Semester 2

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

kenapa?tak percaya..
setelah membiarkan blog ini bukan sahaja bersarang labah-labah tetapi ada juga sarang lebah , sarang semut dan sarang kucing.(melalut-lalut sambil cari idea)

Jadi sekarang ini nak tulis sikit-sikit bila masuk semester 2 ni.Buat masa ni semua masih ok.Jadual yang dapat pun tak 'pack' sangat.Banyak masa terluang.Pagi tadi baru je lepas main 'EXPLORACE' dengan 'classmate' (shahir dan Hazimah).Sistem kat UIA ni masih lagi kurang hebat dan banyak kelemahan.Masa nak ADD n DROP subjek punyalah susah.naik turun bangunan berpuluh kali.Orang kat bawah cakap kat atas.Bila datang atas pulak orang atas cakap orang bawah.Tapi,selepas merayu rayu sambil buat muka kiut sikit2 dapatlah potong barisan beratur panjang di setiap 'checkpoint' (aku tak biasa buat benda ni tapi shahir ngan zimah yg paksa).Minta maaflah kepada sesiapa yg aku dah potong line nye tu.Kesimpulannya,UIA kan canggih.Jadi buatlah sistem yg canggih sikit.kesian la kat student ni.Kami nak belajar bukan main AMAZING RACE.

Nak komplen jugalah masa nak tengok result slip.Dah tau ramai student yang nak check jadi kita kenelah improve sikit problem-problem yang boleh buat portal tu 'jem'.Kesianlah kat kami ni.excited datang CC awal-awal tapi tak bole buka portal pulak.nak kene tunggu sampai tengah malam.baru boleh buka.

mintak izin nak buat sikit ucapan terima kasih boleh?
hahaha.blog aku kan,suka hati akulah nak tulis ape.ye tak?
Terima kasih kepada Shahfillah.Shidi.safwan.sakinah.sape lagi ek?kawan2 yang like2 kat FB hari tu.sebab cakap congrats kat aku.Yang kat mesir tu,belajar betul2.koranglah inspirasi aku nak belajar betul2.Hati aku ni masih berharap sikit-sikit nak fly kemana-mana macam koranglah.hahaha.malu-malu sikit nak mengaku ni.

Nak story sikitlah pasal seorang sahabat aku ni.boleh kate aku tengok muka dia dari pagi sampai petang.Bangun tidur sampailah aku baca al-mulk nak tidur(poyo je aku ni kan?)aku tak tahulah ada atau tak aku post pasal dia ni sebelum ni.Ceritanya start macam ni..ding..ding..ding..

Masa final exam sem 1 hari tu aku agak tak bersedia dan sgt takut sebab tak berapa struggle sgt masa awal sem.So,aku pon mintaklah tolong sahabat aku ni supaya ajar aku fizik.Alasan yang dia bagi ; Ko lagi bijak dari aku pai.. (aku mmg pantang betul kalau wujud orang macam ni)ajar jelah.bukan susah pon.bak kata kak amie dalam post kat blog dia;sharing is caring(lebih kurang macam ni lah).tajuk blog shidi pon sharing is caring.yang ko kedekut sangat tu kenapa.hah!aku pun da start bad mood ngan dia.then, aku sound la dia.Terus tak betegur sapa lepas tu.

Sebulan kemudian,aku masuk bilik kat uia.kemas-kemas barang.pastu aku turun bawah n berselisih dengan dia.Dia tak pandang muka aku pon.sabar jelah.Selisih kat koridor pon dia pandang tempat lain.adoy..ye lah.aku sorang je salah.tapi roomate aku lagi satu kata bukan aku sorang je salah.roomate aku yg ke empat pun dia tak tegur.korang paham tak?hahaha.aku sebagai roomate A tidak ditegur oleh roomate B yang juga tak tegur roomate C.roomate B tu cuma cakap sikit2 engan roomate D jek.takkan kecik hati lagi kot.sepanjang hidup aku,kalau lelaki bergaduh sehari dua jek.ni da sampai berbulan.macam perempuan la pulak.(maaf ye golongan wanita.tak semua macam tu).Kesimpulannya,Sorilah ye kalau ko kecik hati lagi.ak buakn tanak mintak maaf face to face tp ko selalu sangat ghaib.walaubagaimanapun,aku tau ghaib2 ko pon ko still bace blog aku.ko kan peminat blog aku.hahaha.Kepada shabat2 lama ku,jgn weird sgt tgk aku mintak maaf kat orang ni.aku da kurang poyo sikit sekarang ni.

Penutup,Doakan aku berjaya untuk semester 2 ni.aku sentiasa doakan korang semua berjaya.ameen.

p/s:dalam post ni aku cuba untuk tulis BM elok2 sempena bulan bahasa ni.tapi,ini je yg aku mampu ikut.Say no to short form!Rindu sangat kat bdak pedas SPM09.

Labels: ,