SEBAB SAYA BENCI HAIWAN

My dad dengan arwah KIKI (yg oren tu)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dalam post sebelum ni saya ade ceritakan tentang kucing Harith yang terpakse saya jaga setiap hari..Memang saya benci untuk menjaga haiwan..Antara sebanya..Salah sekor kucing tu telah menghembuskan nafasnyer yang terakhir tepat jam 5.03 petang hari Ahad bersamaan 31 Januari 2010..Kiki (begitulah nama yang diberi harith) telah mula sakit pada awal pagi ahad dan semakin tenat pada petang hari..Ingatkan nak bawak jumpe veterinar tapi hajat tu tak kesampaian kerana ALLAH lebih sayangkan dia..Saya juga berpeluang melihat saat-saat nyawanyer ditarik (rasa2 lah)..Sebab tyme tu dia terbaring dengan nafas tecungap-cungap..tak sampai hati nak tengok..sebab tu saya benci nak jaga haiwan ni..bila mati jek..kita lak yang sedih..Yelakan..mane tak nyer..Pagi tu kita bagi dia makan..kita usap dia..rupe-rupenya petang tu kita tak berpeluang lagi nak bagi dia makan..nak usap dier..urmm..feeling lak tetiba..Tapi ini baru kucing..bayangkan kalau itu adalah orang..orang yang kita paling sayang..Musnah hidup kita tyme tu..Tapi ingatlah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...

Labels: