SIALNYA MENGALAHKAN IBLIS..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ni kita dah digemparkan dengan sikap kebinatangan manusia yang bergelar ibu walaupun 'tak sah taraf' yang sanggup membuang bayi yang tidak berdosa hasil dari perbuatan dosa si ibu sendiri..Ada juga bayi yang dibakar di dalam tong sampah..dan kebinatangan manusia ini telah dinaik taraf menjadi keiblisan manusia apabila adik
Syafia Humairah Sahari
telah disahkan meninggal dunia akibat didera oleh teman lelaki ibunya sendiri atau dengan kata lain 'bapa tiri' kanak-kanak tersebut.Kita baca sikit petikan akhbar kat bawah ni..

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.

“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.

“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.

“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.

“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.

Banyak yang kita lihat kat akhbar tu yang menunjukkan kebinatangan si 'bapa tiri'..kebodohan si 'ibu sendiri'...ketidakmampuan si pemerhati untuk menghalang perkara tu dari berlaku..Jadi,pertama..ibu dia memang bodoh sebab tak tahu hukum agama bila bersekedudukan dengan bukan mahram kat sehingga dikatakan mempunyai anak tak sah taraf hasil hubungan selama 6 tahun..Kedua..bila tengok je ibu dia menangis..aku rasa tak kasihan langsong malahan aku rasa ibu dia tu hipokrit je depan kamera kononnya sedihlah..pengsan pulak..padahal semua tu salah dia..dan juga 'suami' dia..Hasil siasatan juga mendapati yang arwah adik
Syafia Humairah Sahari ni sebenarnya telah didera sebelum ni kerana terdapat kesan luka lama dan baru di lehar dan badannya..Aku tak nak komen pasal lelaki iblis ni sebang korang semua sure dah tau tahap keiblisannya sebab dah pun diuar-uarkan kat berita..Cuma aku harap..untuk lelaki dan perempuan yang bergelar ibu kepada mangsa ni patut dihukum dengan hukuman special sikit..Contohnya..letak kepala lelaki tu kat atas tanah..pastu kita rembat ramai-ramai..baringkan mak dia tu atas tar..pastu ketuk ngan tukul besi..dan paling bagus sekali..jalankan hukum hudud bagi orang yang berzina sebab dah ada bukti diorang ni berzina(anak)..Takkanlah kita nak biar dia meringkuk dalam penjara je..tak syok langsung..Mereka ni dah macam binatang..Jadi mereka patut dilayan macam binatang jugak..

Apapun..kejadian adalah satu hikmah..sebab kalau adik
Syafia Humairah Sahari ni tak meninggal dunia..Masyarakat luar takkan tahu benda ni..dan adik Syafia Humairah Sahari akan terseksa sebab takde orang ambil tindakan..Kemudian 'ibunya' juga akan terus bergelumang dalam dosa dan mungkin akan mempengaruhi adik Syafia Humairah Sahari apabila dia dewasa kerana dibesarkan dengan ibu dan 'ayah' yang binatang tu..Jadi,ALLAH lebih sayangkan beliau..dan kita hanya mampu berdoa supaya adik Syafia Humairah Sahari dicucuri Rahmat dan ditempatkan disisi ALLAH S.W.T.

Amin Ya Rabbal Alamin..



Labels: