Sejarah Si Biskut

Assalamualaikum buat semua..Pertamanya,minta maaf banyak2 sebab da lame tak tulis post baru..Sebenarnya,idea ni taknak keluar..nak dok terperok dalam kepala macam saya yang dok terperok dalam rumah..nak bekerja..tempatnyer jauh..nak ambil lesen..daftar pon tak lagi..Bila fikir balik : kekosongan masa di rumah ni saya isi dengan aktiviti ape? Jawapannya mudah : MAKAN DAN TIDUR..(adelah tambah sikit exercise bagi badan ni tak ‘naik’)..

So,bila saya duduk..termenung..fikir..apa yang hendak ditulis..Then,timbul idea nak tulis pasal sejarah gambar di atas…Ha? Itu biskut versi baru..Memanglah name dia WEETAMEAL…Tapi,adalah seorang hamba ALLAH yang tak naklah sebut nama dia..nanti malu NUR ADLI AZIM BIN KAMARUDIN…huhuhu..Cerita bermula bila saya bawa biskut ni ke bilik prep..nak jadikan biskut ‘semua orang’..Kemudian,si Adli a.k.a Black nip on dengan bangganya menjerit:”Apai ! nak sikit biskut SWEETAMEAL” hurM..Saya puas berfikir..bila masa saya ada biskut SWEETAMEAL ni..Jadi,Zubair yang mempunyai akal yang paling cekap(bab ejek orang la) terus perasan kesilapan ‘kecil dan tak memalukan’ black tu..dia terus bisik kat saya..Izzat a.k.a Tap2 hanya tersenyum melihat black(walaupun dalam hati nak gelak besar tp kene cover dulu kalau tak malulah black nanti)…Kemudian saya dan zubir pun decide cepat2 dan terus ambil tin biskut tu..Kitorang ambil liquid paper and then tambah S kat atas tin tu..So,jadilah SWEETAMEAL…Ini adalah untuk memuaskan hati serta ‘menjaga’ hati Black yang mudah tersentuh..

Dikesempatan ini saya dan Zubair ingin memohon sejuta kemaafan kepada Pihak JACOB ke..or KRAFT ke..(sBB saya tak tau apa nama company sebenar diorang) atas kesalahan saya mengubah nama produk anda..tolonglah jangan saman saya..Ini sahaja buat masa ni.. kepada pembaca yang dikasihi..Kalau ada sebarang idea tentang post akan dating..anda dialu-alukan untuk bagi pendapat melalui komentar..Maaflah sebab takDe chat boX lagi..wasalam..

Labels: , ,