sikit-sikit belog dia.Saya review la eh.Belog dia comel , cantik , lawa , simple , and yang paling penting header dia.Muaahhh la. *gedik.gedik.kasi ketuk sikit..

apai;ni dah kali keberapa ek masuk GA ni.asyik GA jek.
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

6 Aku Seorang Jutawan

Klik gambar untuk kesana
Ini adalah segmen pertama 'mymye mymya' *susah betul nak tulis name belog ni.hahaha. Dia nak kita ceritakan bila kita jadi jutawan kita nak buat ape.hahaha.Bab berangan-berangan ni memang saya suka.Yelahkan,takde rezeki nak dapat kat dunia nyata.Kita main2 dalam dunia fantasi sendiri :)

Jutawan ni means bukan dapat sejuta je kan.ni berjuta2 kan?So,yang first sekali saya nak beli rumah banglo besar *taknak besar sgt nnt berhantu.Dalam tu ada kolam mandi , ruang tamu besar , arked , gimnasium *sebab badan dah berlemak , lane bowling , ngan bilik karoke .hahaha.Yelah2..saya bukan taknak surau.Tapi saya nak masjid besar kat tepi rumah utk orang taman @ kampung.Kalau buat masjid kat tepi rumah , berjemaahnye ramai sikit la.hehehe.

inilah banglo mewah tu , masjid tu ade kat tepi ni *tak masuk plak
ni masjid tu dari jauh. *besar tak :P
Pastu nak kahwin.apa??mestilah.kalau ada duit mestilah nak kahwin dulu.Takkan duit dah habis baru nak kahwin.hahaha.Tapi,majlis kahwin ni takyah la nak buat belah laki ke perempuan ke.Setel an satu malam kat satu tempat.Jemputlah semua2 orang.Nape??tak muat??alahai,nanti buatlah kat PWTC ke,Royal Albert Hall London ke , tak pun kat tepi pantai.Kompem muat.hehehe.
Buat majlis macam ni.tapi pelamin tu taknak.
Saya tak suka bersanding sandang ni.macam jadi tontonan ramai.nak kentut pun susah nnt.hahaha.Kahwin dengan rumah besar.nak ape lagi ek?hah!!nak sambung belajar lagi tak kesahlah master ke , phd ke , tapi nak kat obersea . . sebab degree kene buat kat malaysia . nak gak merasa dunia study kat obersea tu.hehehe.

dah grad!!
okeh.okeh.Ni je kot.Korang mesti terfikir nape saya tak tulis yg saya nak buat rumah anak yatim ke , sedekah kat orang ke , kan ? insyaALLAH ade duit nanti bolehlah plan nak buat semua tu . Duit belum ade boleh la cakap nak sedekah bagai,nanti bila duit dah ade jadi berat lak tangan tu kan.Kalau nak buat pun nak kene buat press conference bagai tu.hahaha.yang penting niat tu kene ada dalam hati.Dah kaya tu kene ingat yang duit adalah dunia,banglo sume2 tu dunia.Banglo kat syurga tu lg besar dan tak mampu terbeli dengan duit kita yg brape sen sgt ni.

sumber gambar ; masjid , Rumah , Wedding , Graduation

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

Klik gambar utk maklumat
Nak join GA pulak kali ni,Marilah ramai2 join.Ini adalah GA wallet/purst Polo kedua oleh DarkBatman.Kalau tengok gambar purst tu macam untuk perempuan je kan?tapi saya nak try jugak sbb nnt boleh bagi makwe ibu saya :)

Syarat nak join pun senang jek :
  1. Buat entry simple yang bertajuk “GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN
  2. Letak banner giveaway di atas di dalam entry. Jangan lupa link kan ke entry ini ye!!
  3. Tag 3 orang rakan untuk join contest ini (sapa – sapa pun boleh tapi mestilah blogger )
  4. Tinggalkan link entri kat bawah ruangan komen supaya senang saya nak jejak entri anda semua. Kehkehkeh.
  5. Giveaway terbuka kepada semua blogger tidak kira umur dan jantina. Kehkehkeh!
  6. Giveaway bermula hari ini, dan tarikh tutup nya ialah pada 9hb April 2011, iaitu hari sabtu. Pemenang giveaway akan diumumkan pada 10hb April (Ahad).
saya tag ;
  1. Amirrah Zawani
  2. Faris Fikri
  3. Natasya
Post ni tak habis lagi.nanti saya update ye mr.darkbatman.

*update terbaru*

Saya dah cuba mendapatkan bantuan sokongan dari girlfriend,kakak angkat ngan kawan baik saya utk mendapatkan GA ni.Diorang siap post kat fb lagi.tgk ni ; KLIK GAMBAR UTK TUMBESARAN

kawan baik saya. *tp kami tak gay ye

Ni mygirlfriend

ni akak angkat saya yg baru menang aritu :P

dah habis update dah.Utk pengetahuan,gambar2 atas ni adalah benar rekaan semata-mata utk menceriakan lagi suasana entry GA saya ni.Kalau kak yuna,emma watson ngan justin tak suka nnt komen eh.saya delete cepat2 nnt.jgn saman suda :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Keputusan Contest Sidebar Paling Smart

poooon..poooon..Rasa excited tu masih ade lagi skarang ni.Kenapakah?

saya no 3 !!

Nampak tu??arghh!!!rasa macam nak jerit kuat-kuat!!ingat tak?yang dalam post ini..Pastu saya mintak korang undi dalam post yang ini..and finally saya menang dalam post ini..Cik Aish kata hadiah yang dia nak bagi ni biasa2 jek.Saya peduli ape biasa ke tak,yang penting saya menang buat pertama kalinya.hehehe.suka3x..

Lepas ni nak join lagilah mane2 contest yang ada.hahaha


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

5 Karnival Pendidikan Jom Masuk U


 Ini adalah entry terlambat berhari-hari.Sabtu yang lepas saya dan payen pergi karnival Jom Masuk U kat The Mines.Itu adalah perhentian terakhir Karnival tersebut.So,perjalanan ke sana macam biasa dan tak banyak benda yang seronok dicerita kat sini.tapi kan,,...disebabkan kawan saya tu terlalu lewat utk sampai kat stesen serdang.Saya dapatlah tengok 'jejak kasih budak lepasan SPM' kat stesen tu.Macam cuit-cuit kawan dari blakang pastu "eh!!!awak pergi jugak?"..and adalah couple2 'matang' yg saya ingat pasangan 'kahwin muda' sedang berjalan2 tapi last2 bawak beg purple bertulis 'karnival Jom Masuk U'..hahaha.biar le diorang ek.

Masa kami jalan2 nak ke the mines tu kami tersilap jalan.Patutnya lalu bawah jalan je dah boleh sampai tapi terlajak pulak.Bila patah balik kene la lalu tangga yang dah macam kene gempa bumi 8 scalar richter ni.



Plan saya dengan kawan saya tu pergi karnival ni sebenarnya nak cari solusi nak keluar dari UIA sebab course pilihan saya tuk degree nanti tak berapa best dan disukai oleh saya.Bila dah bertanya kat orang UIA tu dia kata boleh je kalau nak keluar which buat saya rasa lega sangat.Tapi.Bila ada berita gembira mesti ade tapi kat hujungnya kan.So,saya boleh keluar tapi tak tau la Universiti mana yang nak ambil budak lepasan Asasi UIA.Tanya punya tanya and...UTP je kata dia terima.oh sedihnya!!

booth UIA
taktau nak amek gambar ape
Finally kitorang macam buntu nak ambil ape,pastu rasa macam tak kesahlah dapat ape kan.Terima je nanti UIA nak bg kos ape. *nampak mcm pasrah sgt kan?

Korang yang dah kat U ni macam mana?tu memang kos yang korang nak ke?Best tak kalau belajar bidang yang kita kurang minat?

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 BEN ASHAARI GEGAR 1000 BLOG ( 2 )

Klik gambar

Soalan
  1. Aku ???? No berapa ??
  2. Komen ini terdapat di blog sapa ??  "yeahh finally dah smpai dr blog abg ben, naik vespa merah pinjam dr pak meon kampung tuu~ *sila jgn pecaya ttg vespa* salam perkenalan! mai singgah blog saya ye, naik la jet , lagi laju :D "
  3. COMEL AKU SUMPAH !!
  4. LUKISAN HATI ???
  5. GRRR ... TRAFIK PERCUMA UNTUK BLOG INI !!! 
Jawapan
  1. http://www.benashaari.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  2. http://shinydonut.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  3. http://sumpahakucomel.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  4. http://lukisanhatihayati.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  5. http://shinydonut.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
Harap betul la.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Portal SkorA dengan Harga Murah ?

gambar depan

gambar dalam
Hai Semua..Sihat tak?Untuk hari ni saya Cuma nak iklan something yang semua dah tau.Jangan lari dulu!!Saya tak jual system and downline sebab saya pun tak suka bila orang promote kat saya.Saya Cuma nak jual murah je kad portal skor A ni.Tak perlu jadi downline pun.Benda ni kawan saya beli masa kat U sem lepas.Dia join jadi downline and bila dah join dia tak bergerak-gerak dengan aktif.heh.So,untuk mengelakkan kerugian yang lebih banyak (sebab dah spend alaun masa join program ni)..Saya tolonglah mem’promote’kan portal ni.Untuk pengetahuan semua, baru-baru ni ada portal pattern baru dilancarkan dan anda boleh guna untuk tempoh masa setahun.Harga dia mahal sikit dari yang lama.

Yang saya promote ni pattern lama yang cuma boleh digunakan dalam masa 6 bulan.Secara jujur harga portal ni masa dibeli RM596.Tapi dah kata pun jual murah kan.So,harga boleh la kalau nak runding (jangan mintak jual RM100 sudah).Nanti saya bagitau macam mana nak beli.Yang penting,portal ni cuma ada satu je.

Program ni ada beberapa features yang bagus-bagus dan memudahkan ;
  1. eAssessment™
  2. eTrial Exam™
  3. ePast Year Exam™ (bank soalan tahun sebelumnya)
  4. eNotes™
  5. eReport Card™
  6. Science & Matematics English version
  7. eDictionary
  8. Result Stored Online
  9. Nationwide Honours Roll (ada Anugerah utk pelajar terbaik)
  10. Instant Marking
  11. eProgress
  12. ScoreAMail (untuk karangan )
  13. eTopic
  14. eShema
features ni semua saya rujuk dari powerpoint promotion utk program skor A ni.Kalau nak lebih lanjut boleh download kat sini dan bacalah semua kelebihan2 dia.Maaflah sebab tak dapat tulis semua kat sini.Saya Cuma tolong mem‘promote’kan sahaja.Kalau tak puas hati dengan info yang saya beri,anda boleh cuba DEMO dekat sini.guna Demo ID 82828.

click online demo

Gunakan demo ID 82828


Ok,cara nak beli senang saje.Mesej je kat no ni - 0173413439 - Pastu bolehlah bincang harga and cara pembayaran.

Kalau malas nak mesej,boleh komen je kat sini.hehe.Thanks :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

7 GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Tengok kat komen tadi macam dah lebih 1000 belog..takpelah..ak bantai jek :) Harap dapatlah join.hehehe.
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular 2010


Baru je lepas tengok Anugerah Bintang Popular tadi.For information,ni kali pertama sejak dahulu kala saya tengok ABP ni full.ape sobab eh?Entah la.teringin benar jenguk-jenguk sape yang menang.hehehe.Jadi,ini adalah list pemenang ABP tahun 2010.


Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani

Pelakon TV Lelaki Popular 
Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Artis Baru Lelaki Popular
Shahir
Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense

Artis Nasyid Popular
Rabbani

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rosnani Jamil

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian


Shaheizy Sam

Suka nak boldkan yang Lisa surihani dengan Yuna menang tadi.muahahaha.Baju dia pun sweet sangat.kiutkiutkiut.Tapikan,baju pak Nil memang WOW!!Bro Hatta yang buatkan tu.Masa sam menang ni dia siap lari sebab nak bawak mak dia naik skali.memang manja.hehehe.PakCik Kerusi Roda dengan Johan pulak buat haruk sampai habis sume rasa macam 'eh cepatlah!!karang ade yang dua-dua duduk atas wheelchair smpai tua kang' sbb dah tak sabar nak tahu pemenang eh.Sian-sian.Ayat yang paling saya tunggu-tunggu dari pemenang Anugerah tadi - "Thanks Siti NurHaliza sebab tarik diri"

apai;takde ker anugerah Blogger paling popular and Blogger baru popular ?(tapi macam dah tau sape yg menang nnt.hehehe.)

Sumber ; gambar (budiey.com) Keputusan ak semak dekat (Belia muda)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

4 Tolong Saya ! ! !

Oh tidak ! Harap tak terlewat nak mintak tolong , bantuan kemanusiaan , dan jasa baik pembaca-pembaca belog ini untuk mengundi saya.Undi ape ?

Alkisahnya begini.Pada suatu hari,saya telah memasukkan diri dalam contest sidebar paling cantik anjuran Cik Aish.Mengada-ngada tak?sidebar dah la simple aje tapi nak masuk gak.Mestilah ! ! Saya nak ole2 dari france.Tak pernah dapat sepanjang hidup ni..sob.sob.sob..sedih ni. :'(

Jadi,untuk merealisasikan hajat saya untuk mendapat ole2 France dari cik Aish.Saya join jugak dan telah menjadi top10 finalist contest ni.

nampak tak name saye.no. 9
Cik Aish kata undian membantu dalam menyokong pemilihan.Jadi,saya macam erk??dalam hati saya kata-Saya masih baru.tak ramai peminat lagi.camne nak dapat undian..Cik Aish macam tau-tau jek.pastu Cik Aish komen and suruh buat satu post untuk mintak pembaca2 mengundi.Thanks yek.

Jadi,nak undi dia senang jek..kelik kat sini..Pastu gi kat ruangan komen and komen.Saya Undi Hafizuddin Jasmi.macam ni jek.senangkan.Jadi,bantulah saya!!Terima kasih yang sangat banyak berjuta lemon mango apple kali untuk yang mengundi.Syukran :)

p/s;sangat excited kalau menang sbb sebelum ni tak pernah menang ape2.hehehe.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes