Coretan diKala Malam

Owh...Malam ni memang tak boleh nak melelapkan mata ni..Mungkin aku dah terbiasa tidur lewat gara-gara SPM...Entah..Kenapa Bila ada kat sekolah rasa macam nak balik rumah..Tapi bila dah masuk dalam rumah..Rasa katil yang dah lama ditinggalkan..Rasa masakan ibu kesayangan..Hidup tanpa peraturan..Terngiang-ngiang katil yang tak berapa nak empuk disarung cadar pink...ikan keras mak cik dewan makan..Peraturan yang macam penjara..Pillow talk dengan kawan-kawan..Bergurau..Gelak..Gossip sesama..Hati ni dah mula rasa kekosongan..bosan.

Bangun subuh??Alhamdulillah tak pernah tertinggal lagi..tapi rase tak puas bila bangun sebab tak dikejutkan oleh abg2 BADAR kita-Farid-Umar-Amir-Safwan-Shahfillah..Aku rindu kat korang..(yang lain jangan kecik hati kalau tak disebutkan namanya)After maghrib tu..Kalau rajin aku bacalah yassin ke..Al-Quran ke..Tapi..KALAU RAJIN..Baru dua hari tinggalkan sekolah..Musolla..tapi rasa macam nak datang Tazkirah..Zikir yang BEST..Tayangan..Rasa rugi yang amat sangat sebab tak pernah nak hargai semua tu bila dia ada..

Pagi tadi aku and my dad pergi ke warung mamak..Secara jujurnya,aku tak suka makan kat kedai mamak kecuali yang terpilih sahaja oleh hatiku yang tak berapa nak bersih ni(maklumlah..dah duduk rumah..macam2 dosa dah diselesaikan..)Bila aku hirup je teh aisnya..MASHA-ALLAH..hanya tuhan yang tahu..aku dah mula rindu Teh Ais mak cik kantin yang dulu aku selalu complaint..Untuk menjaga hati daddyku..terpaksaku tahan nafas dan terus hirup air tu..Rezeki jangan di hina-Jadi aku terus diam dan Redha..Kantin..Aku rindu kat kau..kalau ko ada tangan..bley kita mcg sesama.

Cerita pasal kawan...Aku rindu sangat kawan-kawan sekelas yang happening tapi terkawal(walaupun kekadang tak)..rindu nak belajar bersama-sama..rindu untuk bergelak ketawa bersama(gelak sikit2 je..kalau tak ilmu terkeluar)Aku dah baca post yang ade dalam my fren's blog..(asyraf badhrul)..Aku pun nak describe my fren..dalam kelas tu..Ni ade sikit ucapan untu korang..(bagi aku sikit la)

untuk UMAR yang tenang dan pendiam serta suka melihat perangai orang lain..stay cool..tenang..Aku nak mintak maaf bebanyak sebab selalu start 'something' yang wat ko di ejek selamanya..

Untuk AZIM yang menjadi ketua aku dalam KP(prefect)..seorang ketua yang rajin dan bertanggungjawab..Jangan selalu sangat buat lawak..kesian kat kengkawan ko nak layan..Sorry sesaangat sebab aku ni pemalas..tak amanah..

Untuk Alba and Amir yang memang suka Gelak kuat-kuat dalam kelas..koranglah yang menceriakan kelas aku yang rasenye senyap kalau korang takde..korang jadilah CIKGU yang terbaik untuk anak murid korang..

Untuk Saiful yang tawadu' tapi bila akhir tahun dah mula 'garang'..Jaga diri elok-elok kat DQ..carikan aku satu kat sana ea..

Untuk Abdul Hafizh yang Gelabah selalu..Sorry sangat ejek ko ngan *****..Aku tau ko tak puas hati..sebab aku ejek sikit-sikit..pasni aku kasik gempar satu dunia..huhuhu..

Untuk Qusyairi yang bijaksana..Thanx sesangat sebab ajar aku macam-macam..walaupun kekadang tu aku pressure sikit ngan ko..tapi biasalah tu..sampai mati aku ingat lawak SARANG SEMUT kau..

Untuk Asyraf-my adek yang baik..walaupun kekadang ko tak terima aku panggil ko tak matang..tapi sekarang aku mengaku yang aku ni tak matang..(tapi matang sikit dari ko)..Thanx sebab sabar jadi kawan aku..

Untuk Taqiyuddin my Bestfriend forever and ever..Walaupun baru kenal rapat ngan ko tyme F4..tapi aku banyak belajar dari ko..aku tau aku selalu wat benda yang ko tak suka..tapi ko still sabar dengan perangai tak senonoh aku nie..ko la kawan paling-paling penyabar yang pernah aku kawan..(wlupun mungkin ngan aku je ko penyabar)

Untuk Tasya-Ana-Sa'Di and Jae...Sekelompok pelajar yang selalu menjadi sasaran aku untuk diejek..dibuli..dan disakitkan hati..Sorry sesangat sebab buat sume benda yang ko tak suka..baru form 5 aku kenal korang denagan lebih dekat walaupun pada mulanya ingatkan korang ni koyok sangat..al maklumlah..budak2 pandai..

Untuk kina-Thanx sebab buat jamuan kat rumah ko..Sorry sesangat kalau aku tak menjadi PKU yang tak amanah..suka bertangguh kerja..nanti jangan lupa buat jamuan lagi..ikan sembilang mak ko sedap ar..

Untuk Ecah-Walaupun ko pemalu..(ko takdelah pemalu sangat tyme kat penang)..tapi stay cantik ea..Jadilah Snow White yang berjaya..hahaha..jangan marah..

Untuk Esah and Izzati..jangan gelabah sangat..relax je dalam hidup ni..Esah:semoga ko menjadi penghuluwati kat PLKN..Izzati:semoga ko menjadi seorang penjual ONE DROP yang berjaya..

Untuk Atiqah-Acu-Nad:aku tak tau la korang baca tak blog ni..anyway,Atiqah:semga berjaya di DQ!!Acu:Jadilah seorang yang pemalu selamanya..Jangan asyik menangis kalau rindu kat aku..huhuhu..(juz joking)karang ade rumah aku kena bom..Nadhirah:Sorry for 'everythings everything'..tapi ko still anak orang KAYA..

Untuk Aqilah-Maiza-Farah-Fiza:korang pon selalu sangat senyap..tapi sorry la kalu aku kepoh sangat kat dalam kelas sampai mengganggu konsentrasi korang..(tp ingat..aku tak gelak sorang2..ko kena marah gak kat budak lain..)

Jujur aku cakap yang aku rasa aku kehilangan sesuatu yang berharga yang aku ada selama lima tahun tapi aku tak pernah nak hargai..KAWAN..walaupun masih boleh contact pakai message tapi berbeza rasanya dengan duduk sebumbung..tidur sebilik..makan semeja..tapi dah terlambat untuk ak rase balik semua tu..menghayati setiap saat yang berlalu..inilah manusia-Bila ada kita tak peduli tetapi bila tiada baru tercari-cari..

Sebelum cuti membe aku Fitri ada send message yang tertulis begini:

Hanya zaman persekolahan sahaj yang mengajar kita erti sahabat dan remaja,
Dan apabila zaman itu berlalu,
Nescaya ia tidak akan kembali lagi,
Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing,
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali di dalam satu tempat sekecil bilik darjah,
Belajar,bergurau,ke kantin,ke tandas bersama,
Terbukti zaman remaja adalah zaman yang sukar untuk dilupakan,
Mungkin suatu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah,
Jadi,hargailah zaman persekolahan kita...

Rasenye post kali ni sampai sini sahaja..Esok aku akan pergi bercuti dengan family..doakan kami selamat pergi dan balik..Ameen..Maaf sangat post kali ini tiada gambar..gambar akan menyusul di post yang akan datang..INSYA-ALLAH..

Labels: ,