Hadiah Tahun Baru untuk Satu Malaysia

Harga petrol RON97 dan minyak tanah naik 10 sen lagi

04/01/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama

utusan
 ________________________________________________________

Malas la kalau nak komen pasal kenaikan ni.Benda dah naik.Harapnya kerajaan ada jawapan yang munasabah untuk keselesaan rakyat.Cuma nak bold kan word kat atas tu yg tulis minyak RON 95 tidak akan terjejas.Harap dikotakanlah.Tak naklah esok atau lusa dinaikkan pula atas alasan nak samakan harga.Biar adil.hehe.Sangat tidak logik.Sebab saya pun pakai RON 95.Memang rase nak matilah kalau yang ni pun naik(cara cerita ni macam selalu kehulu kehilir bawak kereta pulak).

dah macam alat pembunuh dah minyak ni..
p/s:agak2 kalau ade orang bunuh diri sebab minyak naik,uncle Najib turunkan balik tak?

Labels: , ,