Selamat Menyambut Awal Muharram


 بسم الله الرحمن الرحيم

gambar hiasan

Pertama-tamanya aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah atau awal muharam.Sebelum aku tulis post2 ni,aku dah menjengukkan kepala aku ke tingkap2 blog orang lain utk melihat ape yang diorang sume postkan kat blog mereka.dan..dan..dan..aku nampak sume tulis kelebihan bulan muharam,10 muharam dan awal muharam sambil disertakan sekali teks doa awal dan akhir tahunnya.Korang bolehlah menjengukkan diri ke blog cik kina saye ni.(kelik sini)

Oleh yang demikian,aku tak perlu kot nak mengulas benda yang sama.Cuma aku lebih suka nak bercerita sikit-sikit pasal hijrah.Walaupun ilmu agama aku ni takdelah banyak sangat tapi kalau dulu2 tu bila aku taknak bagi tazkirah mesti ade orang cakap "sampaikan ilmu walaupun sepatah ke se-ayat ke".hehe.

Jadi hijrah ni terbahagi kepada dua iaitu hijrah tempat dan hijrah perbuatan.Bila nak menulis ni teringat lak kecik2 dulu masa ustaz aimi nak dok serita pasal Pendidikan Agama Islam.hehe.Untuk hijrah tempat,kita ada contoh tebaik iaitu masa Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah.Masa ni perancangan Nabi memang mantap.Dalam ketakutan Saidina Abu Bakar akan keselamatan Nabi ketika dikejar.Baginda masih cool dan bersabda; "Sesungguhnya Allah bersama kita".Akhirnya,penghijrahan Nabi berjalan dengan lancar dan Berjaya!Alhamdulillah.

Hijrah yang aku suka dengar dan bincang ialah hijrah kedua ni;hijrah perbuatan.Bermaksud kita berubah dari yang tak baik kepada yang baik.Ya adik2..bukan dari yang baik kepada yang tak baik.hehe.sebab ramai antara kita yang macam ni termasuklah aku.Untuk berubah a.k.a berhijrah perbuatan ni,kita mestilah prepare dari awal dengan kekuatan mental dan fizikal sebab benda2 macam kompem lah Syaitan dan Partnernya,nafsu tak suka.Jadi tinggallah iman kita lawan dengan syaitan dan nafsu.(pengecut betul diorang ni 2 lawan 1,memang susahlah nak menang).Bila kata prepare tu maksudnya hati kita betul2 nak berubah dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Ingat tak ape yang aku tulis tadi?Bila Nabi nak berhijrah dari Mekah ke Madinah,Nabi dah prepare awal-awal ahlijawatnkuasa,presiden dan macam-macam lagi.Kemudian,bila hampir dijumpai oleh orang musyrikin,Abu Bakar dah takut tapi nabi kata "sesungguhnya ALLAH bersama kita".Hah!kat sini je Nabi dah ajar kita kalau nak berubah tu kene plan betul2 supaya tak tersekat tengah-tengah jalan dan bila nafsu dan syaitan ni dah nak pengaruh iman.Kita kena tetap tabah dan percaya bahawa ALLAH bersama kita.so,Don't give up tengah-tengah jalan!!Teruskan azam kita untuk berubah.

Contohnya,Kita nak berubah dari merokok kepada tidak.Selalunya orang tahan sampai satu dua hari je(ni pon dah kira lama).Sebabnya,dia tak plan baik-baik.Plan kat sini maksudnya tetapkan hati tu betul-betul.Niatkan kerana ALLAH.Baru dapat rasa strength "sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita"Bila dah tahan satu dua jam tu mesti rasa terseksa(akibat nikotin yg buat ketagihan tu),rasa sesak nafaslah,nak muntahlah.Memang menyeksakan sebab syaitan dan nafsu dah buat Mou dengan badan+paruparu.Dia kate 'kalau tak dapat asap dalam sejam,terus buat perangai'.hehe.Tapi bila kita yakin sakit itu sementara,sementara yang membawa kepada keredhaan ALLAH.InsyaALLAH boleh punya.Percaya dengan ALLAH okeh!

Jadi bersama-samalah pada tahun hijrah yang baru ni kita berazam untuk buat si syaitan dan nafsu merana sebab bisikan diorang tak dilayan kita.insyaALLAH.sebagai penutup,yang baik itu datang daripada ALLAH dan yg buruk itu daripada aku,hakikatnya kedua-dua datang daripada ALLAH untuk aku sebagai hambanya.Ambil yang baik,yang buruk jagan terus buang tapi jadikan pedoman.:-)

tambah bilangan sujud kita dari semasa ke semasa

p/s;dah rasa macam bagi tazkirah kat sekolah dulu pulak.rindu.rindu.rindu.hehehe.

Labels: , ,