Malaysia ; Negara Terbalik

Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan (5/1/2011)

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.

“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.

“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.

“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi
sumber-Berita Harian
 __________________________________________________________

Bersyukur kepada ALLAH kerana Islam semakin menyinar di eropah @ negara2 yang majoritinya kafir belaka.Tapi di Malaysia,perkara terbalik yang berlaku.Tak perlu lihat  bilangan muallaf yang sedikit,tapi bilangan yang murtad yang bertambah.Secara tersurat kita tahu kes yang hot cuma lina joy dan Aishah Bukhari.Yang tak hot dan senyap-senyap tu kita tahu tak?

Saya tunjuk beberapa fakta dari tahun sebelum saya lahir lagi.
  1. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
  2. Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya.Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
  3. Tahun 2008, Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini.
  4. Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. 
Yang ni saya jumpa dan ringkaskan.Kalau nak tahu lebih mendalam dengan masalah ni.Boleh klik sini .Artikel ni panjang sikit tapi berbaloi kalau baca.banyak fakta tapi saya tak sempat nak ringkaskan sebab 30 minit lagi ade kelas dan saya,masih depan laptop.hehehe.Sebelum habiskan post ni,nak ajak semua berfikir.Kalau pada tahun 2008 dah ada 250,000 orang yang murtad.Berapa bilangan yang murtad pada tahun 2010?Berkurang atau bertambah?Nak lagi mudah,kes murtad sebelum ni meningkat seiring sejalan dengan masalah sosial.Kalau pada tahun 2010 masalah sosial bertambah.konklusinya?Malaysia memang terbaik terbalik :-)

tak jumpa pula gambar negara terbalik.
untuk makluman;fakta pertama ada tulis mengenai indeks pencemaran akidah dari Jabatan statistik dan perangkaan 1989.Tapi bila saya search dekat web Jabatan tersebut tadi,tiada padanan.2 kemungkinan,pertama bahawa fakta tu salah dan kedua ialah Jabatan tersebut sudah tak mengeluarkan benda alah pasal indeks pencemaran akidah ni sekarang.Saya cuba mengesahkan fakta tersebut di google dan banyak blogger dan web yang memberikan fakta yang sama dari jabatan yang sama.Cuma saya pelik kenapa tiada statistik terbaru tentang murtad di laman web jabatan tersebut.Siapa yang tahu mane nak cari boleh inform kat komen.Bantuan anda amat dihargai.Terima kasih.

Labels: ,