Diari ; Mendaki Bukit Broga


Sebelum penat ;-)
Pernah dengar Broga Hill ? atau Bukit Broga? Mesti belumkan.hehehe.nampak gambar atas ni?cehh,saje je nak mempoyokan diri menunjuk yang bukit broga telah kutawan!!cewah..Namenye bukit tau.tapi kalau nak tahu hakikat sebenarnya baik korang pergi sendiri.Tak tau?senang je jalannya..korang lalu Lebuhraya Lekas menghala ke kajang(kalau dari n9)pastu keluar kat Mantin,pastu ade belok2 sikit..pastu sampailah..hehehe.Paham tak?kalau tak,baik korg tanye uncle Google.mesti dia tau.:-)

Kalau nak sampai ke puncak pertama,korang cuma perlu berjalan sejauh 1.7 KM je.Tak jauhkan??Jalan-jalan dalam 40 minit sampailah kat puncak PERTAMA.Yup,pertama :-).Kitorang gerak sebelum subuh pagi ahad tu dari surau Tmn Panchor Jaya (malam tu kitorang main futsal dari pukul 11 sampai 3 je.pastu pergi makan2 smpi pukul 4.then,korg teka aku tidur tak?) Angan-angan awal nak pergi tengok matahari terbit tapi kalau dah bergerak berjemaah ni korang pahem-pahem la kerenahnya.Dengan sesatnya,dengan nak isi minyaknya,dengan terpisahnya.hehehe.memang tak jadilah plan nak tengok matahari terbit.Kami sampai lewat sikit,tapi kalau sampai awal pun bukan dapat tengok sebab pagi tu cuaca menung.So,awan dah sorokkan cahaya tu dari kitorang.Sampai atas pun berkabus je.ta nampak hijau+kuning+emas lalang tu.Angan-angan nak amik gambar sampai puncak tertinggi pun tak berapa nak tercapai sebab aku mampu sampai 2nd last jek.Curam kot!!dengan lantai licin lagi.Boleh mati aku kalau salah jalan.

Lepak kat atas tu lame-lame sikit sebab nak hilangkan penat dan buat sikit perjanjian bahawa aku taknak naik lagi,hahaha.Ye ye je aku ni..tengok-tengok je ade post bertajuk ;Broga,2nD time:-).Gila..Walaupun penat tapi aku enjoy la.Yang join pun ramai jugak sebab aku tak sangka diorang nak join benda-benda macam ni.macam habis masa je naik bukit pastu turun sebab diorang tak bawak kamera.Ade jugak yang merungut menyesal tapi aku buat derk je.siap pakse lagi.sian dia.Mase nak turun tu kitorang plan nak cerita benda yang baik2 je pasal broga ni biar orang lain pun nak naik gak..and..and..and..kesannya,diorang rase ape yang kami rase.hahaha(evil laugh.tanduk dah kluar sebelah ni)


macam biasa,dipenghujung rancangan ini saya sajikan beberapa keping gambar di Broga hill tu.Kalau ade sesaper yang dah pergi tu bgtau lah aku ye..kot..kot..nak pergi lagi ker..boleh same2 :-)

gambar penulis

penat..penat..

tnggi kan??boleh nampak 1 malaysia N9

dari kanan:Taqi,haffiz,zubir and hanif

macam kat luar negara tak?hehe

p/s:ingatkan nk buat shooting ala-ala abg muzaffar ngan kak halina tp semput lah klu nk bwk wedding dress tu naik atas.len lah diorg,ade pembantu.

Labels: , ,