4 Review : Hikayat Merong Mahawangsa


Sebelum nak buat review yang pelik2 ni , nak ucapkan tahniah dulu buat KRU dan yang terlibat dalam pembikinan ceita Hikayat Merong Mahawangsa ni.Sepanjang saya dok tengok wayang ni tak pernah pun teringin nak layan cerita-cerita melayu ni.Sebab ape?hehehe.sape yg selalu tengok wayang tau lah kot.tak habis2 dengan cinta and hantu nye.Bosan sungguh.Lagi teruk bila keluar pulak cerita-cerita pasal remaja ni kononnya nak menyedarkan tapi menghancurkan adelah.Contohnya cerita 'aku masih .....' .Walaupun HMM ni ade pasal cinta , tapi tak lah ditonjolkan dari awal cerita sampai habis.Nak tahu sinopsis and beberapa info pasal cerita ni?boleh tgk kat wikipedia ni.

Ok2.Cerita ni saya baru je tengok petang tadi dengan sorang kawan.Dia belanja.hehehe.Disebabkan mengejar masa sebab dah tak sabar nak tengok (jarang ade semangat ni bila nk tgk cerita melayu) ,saya drive dengan sangatlah laju dan membahayakan keselamatan penumpang dan orang lain.Jadi,mintak maaflah kalau ade yang marah2 sebab kebiadapan saya atas jalan td.ok stop.

Kelebihan cerita ni yang membuatkan korang patut tengok.First,jalan cerita dia lain dari cerita-cerita melayu yang lain.macam yang saya dah bgtau tentang kemeluatan tengok cerita melayu sebelum-sebelum ni.Sebab ape lain?sebab dia adalah pengubahsuaian sejarah dan mitos merong mahawangsa ni.KRU ubah pun sebab nak jadikan cerita ni lebih realistik dari yang sepatutnya sebab cerita awal dia macam pelik dan tak logik sikit.hehe.

Pastu KRU ade jugak pakai teknik CGI hampir dalam semua babak dalam cerita.Ada jugak penonton yang dok komen kate CGI dia tak real lah and macam2 lagi.Tapi bagi saya benda ni adalah biasa sebab kita kan masih lagi berjinak-jinak dalam benda alah ni.Susah lah kalau nak tengok CGI dia ala-ala Harry Potter.InsyaALLAH beberapa tahun lagi dapatlah tengok. :)

Kemudian saya tak nafikan ada beberapa babak yang tak penting dan agak tak sesuai dilihat dari lapisan masyarakat yang kecik2 ni.hehe.Pelik jugak kenapa mesti ade scene atas katil , pegang pipi macam nak bercium.Tak sesuai la untuk cerita2 hasil produksi orang islam.Tak molek.Bukan nya orang taknak tengok pun kalau takde action2 macam tu.So,lepas ni siapa rasa dia orang islam yang nak buat movies tu,tolonglah tapis action2 macam ni.

Unsur keganasan?Ya,tak dinafikan ada dalam cerita ni macam darah terpercik sana sini,cucuk pedang sampai tembus perut and potong kepala.Bagi saya nampak macam real la ala-ala cerita ninja sikit.But ada jugak pihak yang kata unsur2 keganasan macam tu tak berapa sesuai.saya,no komen sebab saya tak rasa macam nak bunuh orang pun lepas tengok keganasan tu.hehe.

Unsur humor masih tak ketinggalan walaupun tak banyak tapi saya tak harapkan banyak2 pun sebab dah boring tengok cerita melayu yang buat lawak pelik dan agak B***h.Lagipun cerita ni agak serius and tak perlu buat lawak.hampir dari awal cerita sampai pertengahan diorang berborak dalam bahasa inggeris.Jadi,kalau sesiapa yang tak suka cerita melayu yang ada dialog english tu janganlah terus 'pangkah' cerita ni.Diorang punya english bukan rojak punye.Ni memang english betul siap ade slang2 dia skali.hahaha.

Dari segi efek bunyi pun ok.gempak jugak bila dengar.Yang kecik hatinya instrumental and lagu sedetik lebih cuma dimainkan sikit je.kata lagu tu OST filem ni.muzik dia cuma dimainkan masa scene merong tinggalkan 'isteri' dia sebab nak pergi berperang je.Masa lain takde.(maaf kalau sebenarnya muzik tu ade dimainkan di scene lain tapi telinga ni cuma dapat tangkap masa tu je).Patut dia mainkan sikit masa dia mati tu.baru boleh berjujuran sikit air mata.heh.

Lastly,kawan saya pernah tanya- "kau gay eh teringin sgt tengok cerita tu?"..sebab ape?sebab dalam cerita tu ramai lelaki tak pakai baju dan menggoda.hahaha.tak terfikir pun nak tgk diorang.tak menggoda langsung.So,kepada lelaki2 yang nak tgk tapi ade kawan yg cakap macam tu.Peduli jek.saya rasa gay2 kat malaysia ni pun tak layan story2 ni.tapi amoi dalam cerita tu kira lawa lah jugak :P

Konklusinya,tahniah sekali lagi kepada sesaper yang terlibat dalam pembikinan cerita ni.Kepada semua yang belum tengok,cerita ni takdelah sehebat transfomers,HP,i'm no 4 and others hollywood film tapi terbaiklah kalau nak dibandingkan dengan filem2 melayu yang wujud sebelum ni dan sangat berbaloi-baloi utk tengok.Bagi saya cerita ni 4/5.Bagi korang berapa?

Penghargaan;gambar diambil dari aku zaid .Kalau nak tengok lagi beberapa keping gambar pun boleh tengok kat situ.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

4 Response to Review : Hikayat Merong Mahawangsa

tim
13 March 2011 at 23:19

saya pun bagi 4/5...

16 March 2011 at 14:27

kau buat aku rase nak tengok, aku tak pernah tengok cite melayu nih. nak tukar perception sikit ;)

17 March 2011 at 23:56

tahniah buat KRU..
ramai yg cakap best.. tp i tak tgk pun lagi =_=

Anonymous Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
27 April 2011 at 09:49

Fools admire, but men of sense approve.

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes