Lagi Kanak-Kanak Mati Didera

Semalam my friend ada call tanya-tanya khabar macam biasa.Pastu selalunya dia akan inform kat saya beberapa gosip-gosip baru tak kisahlah pasal artis ke ,sukan ke and kadang-kadang politik.Tapi malam tadi takde gosip,dia cuma story sikit-sikit pasal budak meniggal kena dera.Dia kata budak tu cinderella zaman moden.Tak pun ibu tiri bawang putih naik 'time machine' datang masa depan pastu dera anak orang.adehh..

Mulanya rasa macam biasa je(sebab ni dah kes dera yg keberapa.banyak kot!) Then pagi tadi sebelum kelas start ade dengar radio era ngan sinar.Dua-dua keluar berita pasal tu.Balik je kelas terus google kat website2 newspaper and jumpa!Teruk jugak budak tu kena.Mengalahkan cinderella dengan Bawang putih.Kalau ikut sumber yang saya baca,ada beberapa fakta penting yang perlu pembaca tau:
  1. Nama mangsa ialah Nordiana Qistina Nurafizan berusia 3 tahun.
  2. Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka
  3. Adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman
  4. Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail.
  5. Ibu kandung mangsa tidak dapat menahan kesedihan setelah melihat keadaan mayat anaknya sehingga pengsan sebanyak 3 kali.
  6. Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
  7. Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya dan hasil bedah siasat menunjukkan organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah.
  8. Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.what??
  9. Suspeknya ialah tak lain dan tak bukan ibu tiri mangsa yang ghaib sekarang ni.Cuak kau!
Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid
Komen saya?Macam biasa,jangan salahkan si ibu tiri yang mendera sahaja.Kita lihat kenapa 73 kecederaan lebam itu tidak dapat dilihat oleh bapa mangsa.Bukan nak kata bapa mangsa tu bersubahat tapi hati ni tertanya-tanya kenapa tak perasan kesan lebam tu?jarang balik rumah ke?Tak pernah dukung anak ke selama ni sampai tak perasan?dan kenapa membuat laporan polis bahawa anak meninggal kerana lemas? musykil bin pelik betul :-)

Harapan saya semoga roh Adik Nordiana Qistina Nurafizan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang diberkati ALLAH.amin.Kita mohonlah supaya nanti anak-anak kita jauh dari benda ni(berpandangan jauh).Kepada ayah-ayah yang nak kahwin lagi tu,pandai-pandailah cari isteri yang baik dan boleh memberi kebahagiaan kepada anak-anak kamu.Jangan dok selfish dengan kebahagiaan korang je.Al-fatihah untuk arwah.

Sumber; UtusanMalaysia online

Labels: , ,