Tazkirah:Panasnya api neraka


بسم الله الرحمن الرحيم

gambar hiasan
Hari tu aku ada kate nak cari post yang dapat buat kita membayangkan kepanasan api neraka kan?kan..kan..?Aku dah try sedaya upaya nak cari post yang dapat menerangkan dengan terperinci dan mudah difahami serta dibayangkan.Dan inilah post yang aku rasa boleh difahami.Cubalah faham-fahamkan.

Menceritakan asal kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah laranganMaka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

Dari Abu Hurairah r.a.dari nabi s.a.w.sabdanya :
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api neraka jahanam."


Sahabat-sahabat baginda berkata: "Demi Allah ! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa."
bagina s.a.w.bersabda: "Meskipun demikian,kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanya enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api di dunia ini."

Boleh calculate tak?hehehe.kalau tak boleh.cube karang letak tangan kat atas api.Pastu,korang bayangkan bila dia digandakan.hehehe.Selamat mencuba!
p/s:jangan bakar tangan tu.ALLAH marah.karang ada parents saman aku cakap aku pengaruh anak dia.hehe.


Labels: ,