INGATAN KALA TERLALAI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sebelum memulakan ape-ape..Terdahulu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Cuti-cutii Malaysia bagi penunggu keputusan SPM 2009 yang tak bekerja dan cuma duduk rumah dan 'tanam anggur' macam aku..Jadi,bila kita cuti-cuti ni..dah tentu kita begitu asyik melayari hidup tanpa peraturan..kongkongan dan sebagainya yang membuat kita terikat suatu ketika dahulu..Jadi bila dah mengecapi kebebasan hidup..Ada diantara kita termasuk aku sekali yang terlalai dengan nikmat duniawi..Kalau dulu time kat sekolah..bila kita buat salah je mesti ade orang-orang yang bertanggungjawab akan tegur..kat rumah..sape nak tegur?Parent?Tak dinafikan cuma..macam biasa..Dunia Dah Maju,Zaman Dah Berubah..Jadi..banyak la parents yang bekerja dari awal pagi dan balik pada lewat petang ataupun malam..Macam aku..Jadi,Kat sinilah pentingnya ingatan dari kengkawan yang dah lame kita tinggalkan..(sejak abes skolah lagi)So, sebenarnya..point of this post..aku nak kongsi sikit mesej or sms yang dah dikirimkan kat aku..maklomlah..budak nakal..ramailah yang volunteer abiskan kredit mesej kat aku..Thanks banyak2 kat korang eh..Semoga ALLAH memberkati hidup korang semua..Amin..

"Mafhum Hadis Rasulullah:ALLAH akan menolong hambanya selagi hambanya menolong saudaranya."-IZHAR


"Satu masa dahulu,kaum Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Musa:Tidak Pernah tertidurkah pengatur alam ini?Kemudian ALLAH memerintahkan Nabi Musa berdiri sambil memegang gelas..Selepas itu,ALLAH menidurkan Nabi Musa sebentar maka jatuh pecahlah gelas itu..Kemudian,ALLAH memerintahkan Nabi Musa memberitahu kaumnya bahawa"Jika aku mengantuk walau sesaat,nescaya hancurlah alam ini"Jadi,ALLAH ialah pengatur alam ini dan tidak pernah mengantuk atau tertidur."-IZHAR


"Nabi Sulaiman seorang pemerintah jin dan manusia namun masih ada masa untuk mengamalkan agamanya..Nabi Isa yang miskin dan hanya mempunyai sisir sebagai harta masih dapat menghidupkan agamanya..Nabi Musa yang sasa orangnya dan dengan sekali tamparan,manusia boleh mati masih dapat tolong agamanya..Nabi Shuaib yang lemah sakit badannya dan berulat mukaya tetapi masih setia pada RABnya..Nabi Ibrahim walau dibakar didalam api sebesar gunung masih tetap dengan agamanya..Nabi Yunus walau ditelan ikan nun yang besar dan gelita didalamnya masih teguh pegangannya..Tetapi kita manusia akhir zaman yang Kerajaannya tidak sehebat mana,tidak semiskin mana dirinya,tidak sekuat mana dan tidak sesakit mana penderitaannya..Namun masih tidak mampu mengamalkan agama..Apakah jawapan kita kepada RABBUL ALAMIN?Sesungguhnya tidak ada alasan bagi 1000 kekuasaan dan tidak ada sebab bagi 1000 penderitaan"-IZHAR JUGAK


"Bila kamu letih atau hilang semangat,ALLAH tahu kamu dah cuba sedaya upaya..Bila tangismu berpanjangan atau hatimu kedukaan,ALLAH dah kira titisan air matamu..Bila kamu rasa ditinggalkan atau masa meninggalkanmu..ALLAH setia disisimu..Bila tiada yang bererti buatmu atau kecewa,ALLAH adalah segalanya."-TAQI
"Mengenali seseorang itu kadangkala membuat hati kiita tertawa..Kadangkala membuat kita mengalirkan airmata..sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberikan kita sejuta rasa..Marah,Sedih,gembira,sayang dan rindu..Tapi sedarkah kita?mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah..Biarpun hadirnya danya seketika dan sekadar teman sementaraBersyukurlah keerana barangkali melaluinyalah kitamengerti apa itu erti teman."



"Nyamuk merupakan makhluk yang sangat kecil dan harimau adalah makhluk yang besar dan berbahaya..
Soalan:Berapa ramai manusia yang mati disebabkan harimau dan berapa banyak yang mati disebabkan nyamuk?
Jawapan:Ramai yang mati sebab nyamuk(aedes) dan jarang kita dengar mati dibaham harimau walaupun harimau besar dan ganas..Ini adalah perumpamaan.Harimau ibarat dosa besar dan nyamuk ialah dosa kecil..Jangan berasa selesa kalau kita tak aktif buat dosa besar kerana dosa-dosa kecil sudah cukup untuk buat kita masuk neraka.."-TAQI

Labels: ,