1 cfsiiium:part 1


Assalamualaikum…

Akhirnya dah sebulan aku dok kat cfsIIUM ni.Aku mmg tak tahan gak la dok kat sini ngan kawan2 yg bru..ade yg okey and cam bese mesti gak ad yg KO.So,sekarang ni sesi nak meluahkan kebengangan aku yang da lama aku simpan dalam hati.Sebelum aku masuk UIA ni aku da tnm sikit ‘azam’ nak try jaga hati kwn kat sini.kurangkan mulut lazer.tak nak ar ngutok,ejek n ape2 je lah kat kengkawan baru nih.Korang tau ape ak dpt??Aku kene kutuk.Aku kene lazer.

Kengkawan2 ‘pedas’..Sekarang aku paham ape yg korg rasa bila aku wat kat korg dulu.mmg sakit hati. :(( Sorry ye sume..Bila aku tulis ni mesti korg kate.”Apai ke ni??” Terutama Sakinah Tarmizi.hahaha.Kalau Tasya n Shida bace blog aku ni pon diorg akan kate benda yang sama.Betul tak?..Yelah,aku ngaku aku ego sikit,kuang ajo sikit,tak pndi jaga ati org sikit..hahaha.sume sikit.Bila da kene ni aku asyik kenyang and ta bley nak makan.So,kepada sume..aku da semakin kurus ni.hahaha.betulke?Mane tak nye.Tiap2 hari makan hati je..hahaha.

Aku dah post prob aku nih kat FB.Ramai sahabat yg ‘dikasihi’ dan ‘dirindui’ bagi pendapat.Smpi ad yg nak start argue.aiyoo…jangan gadow pasal aku.hahaha.yes..Apai still poyo mcm dulu.tapi skunk ni kurang sikit.Yelah,dunia skunk.kenelah kurang sume benda..Gula,garam,duit,shopping,subsidi, but harga barang je tak kurang.hahaha.Berbalik kepada point aku tadi.Majoriti suruh ak jadi diri sendiri.Tapi kalau ak jadi diri sendiri nanti ramai yg sakit hati.macam kat sekolah dulu..kan sahabat2 ku yg sgt disayangi??Sampai ade yg boikot bDay aku.Padahal bila bDay dia aku yg sebok wish awal2(menyesal betul)hahaha.

Hello budak laki F5-09 smkap,hari tu aku bawak laptop aku yg uzur gile tuh gi UIA.korg igt tak laptop tuh.Yang usia dia lebih tua dari adik bongsu aku.Yang korg pki men counter strike gilir2 time SPM.Yang korg pki wat tengok citer ‘Crow Zero’ time SPM smpi wat aku marah(sebab korg leka smpi taknak study)hahaha.Prihatin konon Apai nih.Da ingat??hurm.laptop tuh telah dihina oleh sahabat2 aku kat sini.Aku sedar yang laptop tuh da uzur and load sgt.tp still bleh pki an.Then,ble kwn2 ak yg baik hati nih nampak laptop ak ni.Diorg pon ckp. ‘besarnye laptop?’ ‘Beratnye lapop’ ‘zaman bila nih’..pastu aku nak transfer 2 lagu.dia pon kata ‘lamanya nak transfer 2 lagu’..Bengang tak? ‘Sukati aku punya laptoplah nak laju ke nak lambat ke.ko pehal sebok!!’ nak aje aku tengking dia.takpe.kawan punye pasal.Diam lebih baik.Pastu ade satu masa nih aku balik bilik and terperasan yg aku tak simpan laptop dlm loker.aku pon kata “omg,aku lupe letak dm loker.seb bek tak hilang.” Dengan selambanya dia ckp. “Ala..takde siapa nak curi.”.Kurang ajo betul.Sabar jela.

Part yg bestnye bila dia mengade-ngade nak pinjam laptop aku.aik?kata lembab la.kuno la.berat la.yg ko nak pinjam pehal.?tp takpe.kawan punye psl aku bg gak pinjam.Pastu dia suh aku tolong transferkn lagu tuk dia sbb dia nak blaja n tuh laptop ak.So,aku yg kene transferkn.padahal aku tgh blaja tuh.Buta gak eh.yg nih aku tak sabar.aku sound dgn cara elok.ak ckp “tanak.tanak.tanak.ak nak blaja” dgn gaya comel sikit.hahaha.last2 dia buat sndiri.

Byk sbnarnye nak share nih tp nnt2 la dulu.Aku pon takpat lagi connection wireless.Takpatlah nak update blog selalu.Hurm,bila aku buat post ni ak terfikir.Aku mengumpat ke?harapnya tak sebab aku tak gtau nama dia.Aku Cuma nak luahkn bengang aku ni pd yang bleh faham aku.(harapnya adelah).Kepada watak yg aku letak dlm citer ni.Sorry la kalau ade sentence yg memalukn korg.Termasuk pada org yg wat aku marah ni.Sorry byk2.ko mungkin taktau aku ad blog tp mungkin ko akan bace satu hari nnt.mgkin beberapa tahun lg.Masa tu tak tau lah ak igt lagi ke tak kat ko.hahahaha.pape pon.Ak da sabar bila ko wat aku.So,ko lak kene sabar bila bace post nih.

T.A.M.A.T.

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

0 JADI SISWA 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Ini adalah sambungan post aritu yang takde gambar..so,dlm post ni ak cume letak gambar je la..

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

1 KASIH IBU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
 Ini adalah sebahagian daripada e-mail yg aku dpt dri seseorang..Mengisahkan cerita seorang ibu menlindungi anaknya sehingga nafas terakhir..korang paham-pahamkanlah kartun ni ya..


ni gambar mak budak tu..budak tu..and papa dia..kalau tak silap la..
:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

5 JADI SISWA

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

"Apai,Mane story baru??"
"apai, tak update blog ke??"

Sorilah ye kpd sume yg tggu story(wlupun pmbaca ak ni sorg 2 org je kott..)..Cewahh!!
21 mei 2010-aku menjejakkan kaki kat dlm CFSIIUM ataupun dikenali sebagai Centre For Foundation Study International Islamic University Malaysia..So,seminggu tu hidup ak full dgan kejutan dan kebosanan serta segala-gala ke...Minggu pertama kat situ-mestilah ade sesi taaruf atau orentasi or ape2 jela yg diorg gelarkan..Program tu berjalan dengan lancar dan aku dgn bangga ingin melihat siapakah gerangan yg mengatakan program orentasi mereka seronok...angkat tangan!!!...hahaha..dah agak,mesti takde punye..jgn mara ye abg committe...So,sekarang ni kongsilah beberapa peristiwa yang sangat penting berlaku sepanjang beberapa minggu pertama aku tinggal kat situ..

KES PERTAMA:
Balik je dari keluar makan tengah hari.aku dengan bangganya naik ke bilik aku..."assalamualaikum"sambil tolak pintu tu ak bglah salam..tp takde org jwb pon..bilik ak gelap..dan ad ramai budak duduk kat compartment aku(bhgian ak kt dlm bilik tuh.)bengang la jugak rase.ditambah lagi dengan semuanya ber'boxer' sahaja dan mengggunakan laptop kat meja aku..'kurang ajo nye budak'ak dengan berang marah kat dlm  hati'..Then,budak2 tu tye aku.."nak ape??".Amboi!!da la dok tmpat ak..pastu tye ak nak ape..cis!!aku tetiba terperasan yg katil ak tak bercadar.loker aku lain..suasana bilik aku pon suram jek.dannnn...roommate aku sorg pon takde kat situ.alamak.!!aku cepat2 kluar n tengok no bilik..hahaha..ak terlebih satu tingkat daa~..dengan malunya ak terus lari..after kes ni,ak sentiasa check no bilik sblom ak masuk bilik tu..

KES KEDUA:
Pada suatu petang yg melaparkan..aku terus berlari ke kafe E yg merupakan kafe kat hujung dunia untuk makan malam sorang2..hahaha.sebab mlm nnt nak mkn ngan kengkawan pulak.Eh,berape kali aku mkn sehari??Biarlah rahsia..sampai je kat cafe tuh,nak ambil lauk+nasi dan bila nak bayar baru aku perasan yg my dompet tetinggal..Argh!!!!aku terpaksa malumalu sikit dan biarkn makanan aku kat situ..aku berlari sekuat hati dalam keadaan kelaparan dan mengambil dompet aku dan terus patah balik...malu tak??


:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

5 FACEBOOK:BAIK ATAU BURUK??


Dengan Nama ALLAH YAng Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Message ni aku dapat dalam inbox facebook aku..
jd,kita bace,renungkan..dan nilai..

Sumber:Majalah Al ISlam,Keluaran September 2009

Sedar atau tidak dalam kealpaan kita melayari Facebook kita membunuh mereka dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Kalau sebelum ini kita memboikot barangan keluaran mereka,kini satu lagi wasilah yang mereka gunakan untuk membunug saudara kita di Palestin. Sebelum itu saya ingin timbul persoalan:adakah sebelum ini anda kisah tentang cakna tentang saudara kita disana atau sekadar melepas batu ditangga...sama2 muhasabah diri kita...
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Tabarakallah...
Artikel dalam Majalah Al Islam membongkar rahsia musuh Islam disebalik Facebook ini...Kembali kpd fenomena Facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta org. Tetapi baru-baru ini Facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkay ke 240 juta org. Satu angka yg cukup besar untuk tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika Facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.
Dua buah negara yang telah menyekat penaksesan laman web ini atas sebab2 tertentu iaitu Indonesia dan Iran.Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-sdesus yg mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.

Siapakah Mark Zuckerberg???

Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yg genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudahpun mencipta satu permainan komputer yg dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di Amerika ASyarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yg pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Penubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yg benar-benar memahami idea, nilai dan etika yahudi.
Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yg dilontarkan oleh Joel Leyden yg memanfaatkan sepenuhnya Facebook untuk menyokong tentera Israel semasa perang di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel.
Leyden mencipta Facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama yg dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi Facebook dia membakar semangat tentera Israel yg mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.
Kenalan menyertainya mencapai 17,000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan Facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Berserta dengan video You tube, Leyden cuba memberi penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk di Gaza yg dilabelkan sebagai pengganas Islam.
Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yg diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yg memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yg cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan Facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yg dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.
Di Indonesia, Facebook yg dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahliah yg paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila Facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yg juga anggota Alpha Apsilon Pi.
Soalnya, kenapa Facebook milik Leyden tidak disekat tetapi Facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yg hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.

Menurut Rizki, pendapatan Facebook datang dari iklan yg banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yg terdapat di dalam Facebook mempunyai sistem yg berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ade 1,000 orang yg klik pada iklan itu maka Facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.
Jika itulah jumlah wang yg diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula yg disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pada Facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza!!!

MasyaAllah,kita terlalu alpa dengan Dunia. Sama2 muhasabah diri kita dan masih belum terlambat untuk berubah....

Sumbangan Tulisan:IMRAN BIN JAAMAT

:: Sila follow dan like kalau tak nanti kene sembelit - Gurau jek :) ::

 

Copyright © 2009 Krikk Krikk All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes