0 Diari ; First Outing in Second Sem

aku ngan payen

Malam jumaat hari tu badan dah start panas2 dan pening2 mula cucuk kepala aku ni.Macam kene tikam.Nak kene makan ubat sebab sabtu ada orang nak ajak keluar!Selongkar punye selongkar loker aku ni tapi malangnya tak jumpe jugak ubat demam.Then,i call my beloved sister merangkap my private doctor and ask for advices."Kalo takde ubat camne ni?"My sister pon bagilah beberapa advices untuk dipraktikkan.Lastly,bangun esoknya.I'm ok!

Bangun pagi gosok gigi.siap2 sume.Message payen;"kite sarapan kat ukc je la eh?"Then,payen call;"ko sarapan dulu je la pai.aku baru bangun ni."What?!.Sabar jelah dengan mamat sorang ni.Tunggu punye tunggu.Sampai jugak.Maka bertolaklah kami ke MidValey Megamall.Dalam perjalanan naik bas ni,aku un text la beberapa kenalan dari seluruh malaysia sebab nak ajak keluar.Result,Asyraf and Zubair join.Black and UMar tak.Umar sebab ade hal lain dan black?"Acap bawak kamera tak?"Bile aku reply "tak"..Dengan bangganye dia text; "pheww..tak rugi kalo tak datang".Ape punye awan daaa~.

Sampai kat mid.terus lari pergi kaunter tiket wayang.Nak teman si Asyraf dan Fazreen tengok HP.Zubir kate die dtg tp tanak tengok.Punyelah panjang beratur.Ade tu makbapak siap bwk budak2 kecik tgk repunzel.oh my prada!(bak kate zubir)baiknya parents korang ni.kling2..trn kitorang sampai jugak akhirnye.But,all seats was full !!yg tinggal cume 3 line start dari depan.Owh!!pukul 3 pulak tuh.Takpelah,layan je.Tengok2 jam.Acap tak sampai lagi n masa ade lagi 2 ke 3 jam.so,bowling!!(da lame tak main)

Sampai2 jek aku terus tulis name.Baru nak bla die panggil.Suh main.aku perasan gak kat atas aku tuh ad banyak lagi nama.Bak kate payen; "rezeki namanya".Memang rezeki sebab kitorang main sekali dengan orang2 tournament yg datang bawak shoes sendiri..bola sendiri.Siap ade sarapan lagi atas meja diorang.Kruk2..perut da bunyi dan baru realize td aku sarapan sikit jek.hahaha.Alangkah 'indahnya' bila kita bermain sambil diperhatikan oleh orang yg own ball and shoes sendiri tuh.Nasib baik aku bernasib baik hari tu.markah above 110 je..Payen?ta nak la cakap..hahahaha.Sorry ye payen.Thanks jugak kat sorang pakcik ni yg sedekah kat kitorang sarapan2 yg berlebihan utk tournament tuh.Setelah main 2 game dan masuk yg ketiga.Acap pon sampai.So,bile aku n payen dah habis main third game.Kitorang tambah satu lagi game sbb nak main dgn acap.Btw,zubir tak sampai lagi sebab korang tau kan kelajuan ktm tu.(suruh zubir jln catwalk lagi cepat sampai agaknye).

ni result tuk last game
habis je main boling.kitorang solat dan carik tempat nak lunch.(zubir jumpe kitorang after solat).Cari punye carik then kitorang decide mkn kat McD je.(Tempat lain agak penuh dan mahal).Da oder dan ambil makanan.Baru perasan yang beratur memang tak ramai tapi tempat duduk full!!Punyelah lama berdiri kat tengah2 mcD da macam promoter McD da.Kalo korang tengok kitorang mengomel dari jauh,korang akan igt kitorang cakap..."Datang mcD.Datang McD.Mari beli kat McD."Malu siot!!Kalau ikut aku jadi makan kat tangga.Tapi last-last aku dapat gak duduk kat kerusi dan sumbat burger tu cepat2.(wayang start 15 minit lagi dan aku taknak lewat cam hari tu).Air dan mcShaker plak aku bungkus and seludup masuk hall.hahaha.Maaflah ye GSC.

Then,dengan excited masuk cepat2 n Alhamdulillah dapat masuk awal.Bukan je awal.Tapi terlebih awal.hahaha.iklan sampai 15 minit kot!!Sepanjang cerita takdelah yg nak di highlight cume nak bagitau acap terkejut masa scene nagini serbu Harry dgn Hermione.hahahaha.Sorry cap.aku perasan gak yang menjerit kali ni tak ramai macam mase hari kedua tayangan yg aku pergi tu.Maybe ramai yang tengok second time macam aku ni.Mase tengah syok2 tengok.Zubir text aku "aku kene balik ni.nak g serdang.ade hal dengan cousin"Mungkin dia da bosan kot tunggu sorang2 kat luar.Alahai rugi nyer.baru nk suh die blanje minum petang kat Secret Recipe.:P

After habis je kitorang solat asar berjemaah and pergi survey tie(payen yg nak carik).Acap pulak g saloon nak potong rambut.Kawan2 aku ni main saloon je skarang.Aku je suruh bangla potongkan.hehe.Pastu kitorang cakap babai kat acap sebab lepas isyak dia ade usrah.Aku ngan payen pon dok jalan2 dan plan nk dinner kat foodcourt.Malangnya perut kate "enough!!cukup-cukuplah tu.mane pergi diet ko pai??"hahaha.tak jadi nak makan.Pastu pergi solat maghrib berjemaah.secara berganti sebab dewan solat penuh.Alahai midvalley,Korang punye mall dah lah besar.Tapi dewan solat ko kecik kot!!Mase payen solat aku pergi beli susu nespray sebab susu aku dah habis.and yang best nyer orang tengok aku macam aku ni gangster mane datang nak beli susu utk anak.hahahaha.(kan ade kes orang curik susu utk anak.So,masyarakat da aware dengan benda ni.)

Pukul 9 aku ngan payen balik UIA setelah tunggu bas nak dekat one hour dah.Kitorang dinner kat UKC je.Sebab jejak je kaki kat uia ni perut aku cakap; "pai,ak lapar lah!!"..Lepas makan.Aku balik dan belek sikit buku pastu tidur dengan tenangnya.Pasni kalau nak keluar kenelah tunggu after cuti midsem.

p/s:keesokan paginya aku dah achooo!!! and shrtttt..shrtttt..(selsema)argh!!!:((

ni acap dengan payen

payen yang suka posing2 macam black

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

2 Diari:Salah Guru atau Salah Aku



gambar hiasan

Aku suka duduk-duduk dan ingat balik zaman sekolah bila dah boring sangat.Jadi ada satu malam ni aku teringat masa aku suka sangat duduk mengutuk cikgu masa aku sekolah tak kisahlah dari darjah satu sampailah tingkatan lima.Ini adalah satu kelemahan aku yang memang susah betul nak hilang(mengutuk orang tanpa mengira agama bangsa dan negar serta umur).Dulu aku selalu cakap cikgu ajar tak betullah,tak habislah,tak pandai ajarlah dan banyak lagi.Ya,memang aku jahat pun.Selalu jugak aku salahkan cikgu bila aku tak paham.Tapi akhirnya baru aku tahu yang aku sebenarnya terlalu bodoh untuk memahami kebijaksaan cikgu aku.Maaflah ya cikgu.

Sekarang dah masuk semester 2 kat cfsiium ni.Alhamdulillah aku dapat lecturer yang baik-baik dan tak suka marah-marah.Sebab roomate aku memang bernasib malang dapat lecturer yang sangat-sangat garang.Balik bilik je tertekan.nbalik bilik je tertekan.Syukur Ya ALLAH.Bab garang atau tak ni kira aku bernasib baiklah.Bab memahamkan student dengan ilmu diorang ni aku bermasalah.Aku terdapat seorang lecturer yang mengajar sangat pantas dan memang susah nak difahami.Ape lagi,budaya lama berlaku kembali.Aku pun tertekan punyalah sampai rasa nak baling je kerusi kat lecturer tu.Pernah juga aku escape kelas dia dan bila clasmate aku tanya kenapa tak datang.jawan aku mudah.USELESS.astaghfirullah.Inilah aku.

Nak stopkan cerita,lecturer aku ni selalu pesan bila kita tak faham jangan terus condemn(tak tahulah betul ke tak aku eja ni.malas nk tengok kamus) lecturer tu.Mungkin dia ada cara mengajar sendiri.Mungkin kita tak faham awal-awal ni tapi lama kelamaan kita akan faham juga.Awalnya bila aku dengar dia cakap macam ni hati aku pun cakap;nak suruh orang tak kutuk dia lah tu.Isk3..Apai ni memang jahat betul.Tapi ada satu malam ni aku ingat balik masa aku SPM.Aku mintak maaf kat cikgu.Sejujurnya aku memang rasa bersalah tapi masih belum berani nak mengaku.Cuma mintak maaf macam tu je.Tapi mungkin hati cikgu tu kata 'saya maafkan awak tak kisahlah salah yang saya tahu atau tak' dan mungkin dia meredhakan aku sehabis-habisnya.Kesannya,masa nak SPM tu aku jadi senang je nak masuk ilmu dalam kepala ni.Alhamdulillah.

Ambil pengajaran.Bila ada cikgu yang ajar kita dan kita tak paham atau selalu tak datang kelas.Jangan terus burukkan dan mengutuk cikgu tu sesuka hati.Tak berkat.Kita dahlah susah nak belajar dan bila kita kutuk akan bertambahlah kebodohan kita dalam subjek tu.percayalah.Aku dah mula berhenti ngumpat lecturer aku nih.Try concentrate dalam kelas.Penuhkan kedatangan walaupun lambat 30 minit(nasib baik dia tak marah).Dan aku selalu jumpa dia face to face after kelas dan banyakkan bertanya.Cakap thanks sebab ajar(sejak amsuk U ni ak kurang sangat buat benda alah ni).Cuba untuk memahami dia sebab sebenarnya kita yang bodoh untuk memahami apa yang dia ajar.Sekarang,aku dah boleh buat soalan-soalan dalam buku(susah dan senang).Alhamdulillah.

Kepada kawan-kawan yang masih belum berhenti buat kerja-kerja mengutuk cikgu ni.Berhentilah ye.Bagus untuk kesihatan badan dan rohani kita.insyaALLAH.Maaf jika ada tersalah fakta dan pendapat.Komentar anda amat diperlukan.
p/s:sem ni aku struggle lebih dari yang pernah aku buat seumur hidup aku.almaklumlah,nk kene dapat 4flat bru boleh mintak laptop baru.tersasar sungguh niat aku ni.:))



:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Pelajar Cemerlang Miskin diutama Masuk SBP

Baca Berita Harian bertarikh 14/11/2010 ( klik sini )

Aku suka nak BOLDkan beberapa ayat;

  • TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, bermula tahun depan, hanya pelajar cemerlang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah akan dipilih memasuki sekolah berasrama penuh (SBP).
     
  • Jika 70 atau 80 peratus daripada 80,000 yang memohon adalah daripada kalangan miskin, sudah tentu kita tidak dapat penuhi semuanya. Justeru, kita akan menggunakan kriteria saksama dan berdasarkan merit pencapaian mereka, katanya.
     
  • Saya akan mengumumkan 30 sekolah berprestasi tinggi yang sebahagian besarnya bukan SBP
 Komen aku; harap-harap memang teluslah.



p/s:aku tak tau la kenapa aku macam excited sangat dengan hal-hal UPSR ni.hahaha
 
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 UPSR 2010;KEPUTUSAN TERBAIK

diambil dari blog razaQQ

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah,setelah menanti beberapa bulan.Adik-adik sekolah rendah kita dah dapat keputusan UPSR diorang.Seperti biasa ada yang menangis dan ada yang gelak-gelak sampai berguling.Tapi masih belum ada yang bunuh diri dan harapnya takkan ada sampai bila-bila.InsyaALLAH.Mohon dijauhkan.

Analisa keputusan UPSR 2010 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Katanya, seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.
Keputusan UPSR tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.(copy n paste dr Beliamuda.com)

Hari demi hari.Tahun demi tahun.Bilangan pelajar yang mendapat semua A semakin bertambah akibat wujudnya pewaris-pewaris dunia yang semakin bijak.Alhamdulillah.Ramai juga adik kawan-kawan aku dapat semua A.Aku dulu cuma 4A 1B je.Tapi kira bersyukurlah tu.Tahniah kepada yang dapat semua A.
Tapi bila kita melihat kuantiti yang semakin bertambah,kita lupa melihat dari segi kualiti pelajar-pelajar tersebut.Semua sedia maklum apabila soalan pada tahun itu agak susah dan ramai pelajar tidak dapat skor,maka graf permakahan mereka akan turun dan cara penandaan juga akan menjadi semakin longgar.Bagus bagi aku masa aku ambil PMR dan SPM tapi bila berfikiran dengan lebih jauh dan bijak.sebenarnya sistem ini seolah-olah banyak kekurangannya.

Contohnya,seramai 48327 pelajar yang mendapat semua A.Berapa ramai yang mendapat semua A dengan markah 80 keatas iaitu markah A yang biasa ditetapkan disekolah.100% ?aku rasa macam tak.Bila ditanya kenapa perlu menurunkan graf?jawapan mereka kerana soalan susah.Kita sendiri mengakui bahawa pelajar-pelajar sekarang ni makin bijak.Jadi,sesuailah soalan itu dengan kemampuan mereka.Jika mereka tidak dapat menyelesaikannya,bermakna mereka masih belum cukup bijak.Kita nak kualiti bukan kuantiti.

Bila dah ramai yang dapat semua A.SBP pun jadi rambang mata nak pilih yang mana satu.Jadi,kokurikulum yang menjadi perkiraan.Bagus dan Adil.Namun,kedengaran juga term-term seperti 'kuota alumni' dan 'pakai kabel' apabila prosespemilihan dijalankan.Adilkah semua ni?tepuk dahi sikit dan fikirlah.Siapa yang menjadi mangsa?Anak-anak pesawah,penoreh,pekebun dan yang tinggal kat ceruk kampung.Siapa yang dapat?Anak-anak dato',anak-anak alumni yang bergaji besar dan orang-orang bandar yang berpengaruh.

Akhirnya,anak si penoreh getah yang teruskan zaman sekolah menengah di kampung-kampung dan SMK biasa mula terpengaruh dengan budaya budak kampung yang kurang bijak.Hisap rokok dan banyak lagi.Banyak aku tengok kawan-kawan sekolah rendah aku rosak bila tak dapat keluar dari felda.(bukan bermaksud budak-budak felda semua jahat)Ini cuma pendapat sebab kita sendiri dapat menilai perbezaan pemikiran ibubapa yang terpelajar dan tidak terpelajar.sekurang-kurangnya anak yang datang dari keluarga educated ni dapat menilai baik buruknya dan sering dipantau oleh parents(parents yang educated ni memang alert ngan anak-anak diorang.boleh kata mengongkonglah).Tapi ibubapa yang kurang ni berfikiran terlalu terbuka dan tak berapa nak kisah kerana percaya selagi mereka solat dan berpuasa.mereka baik.(sekali lagi tak semua ibubapa macam tu kerana ini sekadar pemerhatian kasar.)

Kesimpulannya,sepatutnya permakahan dan penandaan harus dibuat secara tetap dan tidak mengikut keadaan untuk mendapat kualiti yang sebenar tak kisahlah diperingkat UPSR,PMR ataupun SPM untuk mendapatkan pelajar-pelajar yang berkualiti.Pemilihan pula perlu dilakukan secara telus tanpa ada istilah 'pakai kabel' dan 'kuota alumni'.Barulah SBP boleh terus maju sebab aku dengar yang SBP ni semakin menurun sebab ada anak-anak 'orang berada' yang jadi masalah dan merosakkan reputasi SBP.hahaha.

p/s;kepada mak bapak yang anak dia dapat semua A,tahniah sekali lagi.cakap kat anak tu jangan bangga dan ingat pandai sangat sebab ada yang dapat soalan spot sehari sebelum exam.tu yang bila pemeriksa tanda esei tengok ayat sume same je. ala-ala esei cikgu.hahaha.tu semua sekolah nak jaga reputasi lah tu.kalau ada yang kecik hati dengan post ni.maaflah.ini cuma pendapat je.boleh marah kat komen.huhu.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 Dia sahabat Saya

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Malam yang indah.seindah malam sebelumnya.sesejuk malam semalam.sunyi.kosong.Namun aku bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T.Kerana dia masih memberi aku udara.masih meminjamkan aku tubuh ni.Masih bagi aku melihat alam.dunia.memberi aku merasa nikmatnya dunia.Syukur Ya ALLAH.

Namun,ada yang tak berpeluang seperti kita.Ya,sahabat aku.SAHABAT BAIK aku sekolah rendah dulu.Pagi tadi bila ade org post kat Wall Fb aku ckp dye da meninggal.Rase mcm tak percaya.Dia aktif kot!!kelakar.hahaha.best kawan ngan dia.ta memilih kawan.sengal2 sikit.Benda yang paling aku igt bile kawan ngan dia.bile men kejar2 smpi ta igt dunia.Korang tahu tak cerita kartun MOON COLE KNIGHT ??
kan ade dua hero tu kan.hahaha.ak slalu blagak ngan dia jadi hero tu.benda yg kitorg hafal dialog hero ngan heroin tu la.tapi sekarang ni da lupa da.da lame tak repeat ayat tuh.hahaha.tapi ade lebey kurang camni la..."kami akan lindungi kawan2 kami..Kamilah..!!! MOON COLE KNIGHT !!" hahahaha.matang an..tapi sume tu jadi kenangan.thanks kepada cerita tu sbb buat aku rapat ngan dye..

Buat Sahabatku Muhammad Saiful Rizzuan Bin Azahar..Ko adalah sahabat aku selamanya...Miss u damn much lah!!! hahaha.Bila da takde baru rase cam nak hargai.itulah manusia.itulah aku.

Buat sahabat2 ku sekalian.Umur kita makin bertambah.maut makin dekat.Kat mane2 je boleh ade maut tu.Mungkin boleh jadi ini post terakhir aku.mane tau kan..mungkin ini kali terakhir korg bace blog aku.sebelum korg pergi.Jadi,sama-samalah kita berusaha menambah pahala.beribadah sebaik-baiknya.kerana kita hidup sekali.dan waktu yg sekali inilah yg akan menentukan hidup kita yg abadi kelak.

Kepada pembaca post ni.Aku mintak tolong sebagai seorang sahabat.Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.Kalau ade bace Yassin tu.selitkan nama arwah sekali ye.Semoga bila kita tiada nanti.adelah org yang akan bacakan untuk kita tak kira dia pernah kenal atau tak kita ni.wallahua'lam..


Arwah Muhammad Saiful Rizzuan Bin Azahar

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes