Persahabatan...
semua orang perlukan sahabat atau teman dalam hidup.Semua kerana sememangnya fitrah manusia untuk mempunyai teman dalam kehidupan.....Temanlah yang menjadi diari hidup untuk meluahkan perasaan,kekecewaan,kegembiraan.Teman juga menjadi pendamping kala senang,susah,gembira dan sedih.....Adakah kita tahu nilai persahabatan itu?Mungkin tidak....Kerana nilai persahabatan itu akan muncul bila kita kehilangan sahabat...
Siapa?
Datangnya dipohon
Hadirnya dirai
Kerana dia sinar
Dalam hidup ini
Jika dia matahari
Aku rayu agar tuhan
Jangan jelangkan malam
Jika dia bulan
Ku doa agar tuhan
Jangan terbitkan fajar
Keranaku tak mahu
Rindu datang bertandang
Saatnya pergi
Sang suria hilang senyumnya
Bulan hilang wajahnya
Langit terus menangis
Unggas terus diam
sunyi
Menatap kehilangan ini
7 september 2008
sebelum balik sekolah...

Labels: