3 Bahas Ala Parlimen Daerah Rembau 2011

Beberapa malam yang lepas saya dok habis masa kat sekolah latih junior2 bahas.Walaupun dah setahun tak berbahas tapi kira ok lagilah sebab tak banyak yang lupa.Semalam diorang lawan peringkat daerah.Pakai tajuk "Institusi kekeluargaan mampu menangani kebejatan sosial"..amacam?Korang setuju atau tak dengan statement tu?hehehe

Peringkat awal and semifinal dapat jadi kerajaan dan final dapat jadi pembangkang.Mula-mula risau jugak bila diorang jadi pembangkang tapi bila dah tengok kira berpuas hati la jugak.hehehe.Kitorang jadi JOHAN.
Pembahas dan Pelapis
Pembahas terbaik pun kitorang pegang(yang cangkung sambil pegang 2 piala tu)..Tahniah kepada Nasha.Yang bestnya,dalam team kali ni cuma 1 dari 5 orang aje yang ada pengalaman.Yang 4 orang lagi tak pernah join pun mane2 match.Tahniah lagi skali.

Disebabkan agak rajin datang malam-malam train junior2 ni,cikgu Zawyah selaku jurulatih bahas sekolah pun bagilah duit minyak.Banyak woo!!Kenyang makan mekdi seminggu.hahahaha.Rakan2 yang takpat join tu jangan jeles yaww!!

OK..saya botak :)
Ape pun doakanlah pasukan kami menang pertandingan peringkat negeri nanti dan boleh masuk kebangsaan macam saya..hehehe.



:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Contest Sidebar Paling Smart

Hai awak-awak sume :)
Disebabkan dah ketandusan idea sangat-sangat nak mengupdate belog dan juga ruangan contest and awards kat sidebar tu agak kosong(ada satu jek).Maka saya dengan ini mengjoinkan diri untuk memenuhkan archive.hehehe.dah berpuluh ribu lemon hari tak join contest.Kali ni nak try lagi sekali.Contest ape?

Klik gambar untuk join :)
Nanti dapat hadiah dari france..hehehe.hah?tak nak?tak nak takpe.senang sikit saye nak menang.muahahahaha.Sidebar saya paling smart?tipulah sebab tengok simple jek.eh,sukatilah!!dia smart sebab simple.

*dah start melalut habis.terpaksa stop.sebelum tu nak tag :

Shahir si rakan sekelas
Haffiz si budak SPA
Natasya si model baru

semua pun dah setel.saya sah join.anda,bila lagi?

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Earth Hour

earth hour
Entry terlambat sikit :)

Hai awak-awak semua.Harap-harap belum terlambat la saya nak mempromotekan earth hour ni.Macam yang dilakukan tahun2 sebelum ni,earth hour ni adalah program mentup lampu selama satu jam dari jam 8.30 sampai 9.30.Malam tau,jangan lak korang ingat pagi.macam tak logik aje buat pagi2.

Then,Orang kata dengan menutup lampu selama satu jam tu,kita dapat menjimatkan banyak tenaga dan menyelamatkan bumi.Tapi kan..kan..kan..ade kemusykilan sikit la sebab bila earth hour je nnt orang bako lilin.bukan nnt akan buat kak bumi kita rasa panas ker?ye tak?kate nak selamatkan bumi.just terlintas jek :)

pakai lilin
Lepas ni boleh la upgrade kepada 'earth life' pulak.means kita buat program yang mempromote utk pelihara bumi sepanjang kita menjalani hidup.Contohnya mengurangkan penggunaan plastik bila membeli belah(dah banyak shopping complex and market2 serta negara2 besar dah kurangkan),meminimakan penggunaan kereta(boleh optimumkan penggunaan kereta hybrid),dan banyak lagilah.Yang paling penting....Jangan buat loji nuklear sebab dia sangat berbahaya dan mengancam keselamatan bumi :)

belon panas
Rupa bumi bila earth hour


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Perginya Si Penghibur Hati

Assalamualaikum semua and Good Morning.

Semalam.Kucing saya meninggallah.Memang tersangat down.Dulu dalam post yang ini saya ada tulis yang saya tak suka betul bila binatang peliharaan mati.Tapi yang dalam post tu saya takde feeling lebih-lebih sampai leleh.baru jaga bape minggu je kot time tu.Tapi yang ni lahir 6 oktober 2010 and meninggal 24 mac 2011.Umur dia baru 5 bulan 18 hari.Yang paling tak tahan dia mati sebab ayah langgar masa nak reverse kereta.Then,yang nampak kucing tu meronta-ronta sakit cuma ayah dengan jiran sebelah jek.Nak buat macam mane,memang dah tak dapat diselamatkan-pendarahan di kepala.

Adik yang bongsu a.k.a pemilik asal kucing tu memang tak di bagitau pun pasal kemalangan mengerikan tu.kami sekeluarga buat diam-diam jek.Takut mamat tu sedih.Nak tengok gambar kucing tu?

Caleb-sayang kau :)
Hah!!nilah kucing yang meninggal tu(kalau tak silap la.masa kecik tak prasan sangat).Nama dia caleb sebab kaler bulu dia cuma kelabu je.Manja sungguh.Dia hidup dua beradik(adik dia nama comot and kadang2 stokin) jek sebab lagi dua dah bagi orang lain yang akhirnya sekor(tiger) lari dari rumah dan sekor(snowy) lagi meninggal bawah katil sebab demam panas.Dalam gambar atas tu kat belakang caleb tu adalah comot yang sekarang keseorangan.After jek Caleb dikebumikan and darah2 sume dah dibasuh.Si comot ni macam bau2 tempat caleb mati tu.Dia ada feel kot.Malam tadi masa letak dalam sangkar pun bising semacam jek sebab kawan dia dah takde.bila lepaskan dia lari kehulu kehilir cari2 something.Yang part(carik2) tu yang aku tak tahan.mane taknye,geng dari lahir kot!!mane ade campur ngan kucing2 lain.

Gambar terkini aku takde sebab orang kata kalau kita amek gambar kucing tu nnt dia mati cepat.Lepas je aku amek yang ni pastu ak dah tak amek gambar dah kecuali ahli keluarga yang lain kadang2 diorang amek jugak.Tapi ajal maut ditangan Tuhan kan.Nak buat macam mana.Redha jelah.

Untuk Caleb,

Aku halalkan ayam KFC yang besar yang ko curik atas meja tu,Pappa roti yang aku bawak balik untuk makan malam2,dengan semua makanan yang kau sepahkan kat dapur tu.Sorrylah ek sebab slalu ketuk kepala ko.dah kau nakal sangat.hehehe.Semoga aman. :)

Apai

Korang yang ada kucing ni jagalah elok2 ye.Jangan marah-marah mereka.hehe(menangis dalam ketawa).Kalau nak drive tu tengok2 dulu bawah tayar sebelum reverse.karang tak pasal2 jadi macam ni. :'(




:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Tips : Jana Duit Pakai Internet

Wahhhhh !!! apai nak bagi tips.tengok sikit visitor..Buat malu jek,baru sejemput dah nak bg tips :P Biarlahkan..kan..kan..??Bukan ape pun.benda alah ni dah ramai pun yang tau terutamanya blogger2 ni.ape dia??pandai!!!10 markah utk anda(sila kumpul markah anda sehingga bulan 5 dan kemudian tebus hadiah anda hujung bulan 5.sebiji lolipop=sejuta markah:P..dah mula melalut)

Just nak mem'promote'kan churpchurp jek.Buat yang masiih belum tahu apa2 mengenai churpchurp ni.yang belum tau jek.yang dah tau boleh kelik entry lain :P

Churpchurp ni lebih kurang macam nuffnang iaitu tambah duit dengan mempromote iklan di blog or social website like facebook or twitter.Cuma nuffnang ni tak silap untuk orang yang ada belog saje.Tapi churpchurp ni kalau takde belog pun boleh join jugak sebab korang boleh promote iklan tu kat facebook or twitter.Contohnya macam ni ;

iklan kat FB

iklan kat blog(macam kat tepi ni :)



Untuk bayaran pula,churpchurp ni ada banyak cara,contohnya bayaran kita dapat ikut bilangan klik , deal dan sign up.bayaran yang diberi dari RM 0.20.Nak tengok earning yang saya dah dapat?

earning saya dalam kotak merah :)
tak banyak?memanglah,dalam hidup ni mana ade cara nak kaya senang dan cepat melainkan skim cepat kaya.hahaha.sikit-sikit lama jadi bukit kan?Lagipun benda ni cuma untuk mendapatkan pendapatan sampingan je.Tak boleh lah terus berharap nak dapat seratus sehari.kan??kan??kan??macam login facebook dapat RM500.sah-sah tipu habis.tengok sini.Tapi yang ni sambil-sambil online facebook dengan twitter tu boleh la share link tu skali.kalau ada yang klik nnt bertambahlah duit tu.Tak percaya?rasa macam benda ni menyusahkan dan merugikan?Belum cuba belum tau kan?daftar akaun kat sini .

Orang kata kerja yang tak memerlukan modal ni menipu.Tapi churpchurp pun kene bagi modal jugaklah!!yelahkan,every month kene bayar duit internet yg kita pakai dok promote iklan kat fb tu kan modal.So,kompemlah tak tipu.hahaha.So,lepas ni semua orang boleh dapat duit hasil daripada online 24 jam 7 hari tu.daripada kita dok habis masa gosip sana sini,better kita share promotion2 and contest2 terbaru.lagi berbaloi-baloi.Bagi pengguna-pengguna yang takde blog tapi ada twitter and facebook,kalau ramai friends and follower,lagi ramailah orang yang akan tengok and klik iklan tu.maka,lagi banyaklah duit yang kita dapat.Apapun,usaha tangga kejayaan.Banyak kali promote,insyaALLAH banyak klik.Ingat!!Bayaran TAK DIKENAKAN pun kalau nak daftar.Tak rugi pun kalau nnt korang rasa tak untung and nak stop dari mem'promoting'.

ape tunggu lagi?saya dah.Anda,bila lagi?cewaaahh :P
Daftar di sini .

p/s;masa taip post ni masih rasa malu-malu lagi.tips konon.hehehe.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

4 Review : Hikayat Merong Mahawangsa


Sebelum nak buat review yang pelik2 ni , nak ucapkan tahniah dulu buat KRU dan yang terlibat dalam pembikinan ceita Hikayat Merong Mahawangsa ni.Sepanjang saya dok tengok wayang ni tak pernah pun teringin nak layan cerita-cerita melayu ni.Sebab ape?hehehe.sape yg selalu tengok wayang tau lah kot.tak habis2 dengan cinta and hantu nye.Bosan sungguh.Lagi teruk bila keluar pulak cerita-cerita pasal remaja ni kononnya nak menyedarkan tapi menghancurkan adelah.Contohnya cerita 'aku masih .....' .Walaupun HMM ni ade pasal cinta , tapi tak lah ditonjolkan dari awal cerita sampai habis.Nak tahu sinopsis and beberapa info pasal cerita ni?boleh tgk kat wikipedia ni.

Ok2.Cerita ni saya baru je tengok petang tadi dengan sorang kawan.Dia belanja.hehehe.Disebabkan mengejar masa sebab dah tak sabar nak tengok (jarang ade semangat ni bila nk tgk cerita melayu) ,saya drive dengan sangatlah laju dan membahayakan keselamatan penumpang dan orang lain.Jadi,mintak maaflah kalau ade yang marah2 sebab kebiadapan saya atas jalan td.ok stop.

Kelebihan cerita ni yang membuatkan korang patut tengok.First,jalan cerita dia lain dari cerita-cerita melayu yang lain.macam yang saya dah bgtau tentang kemeluatan tengok cerita melayu sebelum-sebelum ni.Sebab ape lain?sebab dia adalah pengubahsuaian sejarah dan mitos merong mahawangsa ni.KRU ubah pun sebab nak jadikan cerita ni lebih realistik dari yang sepatutnya sebab cerita awal dia macam pelik dan tak logik sikit.hehe.

Pastu KRU ade jugak pakai teknik CGI hampir dalam semua babak dalam cerita.Ada jugak penonton yang dok komen kate CGI dia tak real lah and macam2 lagi.Tapi bagi saya benda ni adalah biasa sebab kita kan masih lagi berjinak-jinak dalam benda alah ni.Susah lah kalau nak tengok CGI dia ala-ala Harry Potter.InsyaALLAH beberapa tahun lagi dapatlah tengok. :)

Kemudian saya tak nafikan ada beberapa babak yang tak penting dan agak tak sesuai dilihat dari lapisan masyarakat yang kecik2 ni.hehe.Pelik jugak kenapa mesti ade scene atas katil , pegang pipi macam nak bercium.Tak sesuai la untuk cerita2 hasil produksi orang islam.Tak molek.Bukan nya orang taknak tengok pun kalau takde action2 macam tu.So,lepas ni siapa rasa dia orang islam yang nak buat movies tu,tolonglah tapis action2 macam ni.

Unsur keganasan?Ya,tak dinafikan ada dalam cerita ni macam darah terpercik sana sini,cucuk pedang sampai tembus perut and potong kepala.Bagi saya nampak macam real la ala-ala cerita ninja sikit.But ada jugak pihak yang kata unsur2 keganasan macam tu tak berapa sesuai.saya,no komen sebab saya tak rasa macam nak bunuh orang pun lepas tengok keganasan tu.hehe.

Unsur humor masih tak ketinggalan walaupun tak banyak tapi saya tak harapkan banyak2 pun sebab dah boring tengok cerita melayu yang buat lawak pelik dan agak B***h.Lagipun cerita ni agak serius and tak perlu buat lawak.hampir dari awal cerita sampai pertengahan diorang berborak dalam bahasa inggeris.Jadi,kalau sesiapa yang tak suka cerita melayu yang ada dialog english tu janganlah terus 'pangkah' cerita ni.Diorang punya english bukan rojak punye.Ni memang english betul siap ade slang2 dia skali.hahaha.

Dari segi efek bunyi pun ok.gempak jugak bila dengar.Yang kecik hatinya instrumental and lagu sedetik lebih cuma dimainkan sikit je.kata lagu tu OST filem ni.muzik dia cuma dimainkan masa scene merong tinggalkan 'isteri' dia sebab nak pergi berperang je.Masa lain takde.(maaf kalau sebenarnya muzik tu ade dimainkan di scene lain tapi telinga ni cuma dapat tangkap masa tu je).Patut dia mainkan sikit masa dia mati tu.baru boleh berjujuran sikit air mata.heh.

Lastly,kawan saya pernah tanya- "kau gay eh teringin sgt tengok cerita tu?"..sebab ape?sebab dalam cerita tu ramai lelaki tak pakai baju dan menggoda.hahaha.tak terfikir pun nak tgk diorang.tak menggoda langsung.So,kepada lelaki2 yang nak tgk tapi ade kawan yg cakap macam tu.Peduli jek.saya rasa gay2 kat malaysia ni pun tak layan story2 ni.tapi amoi dalam cerita tu kira lawa lah jugak :P

Konklusinya,tahniah sekali lagi kepada sesaper yang terlibat dalam pembikinan cerita ni.Kepada semua yang belum tengok,cerita ni takdelah sehebat transfomers,HP,i'm no 4 and others hollywood film tapi terbaiklah kalau nak dibandingkan dengan filem2 melayu yang wujud sebelum ni dan sangat berbaloi-baloi utk tengok.Bagi saya cerita ni 4/5.Bagi korang berapa?

Penghargaan;gambar diambil dari aku zaid .Kalau nak tengok lagi beberapa keping gambar pun boleh tengok kat situ.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Pilih Header ?

Salam sume.hahaha.dah la lame tak update.Ni update pun sbb nak mintak pendapat sikit.Rase-rasenyer,untuk belog tentang cerita ni.Header yg paling sesuai nak letak gambar ape ek?Dah pening 40 hari 40 malam dok pikir nak letak gambar ape.hahaha.So,kalau sesaper ad idea boleh la bgtau yek.bantuan dan idea anda sgt dihargai :)

p/s:dah dkat sbulan tak update.Bila update je,post terlalu la short.maaf ye.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes