4 Diari ; Kenapa Saya Tak Update Blog?

hai sume !! sehat ? saya sehat.alhamdulillah.Post terakhir saya adalah segmen belog abg Ben kita ni.kalau belum baca.meh kelik sini.Bila tu?15 januari = seminggu yang lepas.Ouh tidak!!encik aPai dah kehilangan idea ke?lebih kuranglah.selalunya akan spend dalam 45 minit mencari idea dan terus type post tapi minggu lepas memang teramatlah buzy dengan segala benda dicampur dengan server yg rosak dan menyebabkan tak boleh nak online.adeh.Syukran kepada yang still view belog wlupun takde post baru :-)

So,dalam post ni saya nak bagitau beberapa perkara yang mencabar minggu saya sampaikan nak bukak belog sendiri pun rasa macam malas gila.Kita mula dengan hari Isnin : pagi tu kelas fizik ada perbincangan sikit2 and terus masuk chapter baru.disebabkan FINAL EXAM dalam 2-3 minggu je lagi dan topik yang lecturer kesayangan saya ni belum ajar sangat banyak.maka dengan hebatnya kami belajar sepantas yang boleh.Otak ni sampai nak tepu dah masukkan segala benda yang dia explain.Math pulak kalau tak silap ada kuiz masa tu.Then,malam tu ingatkan nak buat preparation utk presentation KIMIA pada hari selasa tapi dibatalkan dan digantikan dengan benda lain.ape benda lain tu?macam ni.Kitorang kena hantar assignment BTQ pada hari esoknya.Nak tau mcm mane assignment ni dibuat?Team saya 3 orang dan kami dah buat same2 pada jumaat mggu sebelum tu.after buat same2 tyme jumaat,Saya dan teammate A topupkan jadi banyak sikit dan bila dah setel kami serahkan pada teammate B utk buat footer.Malam isnin dia hantar soft and hard copy pada saya.Alhamdulillah siap.Tapi..ade tapinya ni.Assignment tu tak mengikut arahan dan syarat yang lecturer tetapkan.ex;footer mesti dibuat every page but dia gabungkan 4 page dlm satu page.Kesannya,malam isnin yang sepatutnya saya buat preparation utk presentation kimia keesokannya terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan mengubahsuai assignment menjadi lebih mengikut arahan lect.akhirnya,tak buat langsung prep utk presentation chemistry.

Hari Selasa Ade TIGA kelas iaitu FIZIK , BASIC THEME QURAN dan KIMIA.Cara pembelajaran Fizik adaalah seperti biasa dengan kelajuan yg membunuh neuron2 dalam otak.Waktu BTQ pulak kami dengan bangganya meng'submit' assignment tu.Yang jadi tertekan adalah waktu kimia.Baru dua kumpulan bagi pembentangan je MISS dah meletup.adeh..sebabnya?ada budak lewat.Habis dia marah sume pasal kelewatan ni.Saya pun terasa la sebab dulu dia pernah kata: "Bila kene marah jangan nak salahkan orang sebab kamu pun pernah jugak buat".Ingat tak masa saya lewat pergi lab tu?tak ingat?meh kelik sini .hah!tu yang terasa gila tu.Tak cukup lg dengan tu,saya buat presentation tanpa ada bahan dan preparation.ape lagi,dia siap mention kat kelas bahawa sesungguhnya ada team yg datang depan bawak buku je tanpa ada bahan sprti lukisan atom kat kertas mahjong.adeh..kene lagi.

Hari Rabu pagi cuma ada kelas math,MISS bg result kuiz hari tu.frust sikit sebab markah tutor rendah.Petang takde kelas kimia sebab MISS batalkan.tak sehat kot.tapi masih tak boleh nak update blog sebab malam tu ada kuiz FIZIK pulak.maka,bertungkus lumuslah saya menelepon kawan2 kalau2 diorg ada simpan soalan kuiz diorg.Nasib baik ada sorang yang ingat dan bgtau aku.thanks payen!

Hari khamis plan nak keluar tengok wayang me'release' tension tapi..tapi..tapi..MISS KIMIA suruh siapkan tutor 5 dan nak diskus hari jumaat.Kalau saya tak siapkan.habislah saya!whole day saya habis siapkan tutor 5 tu jek.adeh..ni sume takut kene mention : "Hafizuddin tak siap ke?" Malam khamis tu pulak ada meeting Persis = meeting pertama sejak saya duduk UIA.Terpaksa ni.heh.balik bilik dalam pukul 11 ke 12 malam.ape lagi.usha2 homework math sampai tertidur.

Jumaat pagi diskus kimia,saya dengan takburnya mempoyokan diri asyik memandang MISS sambil angguk2 geleng2 bila MISS tanya soalan kat kelas.kira nak tunjuk kat MISS yang saya dah siap la. :-) Petang tu ade kelas BTQ sampai pukul 5 and bila kelas habis je terus siap2 nak balik rumah naik tren.Bertolak pukul 5.45 dari UIA tapi sampai rumah kat REMBAU,N9 pukul 11.47 malam.kenapa lambat?ape cerita?nanti saya story kat post baru.insyaALLAH kalau diberi kesempatan.
____________________________________
memang tertekanlah minggu ni.Lagi2 bila exam schedule dah keluar.rasa mcm minggu depan je exam.Misi menjaga pointer utk mendapatkan laptop bermula!btw,saya dah daftar muet.ambil bulan 4 ni.cuaks2. :-)

mcm ni lah saya tidur setiap hari :P


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

15 Blogger Gegarkan U


Salam sume..mesti korang dah tengok ramai yang post pasal benda ni kan?hahaha.yup,apaijas ni memang tertinggal sikit.Segmen ni dah baca 2 hari lepas kat belog sayakerink and siska(baru semalam).Mula-mula ingatkan nak terus update tapi tak dapat la sebab connection macam biasa mmg slow mengalahkan broadband.Ditambah pulak dengan masa yang sangat sedikit utk lepak depan laptop ni.Dalam segmen ni, abg BA kita ni mintak fill beberapa details and ini detailsnya :

Belajar kat mana?hohoho.Saya dah bubuh kat tepi tu bahwa dengan sesungguhnya saya belajar kat Centre for foundation studies IIUM.Tuan segmen,ni kira IPTA kan?sebb cfsiium ni kira matrik je kepada iium.Hujung tahun ni baru menapak dalam UIA yg sebenar.harap-harap diterima la eh :-) Jurusan?Saya ambil engineering.Kos ni belum spesifik lagi ke mana.Tapi mungkin ambil automotif kot.eh,tak..aeroangkasa..eh,tak kot..maybe civil je..eh.nak amik mane ni?saya pun taktau.ade sesaper yg nak bg idea?Then,tahun?Saya masih lagi dipanggil tahun pertama sebab baru je sem 2 n sebulan lagi habislah tahun pertama ni :-)

Asal mana?Kalau nak diikutkan saya lahir kat Johor dan tinggal sampai darjah 5 pastu pindah N9 and menetap kat sana sampai sekarang.So,nak kata johor or negeri?hehehe.Umur?saya umur baru 12 tahun.muda kan?hahaha.tkde la.baru 18 tahun :-)

Kenapa amek jurusan ni?hahaha.taknak pun sebenarnya.after SPM terus mind set takkan belajar sains lagi.penat la nak memikir banyak2 ni.Naik gugur dah rambut ni :-)tapi bila dapat tawaran kate engineering.nak buat macam mana kan?dah rezeki kat situ.Saya kompem la ramai yang macam saya ni.hahaha.terseksa tak?

Cita-cita?Kalaulah saya berjaya habiskan engineering sampi degree,saya harap dapat jadi engineer kapal terbang or kereta or bangunan.hahaha.taktau nak amek ape.Macam biasa,tengoklah mana sangkut nanti.Korang ada idea nak ambil yang mana?Kalau saya tak habis engineering,saya nak tukar kos lain pulak.Macam ekonomi ke,akaun ke..habis belajar nnt buat bisnes.bukak hotel ke.hahaha.tinggi tak cita-cita?

Rasenyer semua dah ditulis kot :-)

p/s:ade ke sesaper yang ada persamaan sikit-sikit ngan saya ni.
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

8 Inventing My Own iPad Application for Maxis

Amaran!Entry kali ini agak panjang.Jadi,pilihlah nak baca atau tak.Tak rugi kalau baca :]

Situasi :
Dunia hari ini menyaksikan begitu banyak cabaran berlaku terhadap setiap manusia diatas muka bumi.Tidak kira kanak-kanak hinggalah golongan emas.Semua pernah dilanda masalah.Ada yang mampu menempuh setiap cabaran sehingga berjaya dan ada yang berputus asa di tengah jalan.Malang sekali buat yang berputus asa sehingga terus memutuskan hubungannya dengan dunia 100% (membunuh diri).Puncanya?Tekanan perasaan.

Ibu,ayah,sahabat,isteri mahupun adik-beradik sentiasa menjadi teman rapat yang setia mendengar setiap perincian masalah yang dihadapi oleh kita.Namun dalam dunia globalisasi kini menyaksikan kesibukan kita berusaha mendapatkan kejayaan dalam hidup termasuklah ibubapa yang sibuk mencari nafkah untuk anak.Isteri dan adik-beradik pula sibuk dengan kerja masing-masing.Tinggallah sahabat yang berfungsi sebagai 'diari bergerak' dalam hidup kita.Yang menjadi masalah kini ialah segala masalah dan rahsia yang diluahkan kepada manusia tidak semua disimpan dengan baik dan jujur.Kita banyak menyaksikan fenomena 'kawan tikam belakang' dan pengkhianatan apabila aib sering disebarkan melalui laman sosial facebook dan blog.Akhirnya,tiada siapa yang boleh dipercayai.

Kemudian,saya terbaca ini:
Maxis contest participant badge

Pertandingan ini memberi peluang kepada saya untuk memberikan sedikit idea untuk mengatasi masalah diatas kerana manusia hari ini hidup bersama gadget.Antaranya ialah Telefon bimbit,laptop dan yang terbaru,iPad yang diidamkan semua orang(termasuk saya).Jadi,saya mencadangkan 1 aplikasi yang diberi nama 'My bestfriend'.

Saya senaraikan contoh masalah yang dihadapi kita hari ini:
  1. Masalah rumahtangga bagi yang sudah berkahwin.
  2. Masalah percintaan bagi yang belum berkahwin.
  3. Masalah dalam pelajaran dan pekerjaan.
  4. Masalah pembahagian masa bagi suri rumah,pelajar,CEO dan lain-lain.
  5. Susah untuk memilih menu yang berkhasiat untuk dimasak.
  6. Masalah-masalah yang sangat peribadi seperti ketika datang haid.
  7. Terlalu susah memilih pakaian atau fesyen.
  8. Masalah kesempitan wang.
Sebenarnya banyak lagi masalah yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah sekadar 8 yang terlintas.8 masalah diatas terdiri daripada semua peringkat masalah iaitu dari masalah yang remeh sehingga yang rumit.

Antara solusi yang mungkin dipilih bagi beberapa masalah diatas ialah ;
  1. Pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga akan berdiam diri dan akhirnya bercerai.
  2. Pasangan yang belum berkahwin akan memutuskan hubungan dan lebih parah akan berlaku apabila rasa kecewa yang melampau menjurus kepada perbuatan bunuh diri.
  3. Pelajar akan terus bermasalah kerana malu untuk berkongsi masalah dengan kaunselor mahupun sahabat kerana bimbang rahsia disebarkan.
  4. Orang yang sedang kesempitan wang akan mencuri yang boleh menjurus kepada perbuatan bunuh jika terdesak.
Itu sekiranya tanpa bantuan aplikasi ini.Sekiranya aplikasi ini berjaya diwujudkan,hampir semua masalah akan ada penyelesaiannya.Contohnya,Pasangan yang belum dan sudah berkahwin boleh  meluahkan masalah mereka menggunakan aplikasi ini dan mendapatkan solusi tanpa risau akan rahsia yang terbongkar.Pelajar bermasalah akan diberi penyelesaian seperti dipaparkan contoh-contoh soalan dan tips-tips belajar.Orang yang kesempitan wang akan diberi idea-idea seperti strategi perniagaan yang boleh membawa keuntungan,cara menjimatkan wang dan lain-lain.Hebat bukan!

Tertanya-tanya bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Aplikasi ini berfungsi ala-ala 'peter answer' di internet.Satu pusat memori online diwujudkan untuk menyimpan berbagai-bagai maklumat tentang kehidupan manusia seperti memasukkan tips-tips pelajaran,pekerjaan mahupun percintaan dari Dr. Fadzilah Kamsah atau Dr Fadzley.Kita boleh juga memasukkan penyelesaian masalah diri yang sering Anthony Robbins berikan dalam ceramah beliau.Tambahan pula,segala resepi-resepi berkhasiat dan mudah,senarai tempat percutian,senarai kerja-kerja kosong yang sentiasa diupdate dan soalan-soalan peperiksaan boleh dimasukkan.Selain dari memori yang sedia ada,memori lain akan dimasukkan apabila pengguna meluahkan perasan,masalah atau perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya sebagai memori untuk 'my bestfriend' memahami hidup manusia.Akhirnya,'my bestfriend' bukan sahaja memberikan penyelesaian malahan menjadi rakan untuk berbual,bergosip dan bergelak ketawa.Masih tidak jelas?

Saya berikan contoh;
  1. 'my bestfriend' akan menyenaraikan beberapa pekerjaan kosong yang terbaik dan bersesuaian dengan pengguna dari segi jarak tempat kerja dan tempat tinggal serta kemahiran yang pengguna ada.Untuk makluman,jarak tempat kerja dan tempat tinggal serta kemahiran yang pengguna ada diketahui melalui perbualan awal(macam suai kenal) pengguna dan aplikasi ini.
  2. Ketika berbual bersama 'my bestfriend',ia akan menjawab "yang gila shopping tu ke?" apabila anda bercerita tentang abu(bukan nama sebenar) kerana sebelum ini mungkin anda atau pengguna iPad disekolah@sekitar anda pernah memberitahu 'my bestfriend' bahawa abu seorang yang suka 'bershopping'.
Kelebihan;
  1. Masalah dapat diselesaikan dengan mudah dari bilik tanpa perlu berjumpa pakar.
  2. Masalah tekanan dapat dibendung lantas mengurangkan kes bunuh diri.
  3. Maklumat dari internet juga boleh diperolehi dengan mudah dengan cara menyuruh 'my bestfriend' mencari dan memaparkannya.
  4. Aplikasi ini berfungsi dalam bentuk perbualan suara dan juga 'chatting'@menaip.
  5. Perbualan adalah dalam bentuk 2 hala.Jadi,'my bestfriend' boleh bertanya sesuatu perkara seperti manusia lain.Contohnya, "dah makan?" dan "dah solat?"(bagi yang beragama islam).
  6. Pengguna boleh memberi nama,bentuk,jantina dan banyak lagi kepada 'my bestfriend' ketika 'installation process' berlaku.
  7. Terdiri daripada pelbagai bahasa termasuk 'bahasa pasar' mengikut negara masing-masing.
Saya harap anda sudah jelas.Tidak dinafikan bahawa setiap ciptaan manusia itu tidak lengkap dan mempunyai kelemahan.Saya suka untuk memberi beberapa kelemahan supaya apabila aplikasi ini dipersetujui akan ada beberapa pihak yang lebih pakar menambah baik idea ini.
  1. 'my bestfriend' tidak akan memberi maklum balas bagi topik-topik yang masih belum pernah dibincangkan dan diketahui.
  2. Dunia hari ini juga menyaksikan wujudnya perang siber dimana maklumat yang disimpan mungkin akan digodam.Jadi,firewall yang digunakan untuk melindungi jabatan memori mestilah yang terhebat dikalangan terbaik.
  3. Segala maklumat yang diberitahu kepada 'my bestfriend' akan digunapakai untuk pengguna iPad yang lain seperti dalam contoh kedua diatas dan ini akan menyebabkan pencampuran maklumat.Jadi,pengguna perlu memberitahu 'my bestfriend' bahawa sesuatu itu adalah rahsia supaya 'my bestfriend' tidak menggunakan maklumat tersebut terhadap pengguna lain.
  4. Banyak cerita menunjukkan bahawa apabila terdapat mesin atau teknologi yang mempunyai otak seakan-akan manusia boleh memberontak dan melakukan banyak perkara yang buruk kepada manusia.Jadi,mungkin pereka aplikasi ini perlu menyediakan satu solusi bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
Apabila saya bercerita tentang idea ini kepada rakan-rakan saya,ada yang menyatakan saya obses dengan 'movies' kerana teknologi ini masih belum diwujudkan.Ada juga yang mengatakan bahawa saya seperti mat jenin.Namun saya yakin bahawa sebenarnya teknologi ini (memori online)sudah ada cuma tiada yang menjadikannya sebagai aplikasi yang saya cadangkan.Harap pihak maxis boleh pertimbangkan.Kalau ada mesti seronok!Nanti bolehlah aplikasi ini di'upgrade'kan dari perbualan biasa seperti telefon kepada perbualan hologram.('my bestfriend' dalam bentuk manusia 3D).Tamat.

contoh gambar aplikasi :-)

Di Maxis,anda boleh membeli iPad dengan Data Plan serendah RM70 sebulan.Untuk maklumat lanjut,layari  http://www.maxis.com.my/personal/broadband/ipad_postpaid.asp.

____________________________________________
Hah,paham tak?saya mempunyai kesulitan untuk menerangkan aplikasi ini.harap dapat faham.Jadi,amacam idea saya?hahaha.gelak la tu!takpe-takpe.nnt kalau saya menang,taknak kongsi hadiah.(cehh,macam menang jek)

credit gambar; Atif
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

4 Petang Tadi

Assalamualaikum sume,..hehehe.dah solat asar ke?kalau belum,baik pergi dulu.Kot-kot meninggal masa tgh bace entry ke.hehehe.dah menyesal tak solat dulu. :-)

Petang ni tangan dah mengada-ngada nak dok update benda yang baru je jadi tadi.Dah lame rasanya tak dok update pasal personal thing ni.Mane taknye,kalau asyik update pasal life kita je sape yang nak baca.Kalau saya ni macam uncle Najib ke,Kak Rosmah Fasha  Sanda Yuna ke,Kak siti ke..baru ada orang nak bace.ye tak?Tapi hari ni tak kira.Nak cerita gak.

So,petang tadi ade Laboratory xperiment utk subjek Chemistry.Then,lepas je solat zuhur saya terus rushing naik atas and get ready for my Lab.Miss dah pesan kalau lambat 5 min nnt miss kunci pintu.Keluar je bilik terus sakit perut,almaklumlah manusia.Kalau telan je tapi tak buang susah lah ek.So,habis dah beberapa minit utk menyelesaikan masalah tersebut.Lari-lari,guling-guling,merangkak sikit-sikit...pastu sampailah depan lab.tolak je pintu.aik..tak gerak.adeh..lambat sudah.Ketuk-ketuk tapi miss tak dgar sebab dia tgh explain pakai mic.Then,saya call la kawan yang ade kat dalam tu and suruh dia bgtau miss saya kat luar.Dia suruh ketuk jugak.Saya ketuk dan ketuk dan ketuk tapi pintu ajaib tu tak terbukak jugak.adeh..utk kali kedua.

Sabar ye apai.sabar..sabar...cukuplah 3 kali.Ade pempuan kelas lain dah dok sengih kat saya dah.Nak ngurat la tu!!ceh,saya pun malu-malu bla la dari depan pintu tu.Sambil pasrah membawa diri tu saya text la kwn saya tu "aku balik la,malas nak tunggu"..Sampai je beberapa meter dari bangunan sains tu.beep..beep..mcg masuk ; "miss nak bukak weh".Saya lari la terus naik atas balik..hahaha.masuk-masuk je terus kena bagi sebab.Saya suruh la miss tutup mic tu takot-takot habis satu kelas dengar saya erk..erk..(bunyi budak2 tgh melabur).habis satu dugaan.

Lab tadi adalah lab paling teruk pernah saya buat.Bukan sebab human mistakes tau tapi sebab equipment tu prob.Nak ukur pressure pun tak accurate sebab berlaku kebocoran dekat cork tu.Kalau tak silap saya repeat sampai 50 5 kali kot experiment tu.Tak pernah dibuat sebelum ni.Selalu siap awal kot.ni dah jadik 2nd last tadi.adeh..untuk kali ketiga.Benda ni saya tak kisah sangatlah.biasalah kalau ade prob.Yang tak tahan tu ade la sorang nih..team dia da siap.Biasa la kalau nak bangga dalam hati tu.Then,dia tanye "botol sape ni?"sambil menunjuk botol atas meja.Saya katalah "aku,tapi kalau nak pakai,ambillah dulu".Tau dia reply ape? "eh,tanak lah.kitorang dah siap"..wtf poyo siot!!bolehlah,equipment korang canggih kot.Air panas memang constant temp.Kitorang nak kena adjust2 pemanas bagai sambil pki thermometer.(manual sbb equipment zaman tok kadok parameswara) Takdelah sekuno dalam 'bracket' tu tapi menyusahkan sikit dari team dia.Nak tau saya kata ape? "baru sekali siap awal dah kecoh" tapi dalam hati jek.sebab kita kan kawan.tanak la gadoh-gadoh :-)

btw,miss ada pesan tadi.Lain kali datang dulu baru pergi toilet.Kalau saya terus balik tadi miss cakap markah saya kosong. ( 0_0 ) .Takpe miss,lepas ni saya tahan dulu sampai kelas.pastu baru setelkan problem saya.hehehe.okeh,sempat sampai sini jek.kena siap2 sebb kul 8 ade kelas math.kalau lambat nnt nak bg alasan ape pulak?sebab alasan diatas dah tak boleh dipakai.(saya selalu pakai alasan ni mase high school dulu).

lab saya takdelah secanggih ni :-)
sumber gambar; http://www.laboratorycasework.org/
p/s : kepada sume,pastikan korang baik ngan lect korang supaya sntiasa lepas dari dimarah kalau lambat.:p
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

6 Lagi Kanak-Kanak Mati Didera

Semalam my friend ada call tanya-tanya khabar macam biasa.Pastu selalunya dia akan inform kat saya beberapa gosip-gosip baru tak kisahlah pasal artis ke ,sukan ke and kadang-kadang politik.Tapi malam tadi takde gosip,dia cuma story sikit-sikit pasal budak meniggal kena dera.Dia kata budak tu cinderella zaman moden.Tak pun ibu tiri bawang putih naik 'time machine' datang masa depan pastu dera anak orang.adehh..

Mulanya rasa macam biasa je(sebab ni dah kes dera yg keberapa.banyak kot!) Then pagi tadi sebelum kelas start ade dengar radio era ngan sinar.Dua-dua keluar berita pasal tu.Balik je kelas terus google kat website2 newspaper and jumpa!Teruk jugak budak tu kena.Mengalahkan cinderella dengan Bawang putih.Kalau ikut sumber yang saya baca,ada beberapa fakta penting yang perlu pembaca tau:
  1. Nama mangsa ialah Nordiana Qistina Nurafizan berusia 3 tahun.
  2. Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka
  3. Adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman
  4. Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail.
  5. Ibu kandung mangsa tidak dapat menahan kesedihan setelah melihat keadaan mayat anaknya sehingga pengsan sebanyak 3 kali.
  6. Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
  7. Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya dan hasil bedah siasat menunjukkan organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah.
  8. Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.what??
  9. Suspeknya ialah tak lain dan tak bukan ibu tiri mangsa yang ghaib sekarang ni.Cuak kau!
Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid
Komen saya?Macam biasa,jangan salahkan si ibu tiri yang mendera sahaja.Kita lihat kenapa 73 kecederaan lebam itu tidak dapat dilihat oleh bapa mangsa.Bukan nak kata bapa mangsa tu bersubahat tapi hati ni tertanya-tanya kenapa tak perasan kesan lebam tu?jarang balik rumah ke?Tak pernah dukung anak ke selama ni sampai tak perasan?dan kenapa membuat laporan polis bahawa anak meninggal kerana lemas? musykil bin pelik betul :-)

Harapan saya semoga roh Adik Nordiana Qistina Nurafizan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang diberkati ALLAH.amin.Kita mohonlah supaya nanti anak-anak kita jauh dari benda ni(berpandangan jauh).Kepada ayah-ayah yang nak kahwin lagi tu,pandai-pandailah cari isteri yang baik dan boleh memberi kebahagiaan kepada anak-anak kamu.Jangan dok selfish dengan kebahagiaan korang je.Al-fatihah untuk arwah.

Sumber; UtusanMalaysia online
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

6 Fasha Sanda Mintak Maaf

Hello...hello..hello...anybody kat depan laptop?hahaha.Korang mesti dah tau pasal kontroversi and publisiti yang kak Fasha kita dah buatkan?aduhai kak fasha.kenapa lah awak tak habis-habis dengan kontroversi ni.Agak-agaklah kan,ape yang kak Fasha kita dah buat?

Ya!!!tepat sekali.Kak Fasha kita ni macam biasa terlibat dengan aksi seksi meksi lagi panas sampai terbakar biji mata orang kalau tengok.amik gambar berbikini je.hehehe.Baru-baru ni kak Fasha pergi holiday kat Bali and..and..kalau dah nama pun bali kan,memang tak modernlah kalau pakai baju full tutup dari atas sampai bawah.mamat dgn minah saleh mana ade pakai tutup2.Bila kat pantai ni nak kena berjemur.So,bukak semua.Matahari punya sinaran ade Vitamin D.Kalau dah suka sangat panas-panas ni,tunggu jelah panas api neraka tu.Macam-macam vitamin ada.hehehe.Holiday pun free aje.Makan sandwich nanah sambil minum jus besi yg dah lebur.amacam?HOT tak?kekeke.

Nak tahu macam mana gambar kak Fasha berbikini kat Bali boleh tersebar.Mestilah seperti biasa sahabat-sahabat baik dia yang sentiasa support dia dalam melakukan apa-apa yang sebarkan.hahaha.Ingat kak Fasha-Sahabat yang sebenar adalah sahabat yang sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan dan mencegah kita dari melakukan kemungkaran.Saya bukan nak kata kawan kak Fasha tu jahat tapi kak Fasha boleh fikir sendirikan?Lain kali bila dah ambil gambar tu pesan sikit kat kawan-kawan tu jangan dok ngade-ngade upload kat mane-mane.Kesian kak Fasha nanti.Malu sebab kak Fasha kan artis.Kalau peminat benci,hilang periuk nasi.So,kalau senyap-senyap je nanti tuhan sahaja yang murka.Peminat tak tahu.

Kenapa saya macam galakkan ni?bukan.itu hanyalah sindiran.jgn pulak nnt dok hentam saya kata saya ajar kak Fasha buat jahat.tak.kak Fasha ni bagus.Mengaku kesilapan.Bila peminat marah,cepat-cepat kak Fasha mintak maaf dan mengaku kesilapan.Bukan senang nak mintak maaf depan ramai orang.Perlu turunkan ego sehingga paras negatif tau!Tahniah diucapkan.Tapi kan,lagi molek kalau kak Fasha kita ni mintak maaf kat tuan kepada dunia ni-ALLAH S.W.T.  sebab Allah dah create tempat yang sangat indah untuk kak Fasha holiday dan sambut new year.Percuma je.takkanlah kak Fasha nak balas macam tu kot.Fikir-fikirkan.renung-renungkan.

Kepada yang lain,kita ambil iktibar.Walaupun kita bukanlah artis popular dan takde peminat pun nak tahu ape yang kita dah buat.Tapi kita kena ingat,kita ada peminat yang sentiasa berada dekat dengan kita kat mana-mana sampai mati nanti-Rakib dann Atid.wallahualam.

inilah skrip permohonan maaf kak Fasha
Gambar kak Fasha tu berbikini saya tak letak.nanti dah tak lawa blog saya ni.Lagipun kak Fasha tak sukakan kalau gambar tu tersebar.

gambar;nurizspace .

p/s:cara saya tulis ni macamlah kak Fasha nak baca belog ni.hahaha
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Facebook ditutup : antara tipu dan betul

Amaran!entry ini sangat panjang.Jika anda mahukan kebenaran,silakanlah baca.Jika tidak.Entry lain ada. :-)

Hai semua !macam mana hari ni?Harap-harap semua ok lah eh.Mane tau ade yang sakit jantung dengar Kak Ana menang ek.hahaha.Saya tak tengok pun.duduk kat bilik je.Mane tak nye,nak tgk online tak boleh sebab line full.Server dah buzy.Nak menjenguk kat cafe tu tak payah cerita la.Lepas isyak je terus full.Habis ruang cafe tu dipenuhi macam ade konsert kat depan tu.hahaha.Last-last,bilik aje yang kosong dan menenangkan.Try gak cari siaran radio tp tak jumpa lah.Setahu saya ade masa saya form 3 dulu.(kitorang curik2 bwk and dgar radio siaran AJL tyme prep).Ok-ok..stop dulu.Kita intai-intai tajuk atas ni.Selain dari blogger sibuk mengupdatekan entry pasal AJL,ramai jugak yang update kata FACEBOOK DITUTUP 15 MAC.Betulkah?

Saya ingat nak terus updatekan tajuk tu tapi rasa macam gimik je sebab takkan nak terus shutdown.Baik jual je.Dapat lah duit bekalan cukup sampai tua.hehehe.Kita tengok berita yang ramai blogger post kan ye.


"PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased." -weeklyworldnews-

hah,Si Mark ni kata yang "Facebook has gotten out of control" dan "and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness".So,bila berita ni tersebar.Rasa macam nak meletup jantung-jantung peminat facebook ni kan?hahaha.Entah-entah ada yang buat solat hajat mintak berita ni cuma gimik bodoh jek.alahai facebook.

Kemudian,saya search la sikit-sikit kat uncle google kalau-kalau ada berita tulis benda ni salah macam cerita JB sebenarnya lelaki tua.hehehe.Then,saya jumpa petikan ni;
"There’s a silly rumor exploding on the Internet this weekend, alleging that Facebook is shutting down on March 15 because CEO Mark Zuckerberg “wants his old life back,” and desires to “put an end to all the madness.”
[UPDATE] We have official confirmation from Facebook Director of Corporate Communications Larry Yu that the rumor is false. We asked him via e-mail if Facebook was shutting down on March 15, to which he responded, “The answer is no, so please help us put an end to this silliness.” He added, “We didn’t get the memo about shutting down and there’s lots to do, so we’ll just keep cranking away like always.”
Let’s think about this for a minute. Would Facebook decide to shut down the company just a few days after announcing a round of funding, consisting of $450 million from Goldman Sachs and $50 million from Russian investment firm Digital Sky Technologies, on a valuation of $50 billion?
The spurious report was started by a site to which we refuse to link, known for its reports of impending attacks of alien spaceships and false reports of a Michelle Obama pregnancy.
The fact that this absurd hoax spread so efficiently makes us wonder: Will people believe anything?" -mashable.com-
hey,dah bace petikan atas ni?hahaha.tak logik kan kalau nak tutup cepat2.ayat last dia memang tak tahan.will people believe anything?....tak cukup dengan tu.baca yg ni pulak;

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

7 Minggu Pertama 2011

Selamat malam semua,saje nak mengepostkan something kat blog ni supaya nampaklah sikit saya ni rajin update.hehehe.Hari ni dah habis dah seminggu kita ditahun 2011.So,camne you all punya first week in 2011 ni?Saya punya agak teruk sikit.Banyak benda yang tak best jadi berbanding yang best.Nak tau ape?jom bace ape yang jadi minggu ni.(cehh,,bajet mcm artis pulak.ade ke yang nak tau ni?)

naik 20 sen pun dah kira banyak
  1. Hari tu saya ada post pasal kenaikan harga minyak kan?dan bila minyak naik,semua barang akan naik.betul tak?Jadi,kos makan saya dah bertambah!!!kalau dulu cedok2 lauk pauk lunch kan.paling banyak pun RM3.50 je.Tapi sekarang ni,takde dah 50 sen tuh.Beli ape2 pun kan,mesti beringgit-ringgit dan 80 sen.takpun beringgit-ringgit dan 90 sen.Saya rase mamak yg jaga counter tu sekarang ni cuma tau sebut beringgit-ringgit dan 80 sen or 90 sen je kot.Kalau tengok atas kaunter tu pun dah tau.Duit syiling yang ade utk baki cuma 10 sen dan 20 sen je.Tak jumpa syiling 50 sen.Kesimpulannya,harga dah naik 20 ke 30 sen dari tahun lepas. dan ini menyusahkan saya nak basuh baju pakai machine sebab takde syiling 50 sen.hehehe.
  2. Dapat result mid semester..And result saya sangat diluar jangkaan.bukan markah tu terlebih dari jangkaan tau tapi terkurang yang melampau.hahaha.over confident kot masa buat exam hari tu.kan dah berlambak salah.(tapi taktau mane yang salah sbb paper x dpt balik).Yang x bestnya ialah chemistry.Saya kena pergi bilik miss sebab nak tau markah tu awal supaya dapat plan sama ada nak teruskan belajar or drop the subject.Then,miss tanya markah yang saya target.and..and..saya target terlebih sikit dari markah yang saya dapat.Pastu,miss mcm senyum2 pndang saya.malunya sebab igt markah tggi sikit.hahaha.sumpah lepas ni saya akan bgtau "saya target lulus je" kalau ade org tanya.hehehe.
  3. Ada kuiz chemistry malam khamis hari tu.Bayangkan,saya tak ready satu hapak pun.Agak-agak camne saye jawab soalan tu?yg subjektif tu boleh la main bantai2 jawab.kalau kena nasiblah.nak tiru susah sbb dia subjektif.but yang objektif tu,hahaha.Saya menggunakan kepakaran saya dalam menggunakan machine gun.and..and..bila nak semak balik jawapan(dgn cara ngintai2 jwpn org sebelah)Semua jawapan sama.hahaha.tapi taktau la betul ke tak.Pesanan kepada junior2 dan rakan2,jangan meniru aksi ini dalam kehidupan seharian anda.
  4. Petang jumaat saya ade tasmi' or dalam bahasa melayu kita panggil macam ujian hafazan la.Saya tasmi' surah Al-Furqan beserta penerangan makna dalam english(ada je bantai cakap BM).Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipermudahkan sampai habis.yeay!!
  5. Hujung minggu utk minggu pertama 2011 diisi dengan program window shopping dengan kawan 'ws' saya yang sorang tu.(dia tak bg mention name dia.takut kakak dia terbaca belog ni.habis nnt kena bebel sbb asyik berjln je bila weekend).Sempat jugak tengok Season of the Witch.Komen pasal cerita ni?mensyirikkan la,entah ape punya story ntah.Kalau tau tak best,baik tengok The Tourists je tadi.hehehe.
ni bukan saya tau
So,takdelah banyak sangat benda yang jadi.hehehe.Tapi macam ni lah minggu pertama saya pada tahun 2011.Harap-harap minggu 2nd nnt lagi baik.First week korang macam mane?best?



p/s:sorry kalau post ni boring,mmg takde idea sekarang ni.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Award dari Syarafina Zaini

Skema tak tajuk tu?hahaha.Sebelum nak membebel panjang ni,saya nak ucapkan trimas kepada ceritasyarafina kerana memberi award ni.Banyak kot penerimanye,sampai 330 orang.Penat nak contact sorang2.hahaha.nak tengok tak awardnye?

ni la award yg kiut tu !!
comelkan...tapi..tapi..bila saya letak award ni kat belog ni.nampak macam award tuk blogger wanita. ^.^ .hahahaha.patut letak satu hello kitty,satu mickey mouse and satu lagi donald duck ke.baru saya tak malu sikit.(eh..eh..jgn  mara eh.saya ni mmg suke komplen je.bila suh buat award.malas.hehehe.tape2.award ni saya suke sbb ni first award kot!!so,mcm jakun sikit).

Then,saya kena jawab beberapa soalan dari tuan award ni.soalannya berbunyi:


  1. Apa yang membuatkan kamu berblogging?
 Saya mula berblogging sebab saya suka bace belog orang.So,terasa nak buat blog sendiri and blog ni wujud pada akhir tahun 2007 (kalau tak silap) tapi tak pernah aktif pun sebab masa yang tak byk+takde connection internet lagi+duduk asrama.


  1. Kamu rasa apa perubahan blog kamu dari dulu sampai sekarang?
Perubahan?hehehe.pergi kat archive dan tgk post saya masa tahun 2007 tu.Korang akan nampak perubahannya.(tu pun saya dah delete banyak post tahun 2007 sebab agak memalukan diri sebab post sgt tak matang!!Dari segi bilangan posting every year pun dah bertambah.kalau dulu lebih kurang stu post satu bulan.hehehe.


  1. Apa yang kamu suka tentang ceritasyarafina.blogspot.com nih?
Suka?takkan nak kate sebab blogger dia comel kot.hahaha.gurau jek.Saya memang suka blog pasal personal life ni.sebab lain orang lain ragam.lain dugaan.lain kaler hidupnya.kan?Macam blog nih,setakat yang say abaca.story2 dia kering jek.(sorry sebab tak sempat nak discover every post).Jadi,ni je yang dpt nak kate.
  
Saya tag ;
  1. Mirra
  2. Haffiz
  3. Fathaah

Diakhir rancangan ni saya takde gambar nak letak.Cuma nak promote sikit.kalau rajin2 tu jenguk2 la tuan punye blog ceritasyarafina.blogspot.com

p/s:tgh tggu masa nak buat award.sape ade idea camne nak buat award care cepat tp lawa?
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

11 Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway



Pendrive saya tuk sem ni dah full dengan macam2 assignment movies dah.Tak pindahkan lagi ke lappy lama ni.Kalau pindahkan,kene tunggu satu malam kot!!cehh..Harap-harap sangkutlah belog ni dapat giveAway nnt.hehehe.

Saya tag :
  1. shahrul azrie
  2. Timmie
  3. Aina
  4. only one
nak maklumat lanjut,klik pada gambar or kat sini.

    :: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

    5 Malaysia ; Negara Terbalik

    Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan (5/1/2011)

    LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
    Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
    Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

    Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

    Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.

    Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
    Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.

    “Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.

    “Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.

    “Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”

    Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi
    sumber-Berita Harian
     __________________________________________________________

    Bersyukur kepada ALLAH kerana Islam semakin menyinar di eropah @ negara2 yang majoritinya kafir belaka.Tapi di Malaysia,perkara terbalik yang berlaku.Tak perlu lihat  bilangan muallaf yang sedikit,tapi bilangan yang murtad yang bertambah.Secara tersurat kita tahu kes yang hot cuma lina joy dan Aishah Bukhari.Yang tak hot dan senyap-senyap tu kita tahu tak?

    Saya tunjuk beberapa fakta dari tahun sebelum saya lahir lagi.
    1. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
    2. Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya.Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
    3. Tahun 2008, Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini.
    4. Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. 
    Yang ni saya jumpa dan ringkaskan.Kalau nak tahu lebih mendalam dengan masalah ni.Boleh klik sini .Artikel ni panjang sikit tapi berbaloi kalau baca.banyak fakta tapi saya tak sempat nak ringkaskan sebab 30 minit lagi ade kelas dan saya,masih depan laptop.hehehe.Sebelum habiskan post ni,nak ajak semua berfikir.Kalau pada tahun 2008 dah ada 250,000 orang yang murtad.Berapa bilangan yang murtad pada tahun 2010?Berkurang atau bertambah?Nak lagi mudah,kes murtad sebelum ni meningkat seiring sejalan dengan masalah sosial.Kalau pada tahun 2010 masalah sosial bertambah.konklusinya?Malaysia memang terbaik terbalik :-)

    tak jumpa pula gambar negara terbalik.
    untuk makluman;fakta pertama ada tulis mengenai indeks pencemaran akidah dari Jabatan statistik dan perangkaan 1989.Tapi bila saya search dekat web Jabatan tersebut tadi,tiada padanan.2 kemungkinan,pertama bahawa fakta tu salah dan kedua ialah Jabatan tersebut sudah tak mengeluarkan benda alah pasal indeks pencemaran akidah ni sekarang.Saya cuba mengesahkan fakta tersebut di google dan banyak blogger dan web yang memberikan fakta yang sama dari jabatan yang sama.Cuma saya pelik kenapa tiada statistik terbaru tentang murtad di laman web jabatan tersebut.Siapa yang tahu mane nak cari boleh inform kat komen.Bantuan anda amat dihargai.Terima kasih.


    :: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

    4 Hadiah Tahun Baru untuk Satu Malaysia

    Harga petrol RON97 dan minyak tanah naik 10 sen lagi

    04/01/2011 10:54pm

    KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

    Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

    Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

    Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

    Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

    Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama

    utusan
     ________________________________________________________

    Malas la kalau nak komen pasal kenaikan ni.Benda dah naik.Harapnya kerajaan ada jawapan yang munasabah untuk keselesaan rakyat.Cuma nak bold kan word kat atas tu yg tulis minyak RON 95 tidak akan terjejas.Harap dikotakanlah.Tak naklah esok atau lusa dinaikkan pula atas alasan nak samakan harga.Biar adil.hehe.Sangat tidak logik.Sebab saya pun pakai RON 95.Memang rase nak matilah kalau yang ni pun naik(cara cerita ni macam selalu kehulu kehilir bawak kereta pulak).

    dah macam alat pembunuh dah minyak ni..
    p/s:agak2 kalau ade orang bunuh diri sebab minyak naik,uncle Najib turunkan balik tak?
    :: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

    2 Selamat Tahun Baru



    hah?Lambat?ye lah,saya lambat.hehehe.Maaflah kalau lambat sangat nak mengucapkan selamat Tahun Baru 2011.Belakangan ni banyak kerjalah.hehe.kerja ape pun tak berapa nak pasti sebenarnya.

    Jadi,dalam awal tahun baru ni(lewat 3 hari) nak buat beberapa perubahanlah.(Asyik-asyik pasang azam baru kan?Azam lama pun tak setel lagi).Alah,biarlah nak tambah sikit je.Tahun ni harap dapat beli laptop ngan kamera baru :-).hahaha.ni je tambahan utk azam tahun ni bagi mengantikan beberapa azam tahun lepas yang dah setel.

    Dan sempena tahun baru ni,korang perasan yang saya dah tukar background baru??hehehe.memang simple je.sebab ni je kemampuan saya.Cuti midbreak saya habis disebabkan nak setelkan benda alah ni.Itupun tak menyempat nak buat blog header baru.Tengoklah kalau ade kesempatan nanti.Perasan tak perubahan lain??Ya!saya menggunakan perkataan saya bagi menggantikan aku.Bukan ape,bila bace balik belog ni baru perasan yang readers kita adalah dari semua lapisan masyarakat.Jadi,tak berapa comellah kalau pakai aku kan?Cuma  nampak wierd sikitlah bila pakai saya ni.Bila baca ade rasa macam belog wanita pulak :-)hehehe.Dah kalau tak pakai saya nak pakai ape lagi ek?apai?

    nanti jadi macam ni ; Hari ni apai nak share satu story..bla..bla..bla..apai rasekan..bla..bla..Lagi pelik !! hahaha.jadi buat masa ni biar saya je kot dulu.Ape-ape pun biarlah tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya.insyaALLAH. :-)



    :: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

     

    Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
    Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes