UPSR 2010;KEPUTUSAN TERBAIK

diambil dari blog razaQQ

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah,setelah menanti beberapa bulan.Adik-adik sekolah rendah kita dah dapat keputusan UPSR diorang.Seperti biasa ada yang menangis dan ada yang gelak-gelak sampai berguling.Tapi masih belum ada yang bunuh diri dan harapnya takkan ada sampai bila-bila.InsyaALLAH.Mohon dijauhkan.

Analisa keputusan UPSR 2010 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Katanya, seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.
Keputusan UPSR tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.(copy n paste dr Beliamuda.com)

Hari demi hari.Tahun demi tahun.Bilangan pelajar yang mendapat semua A semakin bertambah akibat wujudnya pewaris-pewaris dunia yang semakin bijak.Alhamdulillah.Ramai juga adik kawan-kawan aku dapat semua A.Aku dulu cuma 4A 1B je.Tapi kira bersyukurlah tu.Tahniah kepada yang dapat semua A.
Tapi bila kita melihat kuantiti yang semakin bertambah,kita lupa melihat dari segi kualiti pelajar-pelajar tersebut.Semua sedia maklum apabila soalan pada tahun itu agak susah dan ramai pelajar tidak dapat skor,maka graf permakahan mereka akan turun dan cara penandaan juga akan menjadi semakin longgar.Bagus bagi aku masa aku ambil PMR dan SPM tapi bila berfikiran dengan lebih jauh dan bijak.sebenarnya sistem ini seolah-olah banyak kekurangannya.

Contohnya,seramai 48327 pelajar yang mendapat semua A.Berapa ramai yang mendapat semua A dengan markah 80 keatas iaitu markah A yang biasa ditetapkan disekolah.100% ?aku rasa macam tak.Bila ditanya kenapa perlu menurunkan graf?jawapan mereka kerana soalan susah.Kita sendiri mengakui bahawa pelajar-pelajar sekarang ni makin bijak.Jadi,sesuailah soalan itu dengan kemampuan mereka.Jika mereka tidak dapat menyelesaikannya,bermakna mereka masih belum cukup bijak.Kita nak kualiti bukan kuantiti.

Bila dah ramai yang dapat semua A.SBP pun jadi rambang mata nak pilih yang mana satu.Jadi,kokurikulum yang menjadi perkiraan.Bagus dan Adil.Namun,kedengaran juga term-term seperti 'kuota alumni' dan 'pakai kabel' apabila prosespemilihan dijalankan.Adilkah semua ni?tepuk dahi sikit dan fikirlah.Siapa yang menjadi mangsa?Anak-anak pesawah,penoreh,pekebun dan yang tinggal kat ceruk kampung.Siapa yang dapat?Anak-anak dato',anak-anak alumni yang bergaji besar dan orang-orang bandar yang berpengaruh.

Akhirnya,anak si penoreh getah yang teruskan zaman sekolah menengah di kampung-kampung dan SMK biasa mula terpengaruh dengan budaya budak kampung yang kurang bijak.Hisap rokok dan banyak lagi.Banyak aku tengok kawan-kawan sekolah rendah aku rosak bila tak dapat keluar dari felda.(bukan bermaksud budak-budak felda semua jahat)Ini cuma pendapat sebab kita sendiri dapat menilai perbezaan pemikiran ibubapa yang terpelajar dan tidak terpelajar.sekurang-kurangnya anak yang datang dari keluarga educated ni dapat menilai baik buruknya dan sering dipantau oleh parents(parents yang educated ni memang alert ngan anak-anak diorang.boleh kata mengongkonglah).Tapi ibubapa yang kurang ni berfikiran terlalu terbuka dan tak berapa nak kisah kerana percaya selagi mereka solat dan berpuasa.mereka baik.(sekali lagi tak semua ibubapa macam tu kerana ini sekadar pemerhatian kasar.)

Kesimpulannya,sepatutnya permakahan dan penandaan harus dibuat secara tetap dan tidak mengikut keadaan untuk mendapat kualiti yang sebenar tak kisahlah diperingkat UPSR,PMR ataupun SPM untuk mendapatkan pelajar-pelajar yang berkualiti.Pemilihan pula perlu dilakukan secara telus tanpa ada istilah 'pakai kabel' dan 'kuota alumni'.Barulah SBP boleh terus maju sebab aku dengar yang SBP ni semakin menurun sebab ada anak-anak 'orang berada' yang jadi masalah dan merosakkan reputasi SBP.hahaha.

p/s;kepada mak bapak yang anak dia dapat semua A,tahniah sekali lagi.cakap kat anak tu jangan bangga dan ingat pandai sangat sebab ada yang dapat soalan spot sehari sebelum exam.tu yang bila pemeriksa tanda esei tengok ayat sume same je. ala-ala esei cikgu.hahaha.tu semua sekolah nak jaga reputasi lah tu.kalau ada yang kecik hati dengan post ni.maaflah.ini cuma pendapat je.boleh marah kat komen.huhu.

Labels: