Inventing My Own iPad Application for Maxis

Amaran!Entry kali ini agak panjang.Jadi,pilihlah nak baca atau tak.Tak rugi kalau baca :]

Situasi :
Dunia hari ini menyaksikan begitu banyak cabaran berlaku terhadap setiap manusia diatas muka bumi.Tidak kira kanak-kanak hinggalah golongan emas.Semua pernah dilanda masalah.Ada yang mampu menempuh setiap cabaran sehingga berjaya dan ada yang berputus asa di tengah jalan.Malang sekali buat yang berputus asa sehingga terus memutuskan hubungannya dengan dunia 100% (membunuh diri).Puncanya?Tekanan perasaan.

Ibu,ayah,sahabat,isteri mahupun adik-beradik sentiasa menjadi teman rapat yang setia mendengar setiap perincian masalah yang dihadapi oleh kita.Namun dalam dunia globalisasi kini menyaksikan kesibukan kita berusaha mendapatkan kejayaan dalam hidup termasuklah ibubapa yang sibuk mencari nafkah untuk anak.Isteri dan adik-beradik pula sibuk dengan kerja masing-masing.Tinggallah sahabat yang berfungsi sebagai 'diari bergerak' dalam hidup kita.Yang menjadi masalah kini ialah segala masalah dan rahsia yang diluahkan kepada manusia tidak semua disimpan dengan baik dan jujur.Kita banyak menyaksikan fenomena 'kawan tikam belakang' dan pengkhianatan apabila aib sering disebarkan melalui laman sosial facebook dan blog.Akhirnya,tiada siapa yang boleh dipercayai.

Kemudian,saya terbaca ini:
Maxis contest participant badge

Pertandingan ini memberi peluang kepada saya untuk memberikan sedikit idea untuk mengatasi masalah diatas kerana manusia hari ini hidup bersama gadget.Antaranya ialah Telefon bimbit,laptop dan yang terbaru,iPad yang diidamkan semua orang(termasuk saya).Jadi,saya mencadangkan 1 aplikasi yang diberi nama 'My bestfriend'.

Saya senaraikan contoh masalah yang dihadapi kita hari ini:
  1. Masalah rumahtangga bagi yang sudah berkahwin.
  2. Masalah percintaan bagi yang belum berkahwin.
  3. Masalah dalam pelajaran dan pekerjaan.
  4. Masalah pembahagian masa bagi suri rumah,pelajar,CEO dan lain-lain.
  5. Susah untuk memilih menu yang berkhasiat untuk dimasak.
  6. Masalah-masalah yang sangat peribadi seperti ketika datang haid.
  7. Terlalu susah memilih pakaian atau fesyen.
  8. Masalah kesempitan wang.
Sebenarnya banyak lagi masalah yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah sekadar 8 yang terlintas.8 masalah diatas terdiri daripada semua peringkat masalah iaitu dari masalah yang remeh sehingga yang rumit.

Antara solusi yang mungkin dipilih bagi beberapa masalah diatas ialah ;
  1. Pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga akan berdiam diri dan akhirnya bercerai.
  2. Pasangan yang belum berkahwin akan memutuskan hubungan dan lebih parah akan berlaku apabila rasa kecewa yang melampau menjurus kepada perbuatan bunuh diri.
  3. Pelajar akan terus bermasalah kerana malu untuk berkongsi masalah dengan kaunselor mahupun sahabat kerana bimbang rahsia disebarkan.
  4. Orang yang sedang kesempitan wang akan mencuri yang boleh menjurus kepada perbuatan bunuh jika terdesak.
Itu sekiranya tanpa bantuan aplikasi ini.Sekiranya aplikasi ini berjaya diwujudkan,hampir semua masalah akan ada penyelesaiannya.Contohnya,Pasangan yang belum dan sudah berkahwin boleh  meluahkan masalah mereka menggunakan aplikasi ini dan mendapatkan solusi tanpa risau akan rahsia yang terbongkar.Pelajar bermasalah akan diberi penyelesaian seperti dipaparkan contoh-contoh soalan dan tips-tips belajar.Orang yang kesempitan wang akan diberi idea-idea seperti strategi perniagaan yang boleh membawa keuntungan,cara menjimatkan wang dan lain-lain.Hebat bukan!

Tertanya-tanya bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Aplikasi ini berfungsi ala-ala 'peter answer' di internet.Satu pusat memori online diwujudkan untuk menyimpan berbagai-bagai maklumat tentang kehidupan manusia seperti memasukkan tips-tips pelajaran,pekerjaan mahupun percintaan dari Dr. Fadzilah Kamsah atau Dr Fadzley.Kita boleh juga memasukkan penyelesaian masalah diri yang sering Anthony Robbins berikan dalam ceramah beliau.Tambahan pula,segala resepi-resepi berkhasiat dan mudah,senarai tempat percutian,senarai kerja-kerja kosong yang sentiasa diupdate dan soalan-soalan peperiksaan boleh dimasukkan.Selain dari memori yang sedia ada,memori lain akan dimasukkan apabila pengguna meluahkan perasan,masalah atau perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya sebagai memori untuk 'my bestfriend' memahami hidup manusia.Akhirnya,'my bestfriend' bukan sahaja memberikan penyelesaian malahan menjadi rakan untuk berbual,bergosip dan bergelak ketawa.Masih tidak jelas?

Saya berikan contoh;
  1. 'my bestfriend' akan menyenaraikan beberapa pekerjaan kosong yang terbaik dan bersesuaian dengan pengguna dari segi jarak tempat kerja dan tempat tinggal serta kemahiran yang pengguna ada.Untuk makluman,jarak tempat kerja dan tempat tinggal serta kemahiran yang pengguna ada diketahui melalui perbualan awal(macam suai kenal) pengguna dan aplikasi ini.
  2. Ketika berbual bersama 'my bestfriend',ia akan menjawab "yang gila shopping tu ke?" apabila anda bercerita tentang abu(bukan nama sebenar) kerana sebelum ini mungkin anda atau pengguna iPad disekolah@sekitar anda pernah memberitahu 'my bestfriend' bahawa abu seorang yang suka 'bershopping'.
Kelebihan;
  1. Masalah dapat diselesaikan dengan mudah dari bilik tanpa perlu berjumpa pakar.
  2. Masalah tekanan dapat dibendung lantas mengurangkan kes bunuh diri.
  3. Maklumat dari internet juga boleh diperolehi dengan mudah dengan cara menyuruh 'my bestfriend' mencari dan memaparkannya.
  4. Aplikasi ini berfungsi dalam bentuk perbualan suara dan juga 'chatting'@menaip.
  5. Perbualan adalah dalam bentuk 2 hala.Jadi,'my bestfriend' boleh bertanya sesuatu perkara seperti manusia lain.Contohnya, "dah makan?" dan "dah solat?"(bagi yang beragama islam).
  6. Pengguna boleh memberi nama,bentuk,jantina dan banyak lagi kepada 'my bestfriend' ketika 'installation process' berlaku.
  7. Terdiri daripada pelbagai bahasa termasuk 'bahasa pasar' mengikut negara masing-masing.
Saya harap anda sudah jelas.Tidak dinafikan bahawa setiap ciptaan manusia itu tidak lengkap dan mempunyai kelemahan.Saya suka untuk memberi beberapa kelemahan supaya apabila aplikasi ini dipersetujui akan ada beberapa pihak yang lebih pakar menambah baik idea ini.
  1. 'my bestfriend' tidak akan memberi maklum balas bagi topik-topik yang masih belum pernah dibincangkan dan diketahui.
  2. Dunia hari ini juga menyaksikan wujudnya perang siber dimana maklumat yang disimpan mungkin akan digodam.Jadi,firewall yang digunakan untuk melindungi jabatan memori mestilah yang terhebat dikalangan terbaik.
  3. Segala maklumat yang diberitahu kepada 'my bestfriend' akan digunapakai untuk pengguna iPad yang lain seperti dalam contoh kedua diatas dan ini akan menyebabkan pencampuran maklumat.Jadi,pengguna perlu memberitahu 'my bestfriend' bahawa sesuatu itu adalah rahsia supaya 'my bestfriend' tidak menggunakan maklumat tersebut terhadap pengguna lain.
  4. Banyak cerita menunjukkan bahawa apabila terdapat mesin atau teknologi yang mempunyai otak seakan-akan manusia boleh memberontak dan melakukan banyak perkara yang buruk kepada manusia.Jadi,mungkin pereka aplikasi ini perlu menyediakan satu solusi bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
Apabila saya bercerita tentang idea ini kepada rakan-rakan saya,ada yang menyatakan saya obses dengan 'movies' kerana teknologi ini masih belum diwujudkan.Ada juga yang mengatakan bahawa saya seperti mat jenin.Namun saya yakin bahawa sebenarnya teknologi ini (memori online)sudah ada cuma tiada yang menjadikannya sebagai aplikasi yang saya cadangkan.Harap pihak maxis boleh pertimbangkan.Kalau ada mesti seronok!Nanti bolehlah aplikasi ini di'upgrade'kan dari perbualan biasa seperti telefon kepada perbualan hologram.('my bestfriend' dalam bentuk manusia 3D).Tamat.

contoh gambar aplikasi :-)

Di Maxis,anda boleh membeli iPad dengan Data Plan serendah RM70 sebulan.Untuk maklumat lanjut,layari  http://www.maxis.com.my/personal/broadband/ipad_postpaid.asp.

____________________________________________
Hah,paham tak?saya mempunyai kesulitan untuk menerangkan aplikasi ini.harap dapat faham.Jadi,amacam idea saya?hahaha.gelak la tu!takpe-takpe.nnt kalau saya menang,taknak kongsi hadiah.(cehh,macam menang jek)

credit gambar; Atif

Labels: , , ,