1 Review | Ombak Rindu



Hari ni dah masuk hari keempat tayangan cerita Ombak Rindu. Aku dah tengok dua hari lepas dah tapi baru sempat nak buat review. Bila search kat google pun dah berderet - deret review movie ni. Takpe, disebakan kesemangatan dan kerajinan yang ada pada malam ni. Aku nak review jugak. Untuk sinopsis, aku rasa ramai yang dah tau and kalau belum tahu baik tak payah ambil tau sebab nanti tak surprise. macam Mila@Lisa cakap surprise.surprise.surprise! hehehe.

Kelebihan Cerita :
  1. lagu-lagu dan muzik yang dimainkan dalam setiap babak sangat sesuai dengan suasana scene tersebut yang boleh buat orang feeling2 lebih pastu leleh.Sebab tu aku suggest kalau 'pakwe2 kacak belaka tapi dalam hati ada taman' nak tengok baik jgn bawak makwe korang. Nanti takut tak tahan. HAHA
  2. Pemilihan pelakon dan watak sangat Umph sebab bagi aku diorang punye lakonan memang hebat lah. Aaron aziz yang pegang watak hitam pada awal cerita boleh buat aku meluat gak la tengok mamat ni. Bila dia bengang tu memang nampak tgh bengang betullah. Lisa Surihani yang pegang watak 'jahat sikit' sangat superb bila dia marah kawan baik dia yang 'ditangkap' sedang berpelukan dengan Aaron. nampak natural la Lisa. Maya Karin yang pegang watak baik mulanya aku rasa macam tak sesuai tapi not bad bila tengok dia jadi inoncent gegirl dari kampung. Sian je aku tengok dia. Heh.
  3. Pelakon-pelakon lain macam Bront pulak timbulkan suasana yang kelakar dalam cerita. Azizah Mahzan sebagai 'ibu zaman dulu' sebab sibuk tentukan jodoh anak dia. Perangai mengada-ada dia sangat jadik utk membuatkan aku benci tengok muka dia. Zaidi Omar yang 'pandai membawa kita ke zaman lampau' bila dia rewind satu situasi bila sahabat dia merayu minta bagi anak dia kat sahabat dia ni sebab isteri sahabat dia ni kematian anak masa bersalin.
  4. Satu benda yang aku suka bila tengok movies 'bukan thriller and action' ni sebab tempat2 dia shoot sangat cantik. Macam dalam lagenda budak setan and Nur Kasih, Ombak rindu banyak ambil scene di sawah, kampung, ladang teh dan Pantai. Lepas tu dengan scene matahari terbenam. Wow. bak kata orang seni, sinematografi dia hebat. memang gilalah kalau orang yang minat photography tengok. aku dah start kumpul duit ni nak pergi holiday kat pulau. Hehehe.
  5. Selalunya aku nampak cerita melayu ni kalau dalam scene sedih tu akan sedih memanjang, bila happy pula akan happy sampai habis scene tu. Tapi dalam cerita ni dia ada dua situasi dalam satu scene. Contoh masa aaron jumpa bront and mintak tolong bawak jumpa maya karin. Punya dah feeling rasa bersalah sedih2 bagai. Pastu masuk situasi kelakar bila bront suruh bonceng motor dia. Aaron naik motor macam tak ikhlas jek. Jaranglah dalam citer melayu dia masukkan dua situasi dalam satu scene. Selalu cerita omputeh je ada macam dalam harry potter and etc.
  6. markah yg aku bagi 4/5 lah.
Kelemahan Cerita
  1. Jalan cerita bagi aku agak clise macam mak paksa kahwin, perempuan kampung yang dianiaya dan orang kaya yang bongkak pastu jadi baika atas dasar cinta.
  2. Kawan aku yang dah baca novel kata banyak scene yang penting dalam novel takde dalam cerita lalu membuatkan dia kata jalannya agak slow. *aku pun tahu part mana sbb ak tak baca novel.
  3. Scene-scene peluk and 'letak kepala kat leher' tu tak perlu rasanya tapi scene maya baca yaasin patut diberi pujian. boleh upgrade lagi tajwid eh. hehe.
  4. aku pelik sebab selalunya bila kena kahwin paksa, si suami akan tidur tempat lain2 ngan isteri macam dalam nora elena and Nur kasih bersiri. tapi dalam ombak rindu ni boleh plak sekatil siap peluk walaupun muka aaron menggambarkan yang dia tak suka buat benda tu. Patut tak payah tunjuk scene nih. ganti je dgn scene lain yg lebih unik utk tonjolkan kerinduan aaron kat maya. - cewah kau apai.komen macam power melampau2.
  5. Ramai yang perasan lampu kereta yang terbuka dikala matahari memacak. Aku tak tahu apa motif eh tapi ada yang kata sebab nak tunjuk no plat kereta aaron. aku no komen.
  6. Scene pendedahan rahsia sebenar asal usul aaron sangatlah sekejap dan rushing seolah2 pita rakaman dah nak habis. Ianya baik tapi macam impossible sikit dalam realiti. Mungkin boleh fikir idea pendedahan yang lebih baik kot.
Benda-Benda lain
  1. Rambut Lisa sangat kelakar masa dia datang airport.
  2. Perut Aaron Aziz nampak buncit. hehehe.
  3. Berita yang dipaparkan kat televisyen masa Mila ditemuramah sangat teruk. Pemberita dan jurukamera seolah-olah tak pernah ambil kursus kewartawanan. posisi video tu sangat teruk dan tak lawa. Walaupun berita tu hanya sekadar berita dalam movie tapi lebih baik kalau dia buat ala-ala melodi ker. Baru nampak real.
  4. Scene rokok patut tak payah. Ni bukan KL gangster. hehehe. Ramai makcik2 yg tonton cerita ni bawak anak2 kecik. takut terpengaruh nanti.
akhir kata, semua ni sekadar pandangan aku jek. Sejujurnya aku tak dapat bagi 100% tumpuan masa menonton sebab masa 40% cerita ni dah berjalan, henset aku jatuh bawah kerusi. aku macam - 'eh mane henset aku ni? kena curi ke? ' sampai cerita tu habis. Bengang dan rasa macam kena tonton balik lagi sekali. HAHAHA

p/s ; dah banyak novel cinta diadaptasikan jadi filem dan drama. Tengah tunggu novel thriller pulak diadaptasi jadi filem. Aku cadangkan novel Ramli Awang Murshid. memang superb !

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

4 Filem Melayu | Masalah 'porn ringan' yang tak pernah selesai


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni aku suka nak share sikit pandangan pasal sebuah cerita yang akan ditayangkan esok - Ombak Rindu. Lepas maghrib tadi aku online kejap dok usha2 kat Fb kalau - kalau ada benda bagus. Then aku terbaca satu link bertajuk "Maya Karin gementar beraksi ranjang". Pastu ade lak orang komen marah2 kat bawahnyer. Aku pun usha2 la ape yang silap nyer. sekali aku terbaca :
"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.
Tengok tu, dah buat dosa pun cakap Alhamdulillah. Alahai kakak kita ni. Kalau nak tunjuk diri tu ingat tuhan, agak-agaklah.Siap boleh kata 'terus terang saya ingin lakukan'. Kemonlah kak. Aku mula-mula memang lah tertarik ingatkan nak tengok kakak maya ni bertudung. Sekali, dah macam movie 'ayat-ayat cinta' pulak. Sebelum kahwin kemain tutup sume siap bepurdah tapi lepas kahwin tunjuk sume. Inilah masalahnya bila ber'tuhan'kan director tuh.

Lepas tuh dia buat aksi tu dengan aaron aziz lak. Aduh, gua dah start tengok cerita lu bro. ni tetiba pulak berlakon aksi2 ni. Hilang minat gua. Sumpah gua cakap, kalau anak lu dah besar nanti. mesti dia malu tengok bapak dia 'berlakon' dengan perempuan lain. Kakak diyana tak marah ke bang? sesetengah die-Hard-fans aaron mesti cakap "biarlah dia,dah director suruh" atau "weh, kubur lain2 bro" atau "tak boleh ke tegur elok2 sikit. nak ber 'gua-lu' pulak." .. Sorry, but the point is salah tetap salah. Kita sama islam. Kenalah tegur. Walaupun kau minat giler vavi sekalipun tapi jangan butakan mata tu bila kita nampak kesalahannya. 'Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang membenarkan semua perbuatan kita walaupun ianya salah' - nanti ada pulak yang sound aku kata "sejak bila kau ngan aaron and maya jadi sahabat lak ni?"

Cerita -cerita melayu ni kalau bab - bab ranjang seks bagai ni nak aje kau tunjuk dari mula sampailah ke habis walaupun motif scene tu hanya satu - dia buat seks. Kau tengok je cerita 'klip 3GP' tu. aku tak tengok lagi. tapi bila aku search trailer movie tu kat youtube. macam ternampak lak aksi porn.HAHA. pastu kau usha list movie yg direcommend oleh youtube kat belah kiri atas tuh.tak caye? meh tengok printscreen.

kelik gambar untuk tumbesaran

nampak tak? aku baru je printscreen mase nak buat post ni. nampak sangat porn nyer. Yang aku pelik tu. Aksi ranjang yang hanya bawa satu motif(buat seks) tu nak tunjuk sepenuhnya tapi aksi solat and doa cuma amek part bagi salam lepas tu doa 2-3 ayat. Pastu habis. Patutnya kau tunjuk sikit pelakon tu baca surah Al-Baqarah ke.Luqman ke.tak yah la buat dari awal sampai habis. kurang2 lima ayat. So, nak taknak pelakon tu kena hafal jugak kan? kerja katanya. Pastu kan pelakon ni kan suka feel masa berlakon. So, buat kelas tarannum sikit dengan ustaz-ustaz ni kasi bila baca tu sedap didengar macam syeikh Masyari Rashid sampai orang nak download bacaan Quran version kau kat 4shared nanti. Barulah semua dapat pahala. bukan gaji dunia je dapat. gaji akhirat sekali kau dapat.

Kesimpulannya, aku bukanlah kata Maya and Aaron je salah dalam hal ni. Tapi ramai lagi artis yang dah buat aksi-aksi macam ni. Director pun kenalah faham. Kita islam, pelakon pun islam, majoriti yang tengok pun mungkin islam. Jadi, buatlah scene-scene yang diterima islam. Aku ambil satu contoh movie cinta yang terapkan islam - Ketika Cinta bertasbih. aku tengok pelakon dia yang pakai tudung tuh dari awal sampai akhir. Bila lepas kahwin tu dia nak bagitau yang dia nak bersetubuh tapi takde pulak dia tunjuk scene tu dari awal sampai habis but the message yg dia nak 'buat' tu sampai. Why not kita tiru benda tu. Aku bukan nak kata aku tak support cerita melayu. Aku tengok Filem2 melayu. Aku dah plan pun nak tengok Ombak rindu ni. Tapi tak cantiklah kalau tengah sedap2 tengok tetiba lak kene tutup mata dengan tangan (macam buat je). hehe. aku nak bawak adik aku tengok pun dah tak boleh sebab sangat tak sesuai. takkan nak tengok 'puss in boots' ngan 'tin tin' pulak. tak support filem melayu la camtu. Kau nak suruh aku tengok cerita toyol yg sesuai dengan budak2 tu? aku rasa ade gak scene perempuan terlucut tuala beliau. Sesuai ke? Kita marah bila kes buang bayi meningkat sedangkan kita tak sedar puncanya adalah dari kita sendiri - scene porn ringan2 yang mudah didapati dalam cerita melayu.

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?" (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!" Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" (Surah Yunus ayat 31)

Sekian, Terima Kasih. Komen membina amat diperlukan. sekadar pendapat.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Hadiah Yang Hilang


Selalunya bila korang sambut birthday, parent korang bagi hadiah tak? Setiap kali aku punya birthday. Selalunya parent aku akna belikan hadiah jam tangan sebab jam aku akan rosak atau hilang menjelang birthday. Cuma jam sebelum ni jek tahan setahun lebih sikit sebelum hilang. Then, untuk birthday kali ni my dad belikan jam tangan besi. Kira first time la pakai jam tangan besi ni. Cantik dan lawa lah jam besi tersebut. Malangnya, jam tu hilang lepas sebulan lebih pakai. Tempat hilang pun tak dapat dipastikan. Aku target kat surau rumah kawan aku sampai sanggup pergi sana jumpa orang surau tanye kot – kot ade yang terjumpa. Tapi takde sorang pun yang jumpa. Pelik jugak, takkanlah kat surau pun orang nak curi. Kan?

Maka, demi untuk tidak mengecil hatikan bapak aku. Aku dengan akak aku pergi mencari jam yang sama di kedai2 jam seluruh negeri sembilan. Hehehe. Padahal kat Seremban dengan Senawang jek. Akhirnya jumpa jugak dengan jam aku tu. Nasib baik aku punya jam tu kedai tu buat promotion. Kira harga dia less RM100 la. Pusing 2 – 3 kali kat kedai jam tuh. Pastu siap sempat cerita kisah jam birthday yg hilang dalam sebulan lebih ni kat kakak kedai tu. Bajet dapat lagi kurang RM100 tapi dia kata “nett price la. Bos tak kasi kurang lagi”. Tahi betul. Buat penat je cerita. Setelah berbincang dengan kakak aku. Kakak aku sempat lagi menelepon kawan dia yang mempunyai makcik yang boleh tengokkan barang yang hilang. Namun apakan daya apabila kawan dia kata kene buat nanti sebab makcik dia buzy.

Aku pun terus pergi bank, keluarkan duit dan bayar. Transaksi yang tak sampai 20 minit. Ni first time keluar duit banyak2 dan pakai tak sampai 20 minit. Arghh!!! Sumpah tertekan. Kalau korang kene agaknyer cane lah kan. Ni kira nasib baiklah aku kerja dengan bapak aku. Adalah simpanan sikit. Baru ingat nak pakai untuk holiday kat sabah ker. Hahahaha. Takpe. Demi menjaga hati bapak ku. Aku sanggup menghabiskan duit simpananku. Ceh, ayat macam tak ikhlas. Memang pun tak brape nak ikhlas sebenarnya. Pengajaran hari ni, jagalah barang – barang korang dengan baik. Jangan asyik lupa dan hilangkan macam aku ni sebab sebelum jam aku yg hilang ni ‘hilang selamanya’, dia pernah ‘hilang tapi jumpa’ dalam banyak kali jugak. Tapi orang – orang kat sutrau tu semua jujur. Surau UIA lah katakan :)
sayang parents punya pasal. Duit beratus pun aku tak kesah.ceh.


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Real Steel | Bila Wolverine jadi bapak

Salam . . ok . terlambat la kalau nak panggil benda ni review movie sbb cerita ni dah lama keluar . Hari tu baru dapat tgk dengan member . tu pun kene lah tunggu sampai 2 jam baru dapat tengok . hehehe . Tapi tak pernah menyesal pun sebab sangat berbaloi . rasa macam nak tgk lagi jek . hahaha . nak komen jugak . Bagi aku cerita ni full dengan banyak benda and takde pun scene yg dull . ade nilai kekeluargaan, cinta, and gaduh2 . tapi comel sikit bila tgk wolverine jadik bapak . kelakar . bapak ngan anak perangai sama jek .


tapi yg paling best scene robot gaduh-gaduh . fuh ! best wo . . nnt ada scene anak dia menari dengan robot . aku ingat si wolverine ni nak menari sama macam kat dalam iklan lipton tu . tapi tade plak . hahaha . kalau ade mesti lagi best :)

bagi yang belum tengok tu sila la cari masa2 kosong tgk kat wayang sementara masih ditayangkan . kalau tengok kat laptop tak best sbb sound dia mesti kureng sikit . mekasih .
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Wordless Wednesday #3 | Forget


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

12 Segmen | CINTA SIBER OH



Morning semua. .  Dah lama tak join segmen dari Bro Ben ni . . So, hari ni rasa bersemangat pulakkan. Tengok tajuklah kan?? menggedik je kau dengan cintan-cintan ni *kat blog kepada si penulis.


Pagi ni cuma nak share pendapat aku pada cinta siber ni . . Ingat ! Pendapat saje yek . jangan korang tak puas hati lepas tu bom aku pulak yek . Kita terus je ke soalan ;


1. Kelebihan Cinta Siber
 Banyak ker ? 1, 2, 3, 4, eh . . . berjuta-juta lemon. hahahaha. Bagi aku cinta siber ni bagus sebab ko boleh amek bakal isteri jauh2. Contoh macam aku dengan Emma Watson kan. Kalau takde friendster, tak dapat aku nak kenal dengan dia. hahaha (ade ke yg pakai frenster lagi?) Kalau yang suka rumah mak mertua jauh2 dari kampung halaman tu pun boleh la carik kat internet kan. Macam aku yang nak kahwin ngan orang terengganu, susah nak carik kat sekitar KL. Jadi, aku search je kat FB sesape yg lahir kat Ganu lepas tu add yg tade gambar sendiri2 dengan muncung tu tapi gambar dengan kengkawan jek *pemalu la kot. pastu dia tag diri dia la sbb nak bgtau aku dia yg mana satu kan.ohhh suwitnyerrrr :) nak kahwin nak kawhin . . Oh Gedik !

2. Kelemahan Cinta Siber
Kelemahan lagi banyak rasanya sebab dalam cinta siber ni. Penipuan identiti boleh berlaku. Yang tak berapa nak cantik jadi cantik. Yang gemok jadi kurus. Yang laki jadi perempuan. Silap-silap hari bulan kau ingat nak date perempuan cantik tapi yg datang lelaki gay yg psycho. Nahas kau! hahahaha. Ditambah lagi dengan teknik editing photoshop yang melampau-lampau gempaknya. memang kene tipu hidup-hidup lah kan. Ada lagi yang kononnya single tapi bila date kene serang dengan prada bini mereka. hahaha. Yang bajet kaya tu tak tahan lah. Letak gambar rumah banglo besar-besar siap kolam lagi. Pastu ruang tamu chantek dengan sofa kulit harimau bagai. Sekali gambar banglo tu cilok kat uncle google je. yang gambar sofa2 tu sume amek kat dalam rumah banglo contoh untuk dijual. hahahaha. tujuan mewah2 pun cuma nak carik patner yg kaya2 jek. nak kasi kikis duit dia. memang kow la sape yg jd mangsa tu.


Kesimpulannya, kebaikan dan keburukan ni bergantung kepada kita. Kalau kita berkelakuan baik dan jujur. Kemudian kita cari pun yang baik2. Maka benda ni akan jadi baik. Kalau dah kau menipu jadi lelaki kaya. Kau attack perempuan kaya. Jumpa2 jek rupa-rupa dua-dua nak mengikis. hahaha. Kalau kau edit jadi hensem. Kau carik perempuan cantek. Bila jumpa je rupa-rupa dua-dua pakar edit gambar peringkat dunia rupanya.dah Kantoi ! Jadilah seperti aku dan Emma Watson. Jujur. Tengok. Kitorang bahgia sekarang. muaahahahaha ;)
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Cara baru guru tanda buku pelajar

Salam Jumaat untuk semua pembaca . Hari ni aku nak ajak kita mengimbau zaman dulu - dulu masa sekolah rendah . Cikgu2 selalu cakap "Kalau awak siap kerja saya bagi sticker good.Kumpul banyak2.Saya bagi hadiah kepada siapa yg paling banyak dapat hujung tahun ni." . Selain tu , ade jugak sticker excellent , mickey mouse , pooh and banyak lagi yg comel2 . So, memasing akan kumpul banyak2 sbb nak dapat hadiah . Tapi aktiviti mengumpul ni banyak disertai oleh budak2 perempuan aje sbb sticker tu hanya sesuai utk 'gegirl' saja . lainlah kalo letak sticker batman ke , spiderman ke or superman . Barulah boleh minat sikit . 

ni contoh sticker 'gegirl' tu :P

Namun demi menjimatkan kos pembelian sticker , cikgu2 ni tak perlulah nak beli sampai dua jenis sticker . Mereka upgrade kepada penggunaan cop 'good' , 'excellent' atau gambar 'thumb up' tu . Tapi dah tak cantik so lagi ramai yg dah tak berminat . Oleh sebab ramai kanak2 ribena dah didedahkan dengan facebook . Jadi , satu inisiatif baru diambil untuk menggantikan sticker dan cop tu . . nak tau ape ?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


So , amacam ? kreatif tak ?  hahahaha . untuk tempahan boleh tanya . . . . . ade ker jual benda ni ?

source picture : facebook & google


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Wordless Wednesday #2



hahahaha . Alhamdulillah aku tak pernah menangis lagi :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak

nanti kawen nak amek gambar camni la . . haha . gedik :)
  
Asyik – asyik nak story pasal kahwin – kahwin ek . . hahaha . . Sebenarnya persoalan ni memang timbul lama dalam otak aku . yelah , nanti kita akan kahwin dengan seorang yang kita memang sayang then bila mati nanti camne ? ape hubungan kita dengan pasangan kita bila kat akhirat nanti ? apa fungsi bidadari ? Kalau bidadari lagi cantik , nak pilih isteri atau bidadari untuk jadi peneman hidup kita kat akhirat nanti . . dan ini jawapan yang aku dapat . . tapi semua kelebihan ni hanya untuk yang masuk syurga ye . Jadi banyakkanlah amalan kita .
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'
Sampai sekarang timbul persoalan lain . Macam mana pula kalau lelaki yang kahwin banyak ? banyaklah bidadarinya ye :)


p/s : nak letak gambar tapi macam ade masalah nak upload . korang pon same ek ?

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Wordless Wednesday : Waiting

Wordless Wednesday pertama . . taktau nak buat camne . orang kata letak gambar aje . so, aku pun buat la camni . kalau salah tolong betulkan . mekasih mekasih :)


 Masih menunggu tulang rusuk kiri . cewahh . nak muntah baca :P

pic source : raquelavis


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Fenomena Couple Muda

Selamat Malam semua . . Pernah dengar tak nasihat orang tua-tua . . "kahwin mudalah senang.Jauh dari zina" . Sekarang ni pun dah ramai remaja-remaja sebaya aku yang dah kahwin.SEBAYA ok.hahaha.Mean aku pun dah boleh lah ni.Haritu ade jugak open citer kat table makan pasal kursus kahwin and stuff about mariage ni saje nak bg hint kat my parents.Harap sangat diorang tanya "Nak kahwin sangat ke?" sebab aku nak jawab "a'ah.Boleh?" hahaha. Tak salahkan? nak elak zina katanya. Sapelah yg aku nak pi pinang nnt ek.heh. tapi..tapi..tapi.. my parents wat derk jek. Aku pun pernah citer pasal kawan aku dah tunang. ade yang dah kahwin. tapi camtu jelah. Borak sendirian.

Tapi budak2 sekarang ni mane main kahwin muda. Banyak alasan diorang. Ni  aku tuliskan beberapa alasan. "Ko yakin ke pempuan yg ko pinang tu jodoh kau?Mane tau jumpa lagi umph ke?" . . "Kalau kahwin awal, camne ko nak belajar.Susah nnt dah ade anak.Baik kapel jek.bayar duit makan bila dating jek" . . "orang laki afdal kahwin lambat.umur 30 ke.cari duit dulu utk keluarga.enjoy dulu sebelum kahwin" . . and etc . etc . .

Maka , wujudlah satu term baru iaitu 'couple muda' . Memang fitrah manusia ni suka nak berkasih-kasih bagai ni. pegang-pegang tangan . pastu keluar makan sesama . gelak-gelak . jadi crying shoulder and sebagainya . best kan ? teringin nak rasa main calling2 ni. pastu cakap rindulah , i love u lah, i miss u la. tapi entahlah . belum berani . baru je nak kapel aku dah terpikir camne aku nak sara minah sorang ni kalau dah pakai beg pun nak dekat seratus. muka tu lawa memang lawa tapi kalau dah kahwin nanti mampukah ? hahaha . Tu yg sampai sekarang cari wanita melayu kampung terakhir . cewah .

Ok . aku cuma nak mengulas beberapa situasi yg aku nampak yg buat aku terfikir pasal term couple muda ni. Situasi 'muda' ni ak tuju kat bebudak sekolah lagi sbb diorg tak SPM lagi *ade kaitan tak? hahaha . tp kekadang benda ni jadik jugak kepada kita yg tak berapa nak tua ni . Selalunya bila berkapel muda2 ni kita tak pikir panjang . Macam-macam kita buat sampai tak dapat beza mana dosa mana pahala . Tu yang pernah wujud kes budak 15 tahun kena tangkap khalwat and bila ditanya 'sudah ke belum ?' Dia kata dah. MasyaALLAH . Untuk permulaan bait-bait couple muda ni kita dah boleh tengok kat fb sebab adalah satu kebanggaan bagi seseorang utk bgtau yg ' i'm taken ' kat fb ni .

First yang declare kapel tu . . Aku pernah nampak ade sorang budak form 2 ni declare kapel ngan sorang pempuan ni . Bangga lah kot . heh . kawan-kawan pulak suppport dari belakang . kate wow and great bla . bla . etc . Masalahnya aku kenal dengan budak ni , diri sendiri pun tak terurus sbb aku tggal serumah dengan dia kan. then, boleh pulak declare2 bagai. ingat cinta ni main pondok-pondok mase baru lahir tu ke? kenapa aku kisah? sebab dia adik aku.hahaha.Kita ni kalau kecik tu buat cara budak kecik. Tak perlulah nak berlagak terlebih matang dgn buat benda camni.Nak tengok camne declaration tu aku dah letak kat bawah sana.

Second, ni bukan adik aku. Bila kau dah declare . kau semakkan wall masing2 dengan kata2 cinta dan sayang kau tu . Sedar tak sebenarnya kita ni dah menyemakkan home page fb kengkawan kita dengan kata-kata sayang kita tu ? Ini secara tidak langsung menganiaya sahabat2 kita kat fb tu . Dah berdosa buat zina dari kata-kata pastu kita aniaya kawan kita pulak . Macam aku yg teraniaya ni .Penat nak berulang alik masuk toilet muntah2 baca every status mereka2 ni. hahaha . gurau jek . Kata-kata sayang and rindu ni adalah satu benda yg special yg kita akan cakap pd org2 tertentu saja. Kenapa perlu umumkan sbb nnt dah tak jadi special la kan #justwondering . Private message kan ada ? sms pun ade . BBM pun ade . ke bajet sangat sampai taknak keluar duit topup. Fb kan free . heh . Ni contoh kata2 sayang tu . no offence ye .



Finally, Kita ni kalau kapel muda2 kan , cepat boring . Mana taknye ,  hari2 cakap i love u , i miss u . pastu dah hilang idea nak buat ape lagi . nak pegang2 pun dah buat . So, kita clash sbb kita takde ikatan perkahwinan . Kalau clash tak menjejaskan agama bangsa dan negara pun . Then akan wujud satu situasi fb yang baru macam " wtf mamat ni? go to hell la! aku tak kesahlah kalau kau taknak aku! " , "aku cintakan kau.kenapa kau tak membalas cintaku wahai kekasihku" and "semalam merupakan hari gembira bersamamu namun hari ni aku terlalu kecewa kerana kau meninggalkan ku .Ya ALLAH , bantulah hambamu ini" . Siap berdoa lagi . Ni contoh printscreen (no offence) ;


Pastu akan wujud seorang lelaki lain yang akan mengkomen dan menjadi sangat prihatin dan situasi pertama (declaration) akan bermula semula dan kedua dan ketiga dan ulang balik first and rotate again and again . Finally , kita akan kahwin setelah rotation kedua atau ketiga (kadang2 lebih lagi) dan bila kita kahwin nanti kita akan melalui beberapa situasi yg agak tak best .

First , bayangkan masa kita kahwin tu ex BF or ex GF kita datang tengok . Tak ke malu sbb kita pernah cinta kat orang tu . Pastu ex kita tu cakap kat pasangan kita "lawalah husband/wife you ni" atau dia pandang kita sambil sengih2 . Dalam hati dia pun berkata " alahai , sian kat pasangan dia tu . aku dah pernah pegang tangan isteri/suami kau tu . tak payah kahwin pun dah pegang " .  hahahaha *evil laugh

Second , segala puji-pujian sayang and etc dari pasangan kita akan dianggap biasa dan tak istimewa sebab kita dah biasa dengar masa muda2 dulu . Dia panggil sayang pun kita dah rasa tak istimewa sebab kita dah pernah dipanggil sayang . Bila ajak dating2 tgk wayang sume sambil pegang tangan pun kita tak rasa dating tu special sbb kita dah pun pernah buat sebelum kahwin . dengan banyak orang lagi tu .

Maka jadilah perkahwinan korang tu satu yang dah kurang specialnya . . Ini cuma pendapat aku melalui pemerhatian beberapa subjek yang menjadi bahan kes aku . hehehe . tapi kalau dah first couple muda korang tu adalah isteri . . lain ceritanya kot . yang ni aku tak jumpe lagi subjek yg nak dibuat pemerhatian . Cuma aku yakin lagi best kalau first love kita adalah pasangan hidup kita selamanya dan aku yakin lebih bahagia perhubungan itu kalau kita bercinta lepas kahwin . Everything we do will be very special and we can do anything-touching,kissing and etc without consider it as sinful act :)

Sebelum off, aku nak share sekeping printscreen declaration aku dengan makwe aku ;


ok2.jangan jeles.fullstop.Jadi sama-samalah kita berdoa agar hubungan yg akan atau sedang kita lalui ini adalah hubungan yg diredhai.Nasihat utk yang muda-muda lagi ni, janganlah dok fikir nak berkapel sangat sedangkan hubungan kita ngan ALLAH pun main2 lagi, makan minum kita pun mak bapak byr lagi and masa depan pun tak terjamin lagi. Harap sangat takde yg terasa dgn post ni.Ini cuma pendapat.Sorry kalau ada yang terasa.Jangan takut utk berkahwin baru bercinta sbb ada yg kata "kita belum kenal betul2 perangai dia dah terus kahwin. Kalau kapel lepas tu tetiba tak berkenan takkan nak 'clash' kan". tapi kita kena ingat segala yg ditentukan oleh ALLAH itu sume ada hikmah dan kebaikannya.sekian :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Hazman Halid : Keyboardist & Engineer

Salam semua .. Lame ke tunggu aku nak post something kat belog berhabuk ni.Mekasihmekasih kepada sesape yang masih dtg jenguk2 kat belog aku ni walaupun tak berupdate.Straight to the point , sebelum tu melencong sikit.Korang nampak tak ruang komen kat bawah tu? yeay! sekarang dah boleh komen pakai akaun fb ler. maju tak? maju tak? hehehe. korang mesti tertanye tanye an. cecane? cecane? hahaha. korang boleh cek kat link INI .Kalo tak paham gak boleh la bertanya kepada penulis belog tersebut.sekian.

Kali ni memang betul-betul straight to the point.So, dengan rajinnya nak mempromote somebody yang memang dah ramai kut yang kenal.Sebelum tu ade sedikit peringatan buat readers yang tak minat and tak layan piano2 ni -> post ni utk mempromote muzik piano.kalau tak minat boleh tgk link story lain nun di bawah sana :)


Nama beliau Hazman Halid.Nama penuh aku taktau la.Seorang duda anak 3.Boleh tgk bukti bergambar diatas kalau tak caye.Selama ni ade jugak aku mendownload muzik2 yg dimainkan beliau kat youtube tapi tak pernah nak amek tau pun sape yg main.Dah 3-4 kali main muzik yg berbeza baru perasan pemainnyanya sama.Then, buat some research dengan menjenguk belog beliau pastu dapat link untuk senarai muzik beliau dan free utk didownload.Bak kata bro Hazman ni - Sharing is Caring ;)

Kejap lagi aku bagi link belog beliau dan link nak download muzik2 piano beliau. Yang bestnye beliau ni adelah software engineer and boleh main piano. Sape kata engineer tangan mesin? boleh je main piano/keyboard.hehehe. pasni aku nak cari engineer main violin pulak. ade ker?

Sekadar perkongsian ;

Link Belog Hazman Halid
Link Reverbnation (download & play lagu)

Yang lain-lain tu boleh carik sendiri.Nak mintak note, chord or ape kebenda lagi tuh boleh request sendiri kot.taktau boleh ke tak.Tapi rasanya request lagu tak dapek la (ak ade tgk kat fB beliau).Tu jek yg nak share.Bolehlah try dengar lagunya.Ade lagu jar of hearts :D

p/s : 2 soalan - keyboardist ngan pianist sama ke? and sekali tgk muka bro man ni macam abg Ben sikit kan ?

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Blogger Interface baru ?

Selamat Pagi semua !! Hari ni dah masuk raya keempat.Kejap je masa berlalu ek.Raya tu raya gak . . jangan kang penat sangat sampai jumaat pun kat atas katil.hehehe.So, pagi2 lagi aku dah on9 melihat cerita-cerita baru kat belog2 yg 'i follow' ni.Tetiba keluar pulak something yg tulis "Nak try blogger interface baru?more faster mordern and clean".macam kat bawah ni :


alahai,dah nama pun iklan.aku kelik la nak rase gane bentuk baru tu.Sekali keluar page putih2 takde kaler lain macam kat bawah ni . . 


Kelik gambar tu kalau tak nampak dengan jelas ye.Macam dull pulak aku tengok interface baru dia.Maybe kalau pengguna broadband and wifi kat U tu oklah kot sebab selalunya kalau kaler sikit ni.Dia load pun kejap jek bak kate org 'tak berat'.Aku rasa bila dah masuk balik U nnt baru nak tukar pd yg baru ni..Korang boleh try la kalau nak tgk lebih jelas.tatata.

p/s : tgh sedeyh ni sbb nuffnang bg BE tp aku tak prasan sampai terlepas 5 BE.pagi tadi satu-satunye BE yg tinggal pun dah habis tempoh eh.Collection cuma 40 sen saje <---sape suh tak update.dem.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Selamat Hari Raya Semua !

Kenapa la Hari Raya tak jatuh hari Rabu.Senang sikit.Boleh buat wordless wednesday..ngeh2.padahal seblom ni pon tak pernah buat benda alah tu.Tetiba kau ngade2 nak buat pehal.hehehe.

So, post kali ni just nak tepek kan kad Raya yang aku buat sendiri ni . . Baca boleh . Kalau nak amek sila letak kredit tapi aku rasa korang takkan amek sebab kat bawah tu dah ade nama aku.hahaha.

kelik gambar utk tumbesaran :)

So , korang maafkan tak ni ? Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan kepada kita.Amin..

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Happy Birthday !

Post lambat 6 hari - last six days was my birthday.yeah,i'm 19 now ^_^ . . and tetiba saje excited campur ngengade nak hide birthday kat fb tu sbb nak usha berape ramai kawan yg ingat my birthday..mase show dulu,kemain berjuta-juta lemon yg wish (bangga)..tapi just want to test who remembered my b'day or at least put it on their planner..of course ak tak harap berjuta lemon tu bubuh kat planner diorang.hot sangat ke aku sampai sume nak kene ingat kan?cuma aku nak a few yg mmg close ngan aku sejak sekolah dulu.alah,korang mesti kata - it's just a birthday,who care?.--> i am.Then, kengkawan yg ak tggu2 tu pun wish..ade jugak kawan2 lain yg ingat (lebih bangga dari dulu).. :D

kat sini nak share beberapa printscreen dari fb kesayangan ku.



yang atas tu askar , yg bawah askar tu doctor-to-be :)

siap lagu korea lagi :)

kalo ngan shyda ni tak habes2 argue pasal berat badan

sebenarnya ade satu lagi kat dalam twitter.ni hah..

wish dari budak uk..siap sempat promote photoshoot lagi :)

sms pun ade jugak.tapi henset nokia 'throwdog' aku tu tak boleh nk printscreen.hahaha.So,thanks kepada yg meng'sms' tu..Yang paling best my parents la.aku duduk kat bilik depan bilik mereka je tapi nak jugak send message tu..hahaha.kiut2.

Special thanks to Fazreen Ibrahim sebab bagi kek 'cokelat indulgence' untuk santapan berbuka.sedaaaaappppp :)

and peringatan terakhir,kepada sesaper yg nak bagi hadiah tapi takut sbb terambat.aku tak kisah pun lambat ke tak.bagi je :) <---hadiah kan.sape tanak :P

p/s : dalam buku teks sejarah menengah atas ade mention satu event penting dalam sejarah islam which happened on 6 august.sape tau event tu please...do comment :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Persamaan si Tudung dan Topi Keledar

Pakai tudung ini seperti pakai topi keledar..

Benarkah?

Ya. Topi keledar menjaga keselamatan nyawa. Tudung pula menjaga keselamatan akhlak.

Benarkah? Kalau begitu mengapa mereka yang bertudung masih tidak dapat menjaga akhlak?

Seperti topi keledar juga, Ada keadaan tertentu yang topi keledar tidak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya. Pelumba haram, pemandu laju, pemandu cuai..Semuanya memakai topi keledar tetapi itu tidak dapat menyelamatkan nyawanya.

Maksudnya?

Ada yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar. Antaranya memandu berhati-hati. jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya dan sebagainya. Kaitannya dengan tudung, bertudung sahaja tidak cukup bahkan tingkahnya laku tidak liar, pergaulan terkawal, pandangan mata juga sentiasa dikawal. Sekiranya tidak , bertudung tidak mampu menjaga maruah dan akhlak.

Sekiranya begitu, di mana kelebihan bertudung?

Seperti topi keledar juga, ia memberi pelindungan sebab macam mana pun kita berhati-hati, mematuhi undang-undang kekadang berlaku juga kemalangan yang bukan disebabkan kecuaian sendiri tetapi kecuaian orang lain. Waktu itu siapa yang bertopi keledar, maka kuranglah sikit risikonya.

Tetapi tudung sekarang pelbagai fesyen?

Macam topi keledar juga. Ada macam-macam. Ada yang mengikut piawaian keselamatan. Ada yang tidak. Kekadang gaya sahaja yang lebih, bahannya rapuh. Yang malangnya, topi keledar sudah baik tetapi cara pakai pula tidak kena. Tali dibiarkan longgar dan main sangkut-sangkut sahaja.

Kaitannya?

Pakai tudung dan tutup aurat ini dua perkara berbeza. Ramai bertudung tetapi tidak menutup aurat. Tutup aurat ada konsep dan falsafahnya. Ia dibuat atas dasar iman dan cara perlaksanaan mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak. Tapi pakai tudung ini macam-macam. Mungkin niatnya mahu 'glamour', mahu cantik dan bergaya.

Jadi salahkah bertudung mahu cantik? Islam itu indah bukan?

Tidak salah tetapi yang utamanya adalah kerana Allah. Atas dasar iman. Kemudian dibuat mengikut syariat. Mana patut ditutup, maka ditutup. Labuhnya dan singkatnya mesti menepati kehendak syariat. Dengan itu barulah maruah wanita itu terpelihara. Dan InsyaAllah selamat dari gangguan!.

Tapi kadangkala orang bertudung menghina orang tidak bertudung?

Orang bertudung mugkin boleh menghina orang tidak bertudung. Tetapi orang yang menutup aurat, jika dia benar-benar menghayati konsep menutup aurat, dia tidak akan sekali-kali memandang hina orang yang tidak bertudung.

Bagaimana pula orang yang tidak bertudung akhlaknya lebih baik daripada yang bertudung?

Ia umpama orang yang memandu dengan hemat dan cermat, tetapi tidak memakai topi keledar!
___________________________
Aku copy petikan ni dari facebook.Di 'post' di wall kelab debat.Aku tertarik dengan perumpamaan yg dibawakan macam helmet dan tudung.Helmet menyelamatkan nyawa dan tudung menyelamatkan akhlak.Yang bertudung tapi akhlak tak betul tu sama dengan memakai helmet tapi nyawa terancam.Puncanya ? cara  pemakaian yg tak sempurna.Sekadar renungan untuk semua di bulan ramadhan.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 : i will miss you

Morning !!! Semalam aku dah tengok Harry Potter Part 2 ni.Overall, u all must watch this movie.For HP fans, please make sure u have tissues in ur bag.Yeah ,i cried.not much.just 5 times.heh.Ok, start with the review.I'm not giving u the synopsis because it will make the movie predictable.*although u have read the book.



start mode melayu balik.Ni aku kasi poster dia.Semalam aku tengook yang 3D punye.aku book hari isnin utk tgk movie hari jumaat.Bapak excited.Peduli ape aku.yg penting dapat seat baik punyer.Lepas ni kalau ade movie best lg,boleh la aku book dulu..baru belajar hari tu and HP part 2 ni is my first experiment.heh.

Dalam movie ni banyak giler action sihir sana sini.Tembak sana tembak sini.letup sana letup sini.Jauh lebih banyak dari cerita sebelum2 ni.Scene dia pun full dgn sedih, saspen dan humor.Time2 saspen pun boleh nak buat kelakar lagi.haha.Nnt korang akan perasan bila tgk sendiri.Tengah feel tgk dia nk pertahankan sekolah.tetiba sempat lagi nak buat kelakar.Kemudian, yang akan membuatkan ramai penonton especially die-hard-fans HP ni adalah bila scene orang2 penting dalam hidup harry,ron dan hermione mati.Bagi yg dah baca novel dah tau kan sape yg mati tapi mesti tak dapat bygkan scene tu.So, bila tgk movie dia.korang akan tau.Sumpah sedih gila.

Cerita last ni jugak yang akan bongkar semua rahsia snape.Baru kita tau sape sebenarnya snape tu.Sedih jugaklah bila tengok cerita snape tu.yeah,the very brave man-severus snape.Yang aku paling tunggu adalah scene 19 years later.i thought dia akan amek mana2 pelakon dewasa yg muka lebih kurang jek utk ganti Harry, Ron and Hermione mcm yg cerita2 melayu buat -Nur Kasih.tapi watak Harry and the gang time besar memang sebijik mereka.Nak tau sape?pergi tengok sendiri.hahaha.Anak2 diorang pun comel and lawa.

Akhirnya, aku bagi 10/10.Cerita ni akan lebih sedap kalau dia buat scene voldermort mati tu lebih sentimental sikit.baru mcm wow!!hahaha.tapi yang ada sekarang ni pun ok dah.Untuk pengetahuan, mak Ron memang hebat.Dia 'BooooM' bellatrix Lestrange.Kenal tak Makcik Lestrange ni?nak tau pergi tengok.

aku sangat sedih sebab lepas ni dah takda harry potter lagi dah.Macam tak caya je lepas keluar pawagam semalam.cuma jd kenangan je la.So, i hope emma watson and the gang belakon cerita lain banyak2.*kenapa tetiba emma watson and the gang and bukan harry? Senang aku nak tgk korang.hehehe.love u all.really good ending.*cakap mcm diorg baca je blog aku ni.

apai ; lepas habis cerita semalam ramai gila tepuk tangan.termasuk aku.Better tgk 3D sbb bila korang leleh,org len tak prasan sbb ad cermin mata.haha.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 Terima Kasih Dear Haffiz !

Hai semua...Sekadar post pendek aje untuk mengucapkan bebanyak terima kasih kat DEAR HAFFIZ sebab bagi aku hadiah t-shirt Domo.Ingat tak aku ade post pasal Giveaway tu kat sini.So,beberapa hari yg lepas..tapi bukan semalam.dan bukan semalam kepada semalam.tapi dah lama.hahaha.nak menunjukkan betapa berkurunnya aku tak mengupdate belog ni.Aku usha2 senarai pemenang..eh,tetiba ade lah gambar header aku yg 'baru' ni.pastu kat atas nyer link belog aku. :D

Gumbira tak terkata.Mesti aku nampak comel bila pakai baju tu.Jangan tetiba ter'fit' sudah.almaklumlah , sekarang ni tengah kerja menternak lemak.hehehe.kat sini nak share printscreen dia.


alhamdulillah . . aku rasa korg dah follow kot belog DEAR HAFFIZ ni..tapi kalo tak follow and taktau ape rupa blog dia..meh kelik sini.Belog si haffiz ni selalu update.follower pun dah lebih 1000.Ade banyak part macam masak2 , personal life dia , album2 baru , video klip and banyak lagi.jenguklah ye.berbaloi-baloi.lagi sekali , THANKS DEAR HAFFIZ :)


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Transformers : Buat aku jatuh cinta pada Camaro

Aku malas la nak letak tajuk Review Movie ke ape ker sebab aku bukannya nak review sangat pun.Start story , minggu ni aku balik rumah memang semata-mata nak tengok wayang je hah.Kat midValley terlalu ramai dan mahal sikit.hahaha.Sebab tu aku excited nak balik.Nak tengok kat N9 . .

So , tiket mmg penuh dari pagi sampai petang.Disebabkan aku nak sangat duduk kat area2 belakang hall..Maka terpaksalah aku and adik aku masuk hall yg berbeza tapi waktu yang sama.SEMATA-MATA NAK DUDUK AREA BELAKANG.hahaha.excited punya pasal. 

nampak tak camaro kuning tu :D

So,aku taknak la share sinopsis ke and etc..etc.. tu sebab nnt korang takkan rasa feel and tertanya-tanya.hahaha.Nak sedap korang terus je beli tiket and tengok.Macam aku ni dah rosak dah feel..feel ni sbb dah baca sinopsis and byk review sebelum beli tiket.heh.Overall , cerita ni sangatlah seronok.super duper seronok.Kalah Harry Potter part 1.(taktau la camne part 2 nnt)..Selalu orang bagi star kan?Then aku bagi 5/5 . Full mark punye.

Kelebihan dalam cerita ni : banyak la.Dia full dengan part2 sedih , happy , marah and bla..bla..Nasib baik aku tengok sorang2.Takdelah nak malu mana kalau leleh pun kan..kan?hahaha.Kelemahan dalam citer ni takde kot.Cuma aku perasan la yg sebelum bumblebee bertukar ,camaro kuning tu cantik berkilat tapi bila dah bertukar jadi robot..kuning dia tu dah bercapuk n comot sikit..da tak cantik.haha.yg lain OK !

Lastly , sumpah aku minat gila camaro tu.Pasni kene ar belajar tinggi2 and kerja jadi kaya.Pastu boleh beli 3 bijik.satu kaler kuning cam dlm transformer.satu kaler silver cam dlm citer Hawai-five o.Satu lagi nak kaler blue-black *takde kat mana2 citer.heh.

p/s:tak sabar tunggu Harry Potter part 2.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

4 Semester Terakhir

Halo..halo..halo..Mula-mula punya la bersemangat nak buat entri luahan hati , dan kebengangan serta kemarahan terhadap seseorang..tapi..tapi..tapi..nanti dulu kot.Biar redup marah ni baru buat.Kalau tak habis penuh entri aku ni dgn carutan2 yg tak baik..mara ni..hahahaha

So,aku dah start kelas utk sem terakhir kat cfsIIUM ni.Macam biasa aku memang suka nak buat penilaian manusia ikut kepala hotak aku je.terbajet baiklah pulak nak nilai2 org ni kan? Bukan aku nak menilai ape2 pun.Just nak bagitau camne classmates and lecturers sem baru ni.itu aje.

Secara holistiknya(*skema tak?) , classmates aku dalam 3 dari 4 subjek adalah lelaki.So,sem ni aku tak payahlah nak bergaya sangat.baju letak luar , rambut serabai sikit dan byk lagi.hahaha.bukan aku kata aku ni cover kalau ade pempuan tapi pempuan ni kan suka buat meeting kat bilik malam sebelum tidur.Kira macam 'muhasabah' diri la.So nanti akan keluar cerita macam 'kau perasan tak apai tak gosok baju tadi?' atau 'eh..tadi rambut apai serabai dowh,mesti baru bangun' . . Jadi , aku taknak la jadi popular every night bila diorg asyik mention my name.hahaha

Lecturer aku pulak semuanya perempuan yang berstatus ibu kot..sebab semua baik2 dan pelembut macam seorang 'mama'..hahaha.Gaya belajar sem ni pun laju semacam je aku tengok.Mdm2 ni cakap "u olls dah 2nd year dah..so,kita belajar tak payah take 5 lagi"..dem -.-" .

Masa first class memang tak belajar.Kitorang buat sesi taaruf and belajar falsafah sikit.heh.So,ni dah ade beberapa pesanan yg aku ingat.
Mdm calculus aku pesan "If you get 20 over 50 in ur midSem , u should drop it from your course.u will not survive".Naik tak semangat?hahaha.Nampak beno susahnya nak A.
Mdm Programming aku cakap , "i will make all of u past this subject" .Dia tak mintak A ok.Past jek.omg..and aritu dia ade bagi homework,tadi kami bincang tapi ade yg tak siap (aku ler tu)..Then dia pesan "next time kalau tak siap saya suruh kamu berdiri".Tak risau sangat sbb semua lelaki dlm tu.takde la malu sangat.
 Mdm Chemistry takde pesan ape2 sebab aku ponteng kelas pertama dia.Tapi cara dia ajar pakai mind-map.So,dia akan bla..bla..bla.. sambil tgn dia conteng2.Pastu dai akan tanya "paham?" .and then we proceed to the next subtopic.Mula-mula susah gak nak kejar tapi last-last tu dapat la jugak..Yang penting nota aku dah tak comel da.sbb aku kene salin nota dia and dengar bebelan dia dalam masa yang sama.penat sungguh.
Ustazah Religions in Malaysia aku ok jek.DIa suka tanya dulu macam2,pastu baru bagitau jawapan.So , tau atau tak .Bantai je ape2 jawapan bila dia tanya.hahahaha.Yang penting nanti my team kena buat presentation pasal Sikhism dalam masa 100 minit.ohh tidak..
So, macam nilah suasana Sem baru ni..harap2 dapat catchup and get better pointer than last sem.heh.Kalau korang ade link pasal Sikhism tu boleh drop kat komen.tenkiu je dapat aku balas.Btw,kpd sesiapa yg baru masuk sem baru tu..share2 la yek :)

p/s ; semalam ade selection for Pesta Cakna Hujah(debat).Alhamdulillah dpt shortlist top 24.doakan utk saringan terakhir.shortlist 15.


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's?


Salam semua..dikala lambat mengupdate , ternampak pulak Lucky Draw yg menghadiahkan t-shirt Domo..Memang tak dapat tahan la kan..hahahaha.okeh..okeh..

Sila kelik gambar ye :)
Pastu jangan lupa Like Fanpage dia (kalau ade facebook jek , tp ak kompem korang sume ade ) . . Aku dah like lama dah . .hehehe

Follow ? ? of course dah lama jugak . . Dulu2 suka kelik 2 in 1 (fanpage n follow)

Pilih cartoon kegemaran anda . . and of course la i nak yg Domo tu..Tak kenal Domo ?? ni i dah uploadkan gambar dia.



Dah kenal ?? okeh.Nak jugak tak tshirt tu?jom join Lucky Draw ni.Haffiz ni tak suruh tag orang lain . So,aku tag je la semua yg baca.Kalau korang kiut , korang join lucky draw ni.hahaha.Tarikh tutup 25.6.2011 :)

p/s:Dengarnya Amirah Zawani minat raksasa comel ni.Mesti dia masuk jugak.
p/s/s:result muet dah dapat.Alhamdulillah :D


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Re-design Blog

Ok.ok.ok.Aku tau agak boring bila tengok asyik-asyik aku nak tukar template aku ni.Hari tu cakap last tukar tapi ngade-ngade lagi nak tukar.BUkan ape , aku ni dah 19 ok.Ce tengok kat template.Ade gambar robot.Tak matured langsung!


hahaha.Aku ni memang jenis tak tetap pendirian pun.So,jangan lah nak mengkomen berulang-ulang kata aku tak tetap pendirian.Aku dah tau.heh.Ramai sangat gelakkan tau.Robot??Tak macho langsung.Ape motif kau?Aku pun mula ngade-ngade pikir balik motif dan ke'macho'an belog aku ni hah.


Cuma kali ni mungkin yang terakhir (agak-agak aku dah ulang ayat ni berapa juta kali?).So, aku akan redesign header dengan teliti dan lama.Buat research dulu kat belog2 lain.Doakan lah ye aku dapat idea yang menarik.




apai ; bukan takde idea sebenarnya tapi tak pandai buat yg lawa-lawa :(
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Ta'aruf Programme : Dalam Ingatan

Salam semua.Sihat tak?dah tgk entri Pengajaran hari ini:episode 1?kalau belum boleh tengok.Cara tulis tajuk tu macam nak buat episode kedua tapi malangnya idea tak sampai2 dalam 2-3 hari lepas.Sangat sibuk dengan satu program kat U ni hah.So,post kali ni aku nak share same kamu sume pasal program tu.Kami warga uia panggil program ni sebagai Ta’aruf Programme which is masa ni la budak2 freshiee dari seluruh Negara dtg uia.Kira macam orientasi la.

Ok.Aku mulakan masa start induction course yang dibuat seminggu lebih awal sebelum Ta’aruf programme ni start.Hari pertama tu just nak buat sesi kenal-kenal dengan semua orang.The first day ni is the worst day yang pernah aku rasa kat uia ni.Korang bayangkan , kawan yang aku kenal kat uia ni adelah dalam 20 org and yang aku kenal dan join dalam programme ni dalam 10 and below jek.Ditambah dengan selsema dan batuk yg dah meragut suara merdu aku ni menyebabkan aku langsung tak take part dalam sesi ice breaking hari pertama tu.Aku boleh agak la mesti ramai dlm group aku tu ingat aku ni sombong and tak banyak cakap.*sorry guys,aku ni pemalu sikit kalau belum kenal.Dah kenal tu baru jadi tak malu.hehe.

Hari second tu baru dia bagi masuk ikut biro masing-masing and aku kene join biro SECURITY AND TRANSPORTATION or we call it SEnTRA.
My first impression,omg.Mesti kulit aku hitam legam nnt.tgk senarai ahli,Nur Adli Azim aje yang aku kenal.Yang lain,budak nilai kot sbb tak penah nampak pun kat PJ.hahaha.
Tak mau citer panjang sangat , Kami buat preparation sampai 9 kali groundwork dalam masa seminggu.Groundwork 1 baru kenal-kenal dengan head committee and his assistant.Groundwork 2 pulak dah upgrade kepada 2-3 orang ahli biro.Groundwork seterusnya dah start kenal dengan head unit dalam biro and ahli unit aku aje.Pastu kenal pulak dengan pembuat-pembuat modul yg Berjaya.Tapi aku paham kat satu modul jek…modul ong..ong..ong.. yang di sampaikan miss ong2@nazihah.Masih lagi dalam mode pendiam dan tak kecoh sangat macam nur adli azim,aku kenal dalam ati jek except dgn budak unit aku.Fyi, budak unit aku yg paling aku ‘sayang’ skali ialah topek.Seorang sugarGlider yang terlibat dalam cubaan dibunuh oleh aku.hahahaha.Tuan dia beli RM300 kot!!ak ingat RM50 sekor.Nasib baik tak mati.Kalau tak,sape nak bayar??duit nuffnang aku ade RM5 jek.

Terus kepada masa berjalannya program Ta’aruf ni.Aku sememangnya seorang budak yg sentiasa overslept selalu datang lambat bertugas.Masa 3 hari pertama tu memang semangat and on time sikit(biasa la kalu lewat seminit dua) sbb nak kena jaga jalan and parking.hahaha.Nasib baik tak kena sunburn.Penat giler melayaan kerenah mak bapak selama 3 hari tuh.Serius lepas ni kalau aku nak hantar adik aku or anak aku daftar kat mana2 , aku akan ikut cakap committee yang uruskan parking tu.Penat kot diorang kerja.Kita jek yang tak nampak.Pastu jangan piker tertekan dan penat kita jek.Ade orang lain lagi penat.ingat tuh!

Banyak benda yang aku belajar ;

Ok,kita start mood feeling2 sikit.Aku tak pernah pun teringat nak join2 benda alah ni.Ni la program pertama yang aku join sejak aku belajar kat dalam uia ni.Bak kata roommate aku : “Bila kau nak aktif ni apai ?”.Sebab sejak aku lepak kat uia 2 sem ni aku cuma duduk bilik and tido jek.Pasal tu la kawan aku boleh dikira.hehehe.Then,masa hari pertama tu jek aku dah rasa boring sebab masing2 dah kenal ramai orang.Aku pulak senyap and ade sorang je kawan-adli azim.Siap dah bagitau awal2 kat adli yg aku nak balik rumah petang tu.hahaha.Tapi sekarang rasa macam-janganlah datang hari ni(hari terakhir program).In two weeks jek aku dah ramai kawan.Satu benda yang aku boleh banggakan.Pasni kalau aku jalan2 kat uia ni boleh la tegur2 ramai org sikit macam roommate aku ni.Kalo tak, duduk kat kafe tu senyap jek.

Selama aku tinggal kat uia ni aku asyik komplen jek sbb takde kawan yang sehebat kat sekolah dulu yg mana diorang tak pernah nak berkira duit sangat , sporting , tak cepat touching , buat kerja pun tak pernah nak berkira and bla..bla..tapi sebenarnye ade je kot kat uia ni.hahaha.aku dah jumpa dah.yup,diorg ni la budak2 SEnTRA.Aku datang lambat pun diorg ok jek.Maybe sbb diorg pun lambat.hahaha.Aku curik tulang sikit pun diorang tak marah2 and berkira maybe sbb diorg taktau ak curik tulang or sbb diorg pun curik tulang gak.hahaha.Pasal gurau2 tu biasa la.Aku pun banyak gak gurau2 yg kadang2 tu menyakitkan hati tapi takde ar budak2 ni sampai nak feeling2 lebih.adat orang berkawan.Aku pun kekadang tu kene gak gurauan2 yg 'tut' sikit tp Mak ok jeee~
So,kat sini nak ucap thank you very much to all SEnTRAnian because being parts of my ‘family’ and also for helping me buat semua kerja2 pak guard.Special thanks buat Head com yg teman kami sambil bawakkan roti susu sbb siapkan jadual kerja sampai 4 pagi, Raja Hazwan (head unit) yang sangat bersemangat dalam melakukan kerja2 committee serta support jamuan biro , Amalina yg sanggup tggu lama2 kami punya action plan and master plan and semua ahli unit GnD.eh..terlupa bubuh nama jaja sbb blanje mkn Big Apple.Mintak maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang program ni berjalan , aku ade curi tulang or menyusahkan korang semua ye.Halalkan segala makanan dan minuman kalau ade ambil terlebih sebotol air , se’polestrin’ nasi , sebungkus roti dan sebagainya.Kalau ade gak gurauan yang menyakitkan hati tu pun nak minta maaf jugak.Kalau tanak maafkan bagitau yek.Kalau aku ade cakap-cakap belakang tu pun nak mintak maap.As’ad terutamanya..hahaha.Untuk Qawi yg tak suka gambar dia diambil, sorry kalo aku ade tak bagi kerjasama kat kau ek.Fyi ,Qawi ni ketua kumpulan Ak masa hari pertama tu.alah..kumpulan yang ak tak take part dan pendiam sgt tu.
Ape-apepun , program ni dah buka mata aku bahawa menjadi committee kepada sesuatu program ni bukannya mudah tapi sangat menyeronokkan.Lepas ni kalau ade program tu boleh la kot kalau nak join lagi.hahaha.
Pesanan untuk semua pembaca , ‎"Berjalanlah serata dunia untuk mencari sahabat yang tidak punya sifat buruk, nescaya kamu akhiri hidup kamu tanpa empunya walaupun seorang sahabat".
apai ;Terima Kaceh and sorry sbb tade gambar.insyaALLAH akan menyusul nanti.Sorry kepada yang lain yang namanya tak disebut :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Pengajaran Hari ini : Episod 1

Hello semua . . Lama tunggu post aku tak ?? *eh..eh..takde org jawab ke? takpe2.Blog takde peminat.biasa la yek.Follower pun dah hilang sampai 2 orang.isk..iskk...sedih.sedih.sedih.Sebenarnya post ni aku terlambat post kan kat belog ni hah.So,kira tajuk tu korang boleh ar tukar kepada pengajaran semalam.timekaceh.time kaceh.

ok.ok.start citer eh.Alkisahnye ,aku terpilih jadi seorang pekerja yang membantu menjayakan satu program yang nak dibuat selama seminggu.Start semalam la ni.Jadi,kerja yang aku dapat utk semalam.hari ini dan esok adelah sebagai pak guard yang jaga2 parking tu.Seronok gak bila kerja dengan manusia ni.Macam-macam kerenah yang kita dapat tengok.Jadi,sepanjang semalam aku bekerja sehari suntuk sebagai pak guard tu.Aku nak share la sikit2 pengajaran yang aku dapat.

1. Jangan berlagak tahu kalau tak tahu.
Kami yang memang dah dididik dan ditauliah selama beberapa hari minit ni dah tahu macam mana nak susun parking elok2 kan.Pastu bila dah crowded dan sume pun panik.Aku pun suruh la pakcik sorang ni naik ke atas dan parking kat tepi.Pastu pakcik ni cakap : 
"Kenapa guard atas tu suruh buat u-turn kat atas tu.Kalau takde parking tu cakap je takde parking!!Jangan menyusahkan orang lain suruh naik pulak."
Saya pun tengok ke atas.Tengok bos saya @ pak guard betul2 tgh suruh buat u-turn and turun balik.Pelik jugak sbb dia yg suruh saya arahkan tetamu2 tu naik atas.owh..Rupe-rupe nya bila kita nak parking dikawasan yg berbukit seelok-eloknya kita mengahala kan kereta ke bawah.Sebab tu kene u-turn and turun pastu baru parking.Nak tahu kenapa lebih elok camtu?lu pikir lah sendiri.heh.Jadi pakcik yg dah marah tadi tanak naik ke atas.Aku pun malas sangat nak layan.(dah tertekan sbb berpeluh dan panas).Aku biar je pakcik tu kat situ sbb dia nak carik parking lain.Finally dia takpat ruang utk parking and dia parking illegally.kalo ikut aku nak aje aku report kat bos aku suruh dia clamp je tayar tu.hahahaha.seb bek tmpat parking dia tu tak ganggu jalan.
So,lepas ni.Kalau kita tak sure tujuan seseorang tu buat sesuatu.Janganlah terus 'sound' dia.Cuba tanya elok-elok kenapa dia buat camtu.Memanglah aku ni student yg takde sijil jd pak guard,tapi aku jalankan tugas aku mengikut arahan org yang ade sijil jd pak guard.Benda ni sama macam seorang engineer marah seorang doktor sebab doktor tu belah badan anak dia masa pembedahan sedangkan anak dia cuma sukar bernafas (which is maybe can be cured by cut his throat :P )

apai;Kali ni takdo gambar laie..nanti2 la den lotak yo :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

3 Lagi page yang dibuat budak tak berakal.

Baru tadi aku jenguk2 fb aku.Pastu ade geng post pasal satu page ni.Menyirap gak lah kan bila tengok tajuk dia.MELAYU MEMANG BABI.heh.bila aku tgk tajuk jek trus aku carik sape yg buat page bodoh tu.Tapi aku ta sure la sape yang buat page ni.Ade je sorang budak ni ngaku dia buat.Melayu lagi tu.Dia kata dia benci melayu sebab kejahilan dan kebodohan atau kejahatan org melayu ex;rempit.pelik betul.aku pun ade gak luahkan dalam entri Kadang-kadang saya malu jadi melayu dulu sebab marah sangat ngan melayu2 yg kurang kesedaran uh *masa tu terasa diri ni ade kesedaran kejap.tapi takde la sampai nak buat page-page memalukan macam melayu memang babi ni.

Kesian betul kat khinzir yg buat page ni.saje jek kau nak tarik semua melayu jd khinzir macam kau.Kau sedar yang diri kau tu khinzir , pastu kau nak babitkan semua melayu jadi khinzir.



jadi , ape yang kita kene buat.Meh la report suruh Mark tutup je akaun page ni.Tapi aku rasa Kerajaan malaysia ade je kot kuasa nak tutup2 page ni , macam dia buat kat page tuuuuut..opppsss..sorry kalo terfitnah.Saya gurau jek abg najib.

cara nak report pon semudah kentut di depan laptop:
  1. Kelik kat sini
  2. Pergi dekat bawah kiri yg tertulis REPORT PAGE.
  3. Choose button CONTAINS HATE SPEECH OR ATTACK AN INDIVIDUAL
  4. Pastu pilih TARGET A RACE OR ETHNICITY
Jangan lupa sebarkan kat yang lain yer.Demi menjaga nama dan maruah bangsa kita :)

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes