doa sahabat

Nak di ceritakan kat sini ade sebuah kapal telah karam tetapi ada dua orang sahabat yang terselamat bernama emrul dan amin.diorang ni terdampar di satu pulau yang takde penghuni.mareka tak tahu apa yang harus dilakukan.tapi mereka ni yakin yang doa dapat tolong mereka.yelah doakan senjata orang Islam.oleh itu diorang ni pun lawanlah doa siapa yang dimakbulkan.mereka bagi 2 bahagian.amin tinggal di kiri dan emrul tinggal di kanan.Olah kerana terlalu lapar,doa pertama mereka ialah untuk mendapatkan makanan.keesokan harinya,Amin terlihat pokok di sekeliling tempatnya membuahkan hasil manakala di sebelah emrul tiada apa-apa.Di sebabkan terlalu sunyi mereka berdua berdoa untuk mendapatkan teman.keesokan harinya,seoarang wanita ditemui sesat di bahagian amin manakala di bahagian emrul pula sebaliknya.timbul rasa riak di dalam hati amin.setelah beberapa hari tinggal di situ,amin berasa sangat bosan.oleh itu dia mengajak emrul berdoa untuk mendapatkan perahu.keesokan harinya seperti satu keajaiban,sebuah perahu besar tertambat ditepi pantai di kawasan amin.Maka,dia dan isterinya pun mengemaskan segala barang-barang mereka.Amin memutuskan untuk meninggalkan emrul keseorangan di pulau itu.Sedang beberapa meter mereka berlayar meninggalkan tempat itu,tiba-tiba satu suara bergema(datang dari langit)"mengapa engkau tinggalkan sahabat mu yang seorang itu?"amin terkejut lalu menjawab"doaku sahaja yang dimakbulkan,maka aku sajelah yang dapat rasa nikmat ni.sedangkan rakanku ini tiada satu pun doanya dimakbulkan,maka dia tidak layak merasa nikmat ini".
"kau salah!"suara itu membentak tinggi."sahabatmu itu hanya punya satu doa dan semua doanya telah dimakbulkan.jika tidak,semua nikmat kamu tidak rasakan."sambung suara itu."apakah doa yang telah dimohon oleh rakanku?"tanya amin penuh berharap."dia berdoa agar semua doamu dimakbulkan"balas suara itu.(cerita ini telah dipetik entah buku mana.saya terbaca.)

Labels: