2 Diari:Salah Guru atau Salah Aku



gambar hiasan

Aku suka duduk-duduk dan ingat balik zaman sekolah bila dah boring sangat.Jadi ada satu malam ni aku teringat masa aku suka sangat duduk mengutuk cikgu masa aku sekolah tak kisahlah dari darjah satu sampailah tingkatan lima.Ini adalah satu kelemahan aku yang memang susah betul nak hilang(mengutuk orang tanpa mengira agama bangsa dan negar serta umur).Dulu aku selalu cakap cikgu ajar tak betullah,tak habislah,tak pandai ajarlah dan banyak lagi.Ya,memang aku jahat pun.Selalu jugak aku salahkan cikgu bila aku tak paham.Tapi akhirnya baru aku tahu yang aku sebenarnya terlalu bodoh untuk memahami kebijaksaan cikgu aku.Maaflah ya cikgu.

Sekarang dah masuk semester 2 kat cfsiium ni.Alhamdulillah aku dapat lecturer yang baik-baik dan tak suka marah-marah.Sebab roomate aku memang bernasib malang dapat lecturer yang sangat-sangat garang.Balik bilik je tertekan.nbalik bilik je tertekan.Syukur Ya ALLAH.Bab garang atau tak ni kira aku bernasib baiklah.Bab memahamkan student dengan ilmu diorang ni aku bermasalah.Aku terdapat seorang lecturer yang mengajar sangat pantas dan memang susah nak difahami.Ape lagi,budaya lama berlaku kembali.Aku pun tertekan punyalah sampai rasa nak baling je kerusi kat lecturer tu.Pernah juga aku escape kelas dia dan bila clasmate aku tanya kenapa tak datang.jawan aku mudah.USELESS.astaghfirullah.Inilah aku.

Nak stopkan cerita,lecturer aku ni selalu pesan bila kita tak faham jangan terus condemn(tak tahulah betul ke tak aku eja ni.malas nk tengok kamus) lecturer tu.Mungkin dia ada cara mengajar sendiri.Mungkin kita tak faham awal-awal ni tapi lama kelamaan kita akan faham juga.Awalnya bila aku dengar dia cakap macam ni hati aku pun cakap;nak suruh orang tak kutuk dia lah tu.Isk3..Apai ni memang jahat betul.Tapi ada satu malam ni aku ingat balik masa aku SPM.Aku mintak maaf kat cikgu.Sejujurnya aku memang rasa bersalah tapi masih belum berani nak mengaku.Cuma mintak maaf macam tu je.Tapi mungkin hati cikgu tu kata 'saya maafkan awak tak kisahlah salah yang saya tahu atau tak' dan mungkin dia meredhakan aku sehabis-habisnya.Kesannya,masa nak SPM tu aku jadi senang je nak masuk ilmu dalam kepala ni.Alhamdulillah.

Ambil pengajaran.Bila ada cikgu yang ajar kita dan kita tak paham atau selalu tak datang kelas.Jangan terus burukkan dan mengutuk cikgu tu sesuka hati.Tak berkat.Kita dahlah susah nak belajar dan bila kita kutuk akan bertambahlah kebodohan kita dalam subjek tu.percayalah.Aku dah mula berhenti ngumpat lecturer aku nih.Try concentrate dalam kelas.Penuhkan kedatangan walaupun lambat 30 minit(nasib baik dia tak marah).Dan aku selalu jumpa dia face to face after kelas dan banyakkan bertanya.Cakap thanks sebab ajar(sejak amsuk U ni ak kurang sangat buat benda alah ni).Cuba untuk memahami dia sebab sebenarnya kita yang bodoh untuk memahami apa yang dia ajar.Sekarang,aku dah boleh buat soalan-soalan dalam buku(susah dan senang).Alhamdulillah.

Kepada kawan-kawan yang masih belum berhenti buat kerja-kerja mengutuk cikgu ni.Berhentilah ye.Bagus untuk kesihatan badan dan rohani kita.insyaALLAH.Maaf jika ada tersalah fakta dan pendapat.Komentar anda amat diperlukan.
p/s:sem ni aku struggle lebih dari yang pernah aku buat seumur hidup aku.almaklumlah,nk kene dapat 4flat bru boleh mintak laptop baru.tersasar sungguh niat aku ni.:))



:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Response to Diari:Salah Guru atau Salah Aku

1 December 2010 at 01:34

i like this post!

2 December 2010 at 22:53

to;faathah
thanks yek..hehehe.

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes