Diari ; Kenapa Saya Tak Update Blog?

hai sume !! sehat ? saya sehat.alhamdulillah.Post terakhir saya adalah segmen belog abg Ben kita ni.kalau belum baca.meh kelik sini.Bila tu?15 januari = seminggu yang lepas.Ouh tidak!!encik aPai dah kehilangan idea ke?lebih kuranglah.selalunya akan spend dalam 45 minit mencari idea dan terus type post tapi minggu lepas memang teramatlah buzy dengan segala benda dicampur dengan server yg rosak dan menyebabkan tak boleh nak online.adeh.Syukran kepada yang still view belog wlupun takde post baru :-)

So,dalam post ni saya nak bagitau beberapa perkara yang mencabar minggu saya sampaikan nak bukak belog sendiri pun rasa macam malas gila.Kita mula dengan hari Isnin : pagi tu kelas fizik ada perbincangan sikit2 and terus masuk chapter baru.disebabkan FINAL EXAM dalam 2-3 minggu je lagi dan topik yang lecturer kesayangan saya ni belum ajar sangat banyak.maka dengan hebatnya kami belajar sepantas yang boleh.Otak ni sampai nak tepu dah masukkan segala benda yang dia explain.Math pulak kalau tak silap ada kuiz masa tu.Then,malam tu ingatkan nak buat preparation utk presentation KIMIA pada hari selasa tapi dibatalkan dan digantikan dengan benda lain.ape benda lain tu?macam ni.Kitorang kena hantar assignment BTQ pada hari esoknya.Nak tau mcm mane assignment ni dibuat?Team saya 3 orang dan kami dah buat same2 pada jumaat mggu sebelum tu.after buat same2 tyme jumaat,Saya dan teammate A topupkan jadi banyak sikit dan bila dah setel kami serahkan pada teammate B utk buat footer.Malam isnin dia hantar soft and hard copy pada saya.Alhamdulillah siap.Tapi..ade tapinya ni.Assignment tu tak mengikut arahan dan syarat yang lecturer tetapkan.ex;footer mesti dibuat every page but dia gabungkan 4 page dlm satu page.Kesannya,malam isnin yang sepatutnya saya buat preparation utk presentation kimia keesokannya terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan mengubahsuai assignment menjadi lebih mengikut arahan lect.akhirnya,tak buat langsung prep utk presentation chemistry.

Hari Selasa Ade TIGA kelas iaitu FIZIK , BASIC THEME QURAN dan KIMIA.Cara pembelajaran Fizik adaalah seperti biasa dengan kelajuan yg membunuh neuron2 dalam otak.Waktu BTQ pulak kami dengan bangganya meng'submit' assignment tu.Yang jadi tertekan adalah waktu kimia.Baru dua kumpulan bagi pembentangan je MISS dah meletup.adeh..sebabnya?ada budak lewat.Habis dia marah sume pasal kelewatan ni.Saya pun terasa la sebab dulu dia pernah kata: "Bila kene marah jangan nak salahkan orang sebab kamu pun pernah jugak buat".Ingat tak masa saya lewat pergi lab tu?tak ingat?meh kelik sini .hah!tu yang terasa gila tu.Tak cukup lg dengan tu,saya buat presentation tanpa ada bahan dan preparation.ape lagi,dia siap mention kat kelas bahawa sesungguhnya ada team yg datang depan bawak buku je tanpa ada bahan sprti lukisan atom kat kertas mahjong.adeh..kene lagi.

Hari Rabu pagi cuma ada kelas math,MISS bg result kuiz hari tu.frust sikit sebab markah tutor rendah.Petang takde kelas kimia sebab MISS batalkan.tak sehat kot.tapi masih tak boleh nak update blog sebab malam tu ada kuiz FIZIK pulak.maka,bertungkus lumuslah saya menelepon kawan2 kalau2 diorg ada simpan soalan kuiz diorg.Nasib baik ada sorang yang ingat dan bgtau aku.thanks payen!

Hari khamis plan nak keluar tengok wayang me'release' tension tapi..tapi..tapi..MISS KIMIA suruh siapkan tutor 5 dan nak diskus hari jumaat.Kalau saya tak siapkan.habislah saya!whole day saya habis siapkan tutor 5 tu jek.adeh..ni sume takut kene mention : "Hafizuddin tak siap ke?" Malam khamis tu pulak ada meeting Persis = meeting pertama sejak saya duduk UIA.Terpaksa ni.heh.balik bilik dalam pukul 11 ke 12 malam.ape lagi.usha2 homework math sampai tertidur.

Jumaat pagi diskus kimia,saya dengan takburnya mempoyokan diri asyik memandang MISS sambil angguk2 geleng2 bila MISS tanya soalan kat kelas.kira nak tunjuk kat MISS yang saya dah siap la. :-) Petang tu ade kelas BTQ sampai pukul 5 and bila kelas habis je terus siap2 nak balik rumah naik tren.Bertolak pukul 5.45 dari UIA tapi sampai rumah kat REMBAU,N9 pukul 11.47 malam.kenapa lambat?ape cerita?nanti saya story kat post baru.insyaALLAH kalau diberi kesempatan.
____________________________________
memang tertekanlah minggu ni.Lagi2 bila exam schedule dah keluar.rasa mcm minggu depan je exam.Misi menjaga pointer utk mendapatkan laptop bermula!btw,saya dah daftar muet.ambil bulan 4 ni.cuaks2. :-)

mcm ni lah saya tidur setiap hari :P

Labels: , , ,